Wizards of Warna Walk
Wizards of Harvey Walk | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Wizards of Waverly Place oleh Disney |
Pencipta | Todd J. Greenwald C.H. Greenblatt |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "There's Magic Here" oleh Daiyan Trisha |
Lagu penutup | "There's Magic Here" oleh Daiyan Trisha |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 14 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Lokasi | Nickelodeon Animation Studios |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 22 minit |
Syarikat penerbitan | Nickelodeon Animation Studios |
Syarikat pengedaran | {{plainlist| |
Penyiaran | |
Saluran asal | Nickelodeon |
Format gambar | 720p (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 30 Ogos 2021 – 20 Disember 2021 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Wizards of Harvey Walk ialah sebuah siri televisyen komedi fantasi asal Nickelodeon Asia, ia berkisarkan mengenai kehidupan unik keluarga D'Cruz di tengah kesibukan bandar raya Jalan Lake yang disiarkan dari 30 Ogos 2021 hingga 20 Disember 2021. Ia merupakan adaptasi Malaysia daripada siri televisyen popular Disney Channel, Wizards of Waverly Place.[1][2][3][4]
Premis
[sunting | sunting sumber]Siri ini mengisahkan keluarga D'Cruz, yang berketurunan Baba dan Nyonya, menguruskan kopitiam Peranakan bernama Little Nyonyum, yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur. Pasangan adik-beradik ini menyeimbangkan kehidupan mereka sebagai kanak-kanak biasa di sekolah dan ahli sihir pelatih di rumah, dalam pelbagai situasi yang lucu dan menyeronokkan.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Utama
[sunting | sunting sumber]- Emma Sofea sebagai Amelia Rue D'Cruz, anak bongsu daripada keluarga D'Cruz yang mula menemui potensi sebenar kemampuan magisnya.
- Mia Sara Shauki sebagai Alissa Rose D'Cruz, anak sulung yang merasakan rasa tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.
- Idan Aedan sebagai Aiden Rowan D'Cruz, anak lelaki dari keluarga D'Cruz, yang menyukai semua perkara termasuk seni dan muzik.
- Afdlin Shauki sebagai Norman James D'Cruz, seorang ahli sihir, memperkenalkan dan membimbing anak-anaknya dalam dunia sihir.
- Carmen Soo sebagai Jasmin Tae D'Cruz, yang mengendalikan kopitiam, Little NyoNyum, bersama suaminya Norman. Dia berdisiplin terhadap keluarga. Walaupun kelihatan tegas dengan anak-anaknya, dia sangat menjaga mereka.
Berulang
[sunting | sunting sumber]- Rose Melynna sebagai Sarah, rakan karib Amelia
- Andika Rees Pahamin Azhar sebagai Johan Ali
- Megat Sharizal sebagai Cikgu Singh
- Nur Anis Fatihah sebagai Hailie
Undangan
[sunting | sunting sumber]- Zalif Sidek sebagai Pocong
- Hannan Barakbah sebagai Cik Toy
- Ali Alasri sebagai Hang Tuah
- Faiq Syazwan Kuhiri sebagai Parameswara
- Syarifah Nur Syalin sebagai P. Gunung Ledang
- Yiky Chew sebagai P. Hang Li Po
- Ashraff Modee Zain sebagai Profesor Zubir
- Linora Low sebagai Chef Ai Gar Ng
- Joel Timothy sebagai Benji
- Tan Meng Kheng sebagai Mr. Adam
- May June Tan sebagai Ms. Nora
- Kamarul Baisah Hussin sebagai Wayang Kulit (suara)
- Zain Hamid sebagai Uncle Andy
- Mandy Chong sebagai Madame Tee
- Fikhree Bakar sebagai Djinn
- Vicha Barbie sebagai Nenek Kebaya
- Fariz Isqandar sebagai Daniel
- Barisan pelakon Kelab Mickey Mouse Malaysia sebagai diri mereka sendiri:
- Charis Ow
- Ellya Keesha Zarif Ahmed Zaharani
- Erissa Puteri Hashim
- Ahmad Faiz Najib
- Gabriel Pountney
- Wafiy Ilhan Johan
