Wang Chien-ming

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wang Chien-Ming
Wang pada 2013
CTBC Brothers – No. 40
Pitcher / Jurulatih
Dilahirkan: (1980-03-31) 31 Mac 1980 (umur 44)
Guanmiao, Tainan, Taiwan
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
MLB debut
30 April, 2005, untuk New York Yankees
Penampilan MLB terakhir
30 Ogos, 2016, untuk Kansas City Royals
Statistik MLB
Rekod menang-kalah68–34
ERA4.36
Strikeout394
Pasukan
Pemain

Jurulatih

Kerjaya cemerlang dan anugerah
  • Peraih kemenangan terbaik di AL (2006)
Pingat


Wang Chien-ming
Bahasa Cina:

Wang Chien-ming (Bahasa Cina: 王建民pinyin: Wáng Jiànmín; lahir 31 Mac 1980) ialah bekas pemain besbol Taiwan yang beraksi sebagai pitcher. Beliau pernah beraksi di Major League Baseball (MLB) bersama pasukan New York Yankees, Washington Nationals, Toronto Blue Jays dan Kansas City Royals. Beliau juga mewakili pasukan besbol kebangsaan Taiwan dan kini menjadi pembantu jurulatih pitcher untuk pasukan CTBC Brothers.

Wang menyertai Yankees sebagai ejen bebas amatur pada 2000. Selepas bermain di sistem minor league bersama Yankees selama musim, beliau akhirnya melakukan debut di MLB pada 2005. Dengan gaya lontaran sinker, beliau merupakan salah seorang pitcher terbaik Yankees pada 2006 dan 2007, dengan meraih 19 kemenangan buat kedua-dua musim dan mendahului American League menerusi kategori tersebut pada tahun 2006. Beliau mengalami kecederaan kaki pada tahu 2008 dan ia mengehadkan permainan dan kebekersanan beliau. Beberapa siri kecederaan lengan yang dialami beliau juga menyebabkan beliau terpaksa mengorbankan sebahagian besar musim 2009 dan keseluruhan musim 2010. Wang kembali ke pentas MLB bersama Washington Nationals pada 2011 dengan beraksi dalam 21 perlawanan sepanjang dua musim tersebut. Beliau juga sekali lagi dihimpit dengan kemelut kecederaan. Beliau menyertai Yankees pada 2013 tetapi dilepaskan tanpa sebarang aksi di MLB dan kemudiannya beliau menyertai Toronto Blue Jays. Di Toronto, beliau beraksi dalam enam perlawanan. Beliau seterusnya bermain untuk pasukan-pasukan minor league pada tahun 2014 dan 2015. Pada tahun 2016, beliau kembali di MLB dengan beraksi sebagai relief pitcher untuk pasukan Kansas City Royals.

Wang menjadi pemain Taiwan ketiga yang pernah beraksi di MLB selepas pemain Dodgers, Chen Chin-feng dan pitcher Rockies, Tsao Chin-hui.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Baseballstats