Pergi ke kandungan

Wanita Syurga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wanita Syurga
Genre
Berdasarkan daripada
Pelangi Tidak Berwarna
karya Sophilea
Ditulis oleh
  • Sophilea
  • Haida Mazni
  • Shaza Talib
PengarahRiza Baharudin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Masihkah Ada Rasa Itu?" — Misha Omar
Lagu penutup"Masihkah Ada Rasa Itu?" — Misha Omar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod35
Penerbitan
Penerbit eksekutifWan Nur Syafiqa Wan Zamri
Penerbit
  • Wan Zamri Wan Abdul Kadir
  • Fouziah Abdul Rahman (bersama)
  • Juliana Mazlan (bersama)
PenyuntingCirclehouse Networks
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Akasia)
iQIYI
Format gambar
Format audioDolby Digital
Tayangan ulang di
Mediacorp Suria
4 Disember 2024 — 4 Februari 2025
Siaran asal15 Mac 2024 – 2 Mei 2024
Kronologi
MengikutiMy Lovely Driver
Diikuti olehAku Bukan Ustazah

Wanita Syurga ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Riza Baharudin. Ia dibintangi oleh Redza Rosli dan Siti Khadijah Halim. Drama ini memulakan tayangan perdana di TV3 menerusi Slot Akasia pada 15 Mac hingga 2 Mei 2024, bagi menggantikan My Lovely Driver.[1]

Siri drama ini ditayangkan menerusi laman penstriman iQIYI pada 1 jam akhir selepas siaran TV, Percuma 48 Jam Kemudian.

Drama ini juga bersiaran ulangan di saluran Singapura MediaCorp Suria pada 4 Disember 2024 hingga 4 Februari 2025.

Menceritakan tentang Ardini (Siti Khadijah Halim) yang ikhlas menjadi isteri kepada Amar, (Redza Rosli) lelaki yang dicintainya namun ketika cintanya dikhianati dia juga harus bersedia kehilangan kedua-dua permata hatinya, Wana dan Muqri.

Kisah bermula apabila Ardini meninggalkan kerjayanya sebagai pereka dalaman semata-mata untuk memberi tumpuan kepada keluarganya.

Kehidupan Ardini dan Amar bahagia di samping dua cahayamata mereka iaitu Wana dan Muqri. Namun, langit tidak sentiasa cerah, sehingga kemunculan orang ketiga, Farah (Riena Diana).

Amar dan Farah berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga mereka. Sejak itu, kehidupan Ardini dan anak-anaknya terabai kerana Amar melebihkan Farah kerana dia seorang yang bekerjaya.

Ardini mendapat sokongan daripada Puan Faizah, ibu mertuanya menjalani masalah rumah tangganya. Ardini bangkit semula untuk mempertahankan haknya sebagai seorang ibu.

Kedatangan Luqman, peguam syarie yang juga kawan sekampung Ardini membuatkan Ardini kembali bernafas dan nekad untuk mendapatkan kembali haknya yang di rampas oleh Amar dan Farah. Mampukah Ardini mendapatkan semula haknya yang hilang?

Siaran antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Negara Rangkaian TV Tarikh tayangan
Singapura MediaCorp Suria Disember 2024
  1. ^ "Drama Wanita Syurga". Myinfotaip. 15 Mac 2024. Dicapai pada 16 Mac 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 6:58 petang (Sepanjang Ramadhan), 7:00 malam (Sepanjang Raya)
Sebelumnya Wanita Syurga Berikutnya
My Lovely Driver Aku Bukan Ustazah