Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan)/Archive4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Menseragamkan nama templat infobox[sunting sumber]

Saya tahu perkara ini pernah dikemukakan dahulu (lihat Wikipedia:Kedai_Kopi_(dasar)/Arkib/2011#Penyeragaman_nama_templat_kotak_info) tetapi saya ingin mengemukakannya semula. Ini kerana sampai sekarang belum ada persetujuan mengenai nama yang sepatutnya bagi templat infobox, menyebabkan format dan keadaan templat ini yang ada di Wikipedia bahasa Melayu tidak seragam dan dilihat kurang standard jika dibandingkan dengan keadaannya di English Wikipedia.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya istilah 'kotakinfo' digunakan bagi merujuk templat ini. Ini berdasarkan rasional tentang nama dalam bahasa Inggeris 'infobox' yang mana ianya adalah satu perkataan, tanpa jarak, walaupun ianya berkemungkinan singkatan dari 'information box'. Juga, walaupun 'maklumat' adalah terjemahan utama bagi information, perkataan 'informasi' dan 'info' juga terdapat dalam daftar Kamus Dewan, serta penggunaannya juga masih cukup meluas. Istilah 'kotakinfo' juga dapat mengekalkan nuansa infobox yang merupakan perkataan teknikal dan pengkomputeran, yang mungkin hanya digunakan dalam konteks wikipedia. Oleh itu, sesuai digunakan terjemahan langsung dari istilah infobox (iaitu 'kotakinfo').

Saya juga lebih cenderung bagi penggunaan 'kotakinfo' daripada 'kotak info', iaitu dengan tiada jarak. Ini adalah bagi menyeragamkan nama templat ini dengan versi asalnya dalam bahasa Inggeris yang tiada mempunyai jarak di antara info dan box.

Bagi format tajuk templat, saya mencadangkan supaya ianya dinamakan seperti [[Templat:Kotakinfo]]. Bagi kotakinfo untuk perkara yang lebih khusus bolehlah dibuat tajuknya seperti [[Templat:Kotakinfo perkara]]. Contohnya, [[Templat:Kotakinfo universiti]] bagi templat kotakinfo universiti, [[Templat:Kotakinfo hospital]] bagi kotakinfo hospital atau pusat perubatan dan [[Templat:Kotakinfo agensi kerajaan]] bagi apa sahaja berkaitan agensi kerajaan seperti jabatan dan kementerian.

Mengenai dengan templat yang sedia ada yang bukan menggunakan perkataan 'kotakinfo' saya mencadangkan agar ianya dipindah menjadi format [[Templat:Kotakinfo perkara]] dan nama-nama selainnya bolehlah dijadikan lencongan. Saya juga berpendapat ada baiknya jika dibuat lencongan bagi nama bahasa Inggeris supaya mudah bagi pengguna yang biasa dengan nama Inggeris templat tersebut untuk mencarinya di Wikipedia bahasa Melayu dan seterusnya menyesuaikan diri dalam menyunting dalam Wikipedia ini.

Bagi saya, adalah tidak sesuai sebenarnya jika istilah bahasa Inggeris digunakan dalam Wikipedia bahasa Melayu ini, lebih-lebih lagi jika ianya sesuatu yang boleh diterjemah atau istilah tersebut ada bersamaannya dalam bahasa Melayu. Saya dapati masih banyak perkara-perkara teknikal seperti templat, parameter, dll. dalam Wikipedia bahasa Melayu ini yang masih belum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, lebih-lebih lagi templat-templat yang penting dan penggunaannya sangat meluas. Saya rasa, jika kita mahu melihat bahasa Melayu benar-benar dimartabatkan dalam Wikipedia ini ianya perlulah bermula dari asas itu sendiri.Zulfadli51 (bincang) 05:34, 28 Disember 2017 (UTC)

Template merupakan sesuatu yang tidak kelihatan pada pengguna biasa, oleh itu saya tidak cerewet mengenainya. Pastikan anda membetulkan semua rencana yang menggunakan template itu jika menyuntingnya, jika tidak ia merosakkan semua rencana (seperti rencana buku) sebelum ini. Istilah Inggeris tidak perlu dilencongkan kerana pautan melalui wikidata sedia ada. Yosri (bincang) 09:30, 28 Disember 2017 (UTC)
@Zulfadli51: Maaf kerana membuka perbicangan lama, selama ini agak sibuk sedikit untuk melihat perbincangan disini. Saya bersetuju dengan apa yang Yosri katakan. Tidak kira, templat atau modul, semua ini tidak kelihatan bagi pengguna biasa kerana paparan akhir adalah dalam bahasa Melayu.

