Siti Khadijah Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siti Khadijah Halim
Kelahiran
Siti Khadijah binti Abdul Halim

(1997-03-27) 27 Mac 1997 (umur 27)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2018–kini

Siti Khadijah Abdul Halim (lahir 27 Mac 1997) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Gadis Panca NR pada tahun 2018. Beliau mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila membawa watak Lara Andrew di dalam drama Dia Yang Ku Cinta,[1] namun lebih dikenali menerusi drama Ash & Aish dan Sekali Lagi Cinta Kembali.[2]

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan mempunyai 4 orang adik-beradik, dua abang (lahir pada 1988 dan 1991) dan seorang kakak (lahir 1994) dan merupakan anak bongsu. Beliau dibesarkan oleh ibu bapanya yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), kampus Lendu, Melaka. Setelah tamat pengajian, beliau terus menjadi seorang pelakon.[3]

Beliau menyertai pertandingan Gadis Panca NR 2017 anjuran Mingguan Malaysia (akhbar mingguan Utusan Malaysia dan dinobatkan sebagai juara. Kerjaya seninya pula diuruskan oleh syarikat A. Aida Production.[4] Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa buah drama dan telefilem.[5]

Gaya[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti pesaing-pesaingnya dalam bidang lakonan, Siti Khadijah memilih untuk tidak menggunakan nama pentas, sebaliknya hanya menggunakan nama sebenarnya sebagai nama pentas sambil mengatakan mahu menjaga nama baik dirinya selain mahu membanggakan ibu bapanya.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Rompak Sofea Filem pertama
Hantu Tenggek Ana
2023 Syaitan Munafik Echa
TBA Munajat Kekasih Zaiton Pra-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Dia Menantu Rahsia Shima TV3 Pelakon Undangan
Rumah Siti Khadijah Didi Episod: "Mangsa Rogol"
Dia Yang Ku Cinta Lara Andrew
2020–2021 Bidadari Salju Marissa
2021 The Maid Citra Astro Ria
Marry Me Senorita Tina
Isolasi Erra Awesome TV
2021–2022 Dukun Diva Baby Riena (Sabriena Lim Zulkarnain Lim) Astro Citra
2022 Ash & Aish Aish (Aisha) Astro Ria
Sekali Lagi Cinta Kembali Aira TV3
Garnier: Menawan Impian Cindy/Ella Drama pendek
2023 Segenap Takdir Haryani
From Saga With Love Karma (Karmila Azad) Viu
2024 Cerah Ceria Bersama Garnier Siti TV3 Drama pendek
Wanita Syurga Ardini Zahira

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Pengantin 3 Hari Maya Salam HD
Cerai Farah Astro Citra
2023 Kami TV Mimi/Ayu
Biar Biasa Biasa Sofia Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 Buletin113 (Musim 3) Pengacara Salam HD Menggantikan Nazrief Nazri
2020 Buletin113 (Musim 4)
Ujian Menantu Dirinya sendiri Awesome TV bersama Yuna Zainal
2021 Buletin113 (Musim 5) Pengacara Salam HD
Sepahtu Reunion Live Zila Astro Warna Episod: "Dilema"
2022 Terpaling Juara Artis jemputan TV3 Bersama Aniq Suhair
Sepahtu Reunion Live Al-Puasa Fisha Astro Warna Epispd: "Setia Antara Kita"
Sepahtu Reunion Live Tasha Episod: "Jodoh Pasti Bertemu" Bahagian 2
Cuti-cuti Malaysia: Tour Race Dirinya sendiri Astro Awani
2023 Anugerah Ikon Sukan Harian Metro Penyampai anugerah TV9 bersama Intan Serah
Anugerah Drama Sangat 2023 TV3 bersama Janna Nick
Nona Artis jemputan

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Iklan Catatan
2022 McDonald's: Kak Long Balik Muar bersama Nadiya Nisaa & Aniq Suhair, sebagai Wawa (Kak Chik)
Raya IJM Land: Selembar Benang, Sepasang Baju bersama Iman Zulkarnain, sebagai Nita

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2021 "Bicaramu" Amir Hasan
"Bunga" Kugiran Masdo
2022 "Ku Cuba" Hariz Fayahet

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2023 Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
Pasangan Drama Terbaik Dirinya sendiri (bersama Aniq Suhair) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fatin Farhana Ariffin (27 Februari 2022). "'Biarlah nama tak komersil...'". Berita Harian. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  2. ^ Affan Rostam (26 Disember 2022). "Siti Khadijah pilih naskhah lonjak nama". Berita Harian. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
  3. ^ a b Nur Asyikin Mayudin (5 Februari 2022). "Siti Khadijah mahu pelihara nama baik, pakaian tak terlalu terbuka walaupun belum bertudung". mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  4. ^ "Siti Khadijah juara Gadis Panca 2017". Malaysia Gazette. 14 Januari 2018. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  5. ^ Affan Rostam (22 September 2023). "Sukar percaya orang lain, Siti Khadijah urus kerjaya sendiri". Berita Harian. Dicapai pada 22 September 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]