Kansas City Royals

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kansas City Royals
Musim 2024 Kansas City Royals
Ditubuhkan pada 1969
Logo pasukanLencana topi
Gabungan liga utama
Seragam terkini
Fail:MLB-ALC-KC-Uniform.png
Nombor tidak digunakan
Warna
  • Biru diraja, emas, biru serbuk, putih[1][2]
                       
Nama
  • Kansas City Royals (1969–kini)
Gelaran lain
  • The Blue Crew
  • Boys In Blue
  • The Crowns
Ballpark
Kejuaraan Liga Utama
Kejuaraan Siri Dunia (2)
AL Pennant (4)
Central Kejuaraan Divisyen (1)2015
West Division titles (6)
Kemunculan Wild card (1)2014
Pejabat pengurusan
PemilikJohn Sherman[3]
PengurusMatt Quatraro
Pengurus BesarJ. J. Picollo
Presiden Operasi BesbalJ. J. Picollo[4]

Kansas City Royals merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Kansas City, Missouri. Royals bersaing di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) Central. Pasukan ini ditubuhkan sebagai pasukan tambahan pada tahun 1969 dan telah beraksi di empat Siri Dunia dengan memenanginya pada tahun 1985 dan 2015 sementara dua aksi sebagai finalis pula ialah pada tahun 1980 dan 2014.

Pasukan ini menyertai American League pada 1969 bersama pasukan Seattle Pilots. Pasukan ini telah pun ditubuhkan oleh ahli perniagaan Kansas City, Ewing Kauffman. Pasukan ini ditubuhkan atas usaha Stuart Symington, bekas Senator Amerika Syarikat dari Missouri yang menginginkan sebuah pasukan besbol baru di Kansas City berikutan pasukan Athletics (pasukan besbol utama Kansas City yang beraksi dari 1955 hingga 1967) berpindah ke Oakland, California pada 1968. Sejak 10 April 1973, Royals beraksi di Kauffman Stadium, yang dulunya dikenali sebagai Royals Stadium.

Pasukan baru ini kemudiannya menjadi pasukan gergasi apabila tampil di aksi playoff sebanyak tujuh kali dari 1976 sehingga 1985 dengan memenangi Siri Dunia dan pennant AL yang dibarisi pemain-pemain seperti Amos Otis, Hal McRae, John Mayberry, George Brett, Frank White, Willie Wilson dan Bret Saberhagen. Pasukan ini terus kekal kompetitif menjelang awal 1990-an tetapi hanya mencapai satu rekod kemenangan musim dari tahun 1995 sehingga 2012. Selama 20 musim berturut-turut (1986–2013), Royals tidak pernah layak ke postseason MLB, sekali gus menandakan kemarau postseason terpanjang ketika era wild card kini besbol. Pasukan ini menamatkan kemarau tersebut pada musim 2014 apabila mendapat tempat di wild card dan layak ke Siri Dunia sebelum mereka tewas kepada San Francisco Giants. Royals seterusnya yang dibarisi pemain-pemain unggul termasuklah Salvador Perez, Alex Gordon, Johnny Cueto, Danny Duffy, Eric Hosmer, Mike Moustakas dan Lorenzo Cain merangkul kejuaraan divisyen AL Central pada tahun berikutnya dan menewaskan New York Mets di aksi Siri Dunia 2015 bagi mengesahkan kejuaraan dunia kedua pasukan.

Sehingga tahun 2022, rekod menang-kalah Royals sepanjang zaman ialah 4,066–4,441.[5] Pada musim 2023, pasukan ini bernilai AS$1.2 bilion menjadikannya pasukan ke-27 bernilai di MLB.[6] Sementara itu, sehingga tahun 2019, pasukan ini majoritinya dimiliki oleh usahawan John Sherman, serta ramai pemilik bisnes dan usahawan dari Kansas City.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasukan Royals telah ditubuhkan pada 1969 sebagai pasukan gabungan yang diserahkan oleh Major League Baseball selepas pasukan Kansas City Athletics berpindah ke Oakland pada tahun sebelumnya. Royals tidak mengambil masa untuk menjadi pasukan percubaan sebagai paskan baru apabila mereka menamatkan kempen di tempat kedua American League (AL) West sebanyak tiga kali dalam tujuh musim pertamanya. Dengan usaha untuk mengembangkan prospek pasukan, pemilik pasukan Ewing Kauffman telah menubuhkan Akademi Besbol Royals yang terletak di Sarasota, Florida pada tahun 1970. Akademi ini menyasarkan penggunaan inovasi teknologi dan teknik latihan yang terkini untuk mengembangkan kemahiran besbol. Akademi ini berhasil melahirkan 14 pemain MLB daripada 77 prospek akademi dalam empat tahun kewujudannya. Pada tahun 1973, tiga tonggak utama Royals ketika era kegemilangan pasukan ini telah melakukan debut iaitu second baseman Frank White (anggota kelas pertama Akademi Royals), outfielder dan designated hitter Hal McRae dan third baseman George Brett. Trio pemain ini mengemudi Royals meraih tiga gelaran divisyen berturut-turut antara tahun 1976 dan 1978 tetapi mereka disingkirkan oleh New York Yankees dalam tiap-tiap pertemuan di AL Championship Series (ALCS) tersebut. Selepas menduduki tempat kedua musim pada 1979, Royals meraih pennant AL pertama sebelum disusuli oleh kekalahan kepada Philadelphia Phillies di Siri Dunia.