Jika mahu menukar istilah parameter kepada perkataan dari bahasa Melayu, silakan... Tetapi perlu kekalkan parameter bahasa Inggeris kerana ramai penterjemah lebih cenderung menggunakan parameter bahasa Inggeris kerana banyak tempat adalah pinjam dan WBM sudah wujud hampir 16 tahun dan mempunyai 327,869 buah rencana! Jadi untuk menukar segala yang sudah dibuat, kita perlukan ramai penyunting dan penyelia lagi yang lebih aktif untuk melakukan semua rombakan semula ini. Saya faham anda mahu menjadikan WBM ini sebuah Wikipedia yang terbaik. Dahulu juga saya berfikiran macam anda. Jadi penyelesaian akhir penyelia kerana kekurangan pengguna berkualiti yang mampu jadi penyelia, kami menggunakan apa sahaja Wikipedia BI buat dan hanya terjemah apa yang bakal dilihat dan kekalkan segala teknikal dalam BI. Oleh kerana BI sangat aktif, segala teknikal mereka bakal berubah dari hari ke hari dan jika anda perasan, apa-apa sahaja penambahan baru kadang-kadang tidak dipaparkan dengan baik di WBM. Oleh itu, kami perlu co-op dengan mereka untuk menyajikan paparan terbaik dalam WBM kerana ramai penynting baru sangat teruja mahu menyumbang di sini dan menggunakan WBI sebagai batu loncatan untuk menterjemah. Saya sendiri lihat dan mengikuti mereka sejak beberapa pertemuan di Malaysia yang Chongkian lakukan. Mereka mahu menyumbang tetapi tidak tahu. Jadi kebanyakan kami menyarankan menggunakan WBI sebagai permulaan. Senang cerita, copy and paste sahaja ke dalam WBM!

Apa yang penting disini adalah menterjemah rencana. Kerana ramai penyumbang yang pandai berbahasa Melayu lebih cenderung untuk menyumbang di dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. Sehingga bahasa Melayu diabaikan. Dan tidak semua pengguna Wikipedia yang hanya menggunakan Wikipedia untuk membaca faham BI. Jadi dengan adanya kita ni yang tidak semua pandai memulakan rencana dari kosong tanpa apa-apa sumber rujukan, terjemah rencana sahajalah jalan lain untuk kita menyumbang dan memartabatkan Bahasa Melayu. Dan saya pun masih dalam perancangan untuk membuat pertemuan dengan sekolah-sekolah di Malaysia untuk mengajak pelajar menyumbang ke WBM. SNN95 Talk to me, beybeh!Cuti wiki Bercuti wiki 23:12, 19 April 2018 (UTC)
1. Saya menyokong usaha penyeragaman bagi nama templat, sebab saya lebih suka jikalau semua nama templat ditukarkan kepada bahasa Melayu, dan nama dalam bahasa asing boleh dilencongkan kepada bahasa kita. Tetapi untuk Infobox, saya lebih suka dengan penggunaan istilah "Kotak info" walaupun beberapa Wikipedia seperti di versi bahasa Portugis yang hanya menggunakan perkataan "Info" (Predefinição:Info) dan di bahasa Arab pula, sesetengah daripadanya hanya menggunakan perkataan "Maklumat" (contoh: ar:قالب:معلومات نزاع عسكري).
2. Untuk parameter dan sintaks dalam templat, tidak salah kalau hendak gunakan dalam bahasa Melayu sahaja, tetapi saya lebih suka jikalau ada pilihan dalam bahasa Inggeris juga (contoh: Templat:Kotak info laluan kereta api) sebab kadang kala ia lebih memudahkan, dan seperti kata SNN95, ramai penterjemah lebih cenderung menggunakan parameter bahasa Inggeris. → 26 Ramadan (bincang) 07:13, 20 April 2018 (UTC)

Kolum kerjasama mencipta rencana baharu[sunting sumber]

Di Wikipedia Bahasa Indonesia kita dapat perhatikan di sebelah kanan ada kolum atau pojok yang bertajuk "Tantangan kolaborasi" (Cabaran kerjasama) di mana penyunting dan pembaca diajak untuk mencipta rencana-rencana baru mengikut kemahuan semasa. Malah terang-terang disyorkan agar penyumbang menggunakan ciri ContentTranslation. Saya rasa ciri-ciri ini patut dicontohi dan diterapkan di laman utama WBM. "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 14:25, 14 Januari 2018 (UTC)

Symbol support vote.svg Setuju Saya sangat bersetuju dengan idea SayaAnakBangsaMalaysia. Apabila ada halaman sedemikian sudah tentu kita dapat bantu-membantu menyempurnakan artikel. CyberTroopers ❯❯❯
Symbol support vote.svg Setuju Sungguhpun saya tidak dapat menyertainya kerana menumpu pada kawalan vandal dan mencipta rencana infrastruktur Malaysia (Masjid, Sekolah & Kampung). Yosri (bincang) 11:38, 17 September 2018 (UTC)

Instagram WBM[sunting sumber]

Saya hendak mengusulkan cadangan untuk menciptakan akaun bagi Wikipedia bahasa Melayu jikalau belum ada. Ini kerana ramai generasi sekarang menggunakan laman sosial sebegini untuk bersosial serta mendapat ilmu daripada akaun-akaun ilmiah. Saya berpendapat dengan adanya akaun ini, ia dapat menarik lebih ramai pengguna Internet di luar sana untuk memberi sumbangan kepada Wikipedia bahasa Melayu. Sebab saya mengusul cadangan ini kerana saya ada nampak di ruang ulasan di akaun ilmiah Instagram menanyakan sumber ilmu itu sedangkan maklumat itu mudah dicari di Wikipedia. Lagipun ada sudah akaun @wikipedia dan @idwikipedia. Dalam akaun itu, boleh letak maklumat menarik dan perkara yang berkaitan dengan Wikipedia bahasa Melayu. --Tofeiku (bincang) 11:56, 20 Februari 2018 (UTC)

Saya sokong dengan cadangan ini. Polar (bincang) 12:32, 20 Februari 2018 (UTC)
Saya juga sokong! Tetapi sebelum itu, Tofeiku, saya mahu tahu, anda kenal sesiapa yang menjadi admin dalam www.facebook.com/groups/ms.wiki. Saya sudah disekat di situ. Jadi agak payah saya mahu berkongsi maklumat seperti pertemuan yang bakal berlaku di situ. SNN95 Talk to me, beybeh!Cuti wiki Bercuti wiki 14:44, 19 April 2018 (UTC)
Kenapa pula disekat, @SNN95:? Saya tidak kenal mana-mana admin di sana memandangkan saya tidak pernah berada dalam group di sana. Saya rasa memang perlunya ada laman Instagram ini untuk manfaat orang ramai. --Tofeiku (bincang) 14:49, 19 April 2018 (UTC)
@Tofeiku: Berkongsi ilmu, kemudian disekat kerana dianggap spam XD SNN95 Talk to me, beybeh!Cuti wiki Bercuti wiki 14:50, 19 April 2018 (UTC)
@SNN95: Pelik pula. Saya lihat tidak berapa aktif pun group tu. Rasanya lebih baik cari saluran lain untuk berkongsi maklumat seperti Instagram yang kerap digunakan pada masa ini. --Tofeiku (bincang) 14:59, 19 April 2018 (UTC)

────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────@Tofeiku: Betul tu! Tapi terkilan juga, kerana group tu la yang agak rasmi selain group rasmi lain yang berkait dengan wikipedia BM. Yang ada sekarang ni pun hanya berkaitan dengan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia. Berkenaan Instagram, sudah buat atau belum akaun rasmi ni? sekurang-kurangnya, 2-3 orang ada hak menggunakannya atau sorang sudah cukup. Hanya perlu salur dan muat naik apa yang admin atau pengguna mahu uar-uarkan. Kalau rajin, wujudkan segmen "Tahukah anda" juga terbaik. Apa-apa saja info terbaru selain TA juga baik dikongsi. SNN95 Talk to me, beybeh!Cuti wiki Bercuti wiki 22:31, 19 April 2018 (UTC)