Royals melakukan aksi postseason pada tahun berikutnya walaupun meraih rekod kekalahan secara keseluruhan. Mereka kemudiannya tersingkir dan dua tahun berikutnya menyaksikan prestasi pasukan ini menduduki tempat kedua di divisyen. Pada tahun 1984, Royals sekali lagi mara ke ALCS sebelum kecundang kepada pasukan gergasi apda masa itu, Detroit Tigers. Kekecewaan postseason pasukan ini berakhir pada 1985 apabila Royals yang dibarisi pemain seperti Brett Saberhagen dan Dan Quisenberry membantu pasukan melangkah ke penampilan kedua Siri Dunia untuk berhadapan dengan musuh tradisi jiran, St. Louis Cardinals. Selepas ketinggalan dalam siri dengan mengalami tiga kekalahan berbalas satu kemenangan, Royals memenangi perlawanan kelima siri bagi memberi laluan kepada aksi keenam. Semasa perlawanan itu, Royals berdepan kontroversi akibat keputusan oleh pengadil Don Denkinger ketika inning kesembilan. Cardinals mendahului 1-0 hasil larian Jorge Orta yang dikira safe walaupun di siaran ulangan televisyen ianya jelas out. Royals mengambil peluang untuk meraih dua larian ketika inning tersebut dan memaksa perlawanan penentu iaitu perlawanan ketujuh siri sebelum mereka berjaya merebut kejuaraan dunia sulung pasukan.

Kansas City kemudian memasuki tempoh kemarau postseason bermula tahun 1986. Royals membawa masuk bintang handalan Bo Jackson pada tahun yang sama dengan harapan Royals dapat meraih kemenangan berterusan. Namun begitu, kecederaan punggung teruk dialami beliau ketika bermain sukan bola sepak Amerika bersama pasukan Los Angeles Raiders pada 1991 telah menjejaskan kariernya. Pada era lewat 1990-an dan awal 2000-an, Royals pada masa itu terkenal dengan kecenderungan untuk mendapatkan pemain muda berbakat seperti Carlos Beltrán, Johnny Damon dan Jermaine Dye dan menjual pemain tersebut sebelum mereka mencapai kemuncak karier. Pengamalan itu ditambah dengan kemelut kewangan telah mengakibatkan Royals meraih rekod kekalahan sepanjang dua dekad termasuk mengalami 100 kekalahan antara 2002 dan 2006.

Pada tahun 2013, pemain-pemain muda Royals telah menamatkan tahun-tahun kekecewaan dengan menghasilkan rekod terbaik pasukan (86–76) sejak mogok pemain semasa musim 1994. Kansas City membina kembali momentum pada tahun berikutnya dengan meraih tempat di wild card AL. Pasukan ini meraih kemenangan dramatik pada extra-inning dan memenangi Division Series untuk mendapat tempat di AL Championship Series. Kemudian, Royals menyingkirkan Baltimore Orioles untuk meneruskan kemaraan ke Siri Dunia, untuk menjadi pasukan pertama dalam sejarah MLB yang memenangi lapan perlawanan berturut-turut di postseason. Kemaraan terbaik pasukan ini akhirnya berakhir dengan kekecewaan apabila akur kepada keunggulan San Francisco Giants dalam tujuh aksi siri. Royals meneruskan rentak cemerlang pada musim berikutnya dengan memenangi 95 perlawanan AL sebelum mara sekali lagi ke Siri Dunia. Royals berjaya menewaskan New York Mets dalam lima aksi siri bagi merangkul kejuaraan dunia kedua dalam sejarah pasukan. Kebangkitan pasukan ini tidak bertahan lama apabila Royals gagal layak ke playoff pada musim berikutnya. Kejatuhan dan kemerosotan Kansas City berlaku pantas apabila pasukan ini mengalami 104 kekalahan pada tahun 2018.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Royals Uniform History". Royals.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada August 4, 2020. Dicapai pada July 29, 2020.
  2. ^ "Royals 50th Season Book". Royals.com. MLB Advanced Media. Diarkibkan daripada yang asal pada August 19, 2020. Dicapai pada May 31, 2020. The ultimate keepsake and the perfect gift for true blue and gold Royals fans of all ages, this official, distinctive showpiece will be a treasure for years to come.
  3. ^ "Major League Baseball owners unanimously approve John Sherman and partners to purchase Kansas City Royals". Royals.com (Siaran akhbar). MLB Advanced Media. November 21, 2019. Dicapai pada May 17, 2021.
  4. ^ "Royals fire longtime front-office executive Moore". September 21, 2022.
  5. ^ "Kansas City Royals Team History & Encyclopedia". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-28.
  6. ^ Ozanian, Mike; Teitelbaum, Justin (March 23, 2023). "Baseball's Most Valuable Teams 2023: Price Tags Are Up 12% Despite Regional TV Woes". Forbes. Dicapai pada March 28, 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]