@SNN95: Oh, begitu pula. Belum lagi cipta akaunnya. Macam saudara cakap tadi, takkanlah seorang ja urus ni. Segmen TA pun bagus juga. Kita boleh rujuk macam mana akaun Instagram rasmi Wikipedia muat naik kandungan atau lebih baik! Wikipedia di Instagram --Tofeiku (bincang) 06:24, 20 April 2018 (UTC)
Bagus juga cadangan ini, jadi saya menyokongnya. → 26 Ramadan (bincang) 07:13, 20 April 2018 (UTC)
@Tofeiku: Orait! Kalau macam tu, kita cipta satu, dan saya rasa lebih baik kita berbincang secara private pasal ni. Kita tentukan kata laluan dan nama pengguna untuk akaun insta ms.wiki kita ni. Ini akaun instagram saya snn1395 di Instagram. SNN95 Talk to me, beybeh!Cuti wiki Bercuti wiki 09:42, 21 April 2018 (UTC)
@Tofeiku, Polar, 26 Ramadan, Smim90, dan Yosri: Disebabkan untuk mengelak copyright dalam menggunakan email untuk mencipta akaun media sosial atas tujuan yang berkaitan Wikipedia, penciptaan akaun media sosial ini terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu. Wikimedia sangat menitik berat penggunaan email untuk media sosial. Jika boleh mereka lebih sokong mencadangkan menggunakan email dibawah domain wikimedia.my. Hal ini kerana, jika ada apa-apa pertandingan yang memerlukan menggunakan media sosial (sudah ada kes berlaku), email untuk akaun itu haruslah bukan yang persendirian seperti gmail. Gmail hanya boleh digunakan untuk berkenaan teknikal (cth: wikimedia-my-admin@gmail.com) seperti pengurusan server (yang akan dimohon kemudian selepas Laporan Kewangan keluar). Selepas dapat beli server, barulah boleh membuat email yang dicadangkan untuk media sosial (info@wikimedia.my), Pentadbiran (Admin@wikimedia.my), dan Presiden Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia (president@wikimedia.my). Perkara ini akan menaikkan kredibiliti kita sebagai organisasi. Sekian, harap maklum. SNN95 Talk to me, beybeh!Cuti wiki Bercuti wiki 14:32, 22 April 2018 (UTC)
@Tofeiku, Polar, 26 Ramadan, Smim90, dan Yosri:Setelah berbincang semula dengan ahli Wikimedia, mereka mengatakan semua yang saya nyatakan dalam balasan yang dipotong diatas hanyalah untuk berkenaan aktiviti organisasi Wikimedia Malaysia seperti Wiki Loves Earth Malaysia, Wiki Loves Monuments Malaysia, Wikidata Malaysia, Mediawiki Malaysia jika organisasi sudah matang dan berkembang. Jadi jika akaun media sosial itu hanya untuk perkongsian yang berlaku dalam WBM sahaja, dibolehkan. Dengan ini, nantikan akaun Instagram bagi WBM tak lama lagi. SNN95 Talk to me, beybeh!Cuti wiki Bercuti wiki 15:27, 22 April 2018 (UTC)

Pelucutan gelaran Rencana Pilihan bagi KLIA Transit[sunting sumber]

Mengikut pencalonan di Wikipedia:Calon_rencana_pilihan/2007#KLIA_Transit, saya mencadangkan rencana KLIA Transit perlu dikemaskini semula mengikuti spesifikasi rencana pilihan. Jika tidak, baik lucutkan sahaja gelara RP ini. Saya lihat suntingan yang dilakukan lebih kepada seperti di Wikivoyage. Jika perlu @Yamahaboy81:, pindahkan segala suntingan itu ke dalam Wikivoyage. SNN95 Talk to me, beybeh!Cuti wiki Bercuti wiki 14:41, 19 April 2018 (UTC)

Symbol support vote.svg Setuju Setuju. → 26 Ramadan (bincang) 07:13, 20 April 2018 (UTC)
Saya akan laksanakan pada Isnin ini 23 April (UTC+8) jika tiada bantahan. SNN95 Talk to me, beybeh!Cuti wiki Bercuti wiki 09:38, 21 April 2018 (UTC)