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Wizards of Warna Walk diadaptasi dari siri televisyen Disney Channel yang memenagi anugerah, Wizards of Waverly Place yang disiarkan di Amerika Syarikat dari 2007 hingga 2012 sebanyak empat musim.[5] Penggambaran dijalankan sepenuhnya di Pinewood Iskandar Malaysia Studios (kini Iskandar Malaysia Studios) di Johor, selama dua bulan.[6] Berlatarkan Kuala Lumpur, adaptasi siri ini menampilkan pelakon, komposisi muzik, bahasa Malaysia dan budaya Asia.[6] Eksekutif rangkaian pernah mempertimbangkan cadangan untuk mengadaptasi siri lain seperti Hannah Montana, namun Wizards dipilih kerana dirasakan terbaik untuk menarik perhatian penonton Malaysia.[6]
Pelakon baharu, Emma Sofea dipilih menjayakan watak Amelia dan ini merupakan penampilan televisyen pertamanya selepas dipilih melalui ujibakat yang diadakan di seluruh negara.[7] Afdlin Shauki memegang watak sebagai Norman James D'Cruz, seorang ahli sihir; Afdlin dalam satu temuramah bersama Harian Metro menyifatkan peluang bekerjasama dengan anak sulungnya, Mia Sara dalam sitkom ini ialah pengalaman berharga buatnya.[8] Lagu tema siri ini, "There’s Magic Here", dipersembahkan oleh penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha, manakala muzik videonya disiarkan di Disney Channel pada 16 Ogos 2019.[2][7]
Siaran
[sunting | sunting sumber]Wizards of Warna Walk disiarkan di Disney Channel Asia bermula 30 Ogos 2019 dan berakhir pada 20 Disember 2019 di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.[6]
Ringkasan siri
[sunting | sunting sumber]Musim | Episod | Tarikh siaran di Disney Channel | ||
---|---|---|---|---|
Episod pertama | Episod terakhir | |||
1 | 14 | 30 Ogos 2019 | 20 Disember 2019 |
Episod
[sunting | sunting sumber]No. episod keseluruhan |
No. episod musim |
Tajuk | Tarikh siaran pertama |
---|---|---|---|
1 | 1 | "Haunted Hantu" | 30 Ogos 2019 |
2 | 2 | "A Very Chocolate Anniversary" | 6 September 2019 |
3 | 3 | "Masalah Di Muzium" | 13 September 2019 |
4 | 4 | "10-Minute Crazy Sale" | 20 September 2019 |
5 | 5 | "Report Card" | 27 September 2019 |
6 | 6 | "The Ice Kacang Shebang" | 4 Oktober 2019 |
7 | 7 | "Murtabak Magic" | 11 Oktober 2019 |
8 | 8 | "Pop Me and We Both Down" | 18 Oktober 2019 |
9 | 9 | "It's All In The Family" | 25 Oktober 2019 |
10 | 10 | "Potion Pandemonium" | 1 November 2019 |
11 | 11 | "Aiden's Little Sister" | 8 November 2019 |
12 | 12 | "Amelia's Choice" | 15 November 2019 |
13 | 13 | "You Can't Always Get What You Carpet" | 22 November 2019 |
14 | 14 | "Friends In Need, Indeed!" | 20 Disember 2019 |
Ulasan kritis
[sunting | sunting sumber]Mengulas untuk portal hiburan Sensasi Selebriti, Budiey menyifatkan Wizards of Warna Walk "terlalu jauh untuk dibandingkan dengan jenama besar seperti Harry Potter", sambil menambah ia "juga kaya dengan nilai sosial dan budaya setempat, kekeluargaan dan nilai kasih sayang yang boleh menjadi inspirasi dalam setiap episod" yang disiarkan.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Noor Ain Norman (15 Ogos 2019). "Disney Channel tampil dengan sitkom terbaru Wizards of Warna Walk". Remaja. Dicapai pada 31 Januari 2020.
- ^ a b "Disney Channel Southeast Asia launches original Malaysian series, Wizards of Warna Walk" (dalam bahasa Inggeris). AFO Radio. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 31 Januari 2020.
- ^ Iylia Adreena (16 Ogos 2019). "Witches and wizards exist in Malaysia and you can find them in Disney's Wizards of Warna Walk" (dalam bahasa Inggeris). Rojak Daily. Dicapai pada 31 Januari 2020.
- ^ "#Showbiz: Meet the D'Cruzes and their wizardry" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 22 Ogos 2019. Dicapai pada 31 Januari 2020.
- ^ Sukhbir Cheema (27 Ogos 2019). "Wizards of Waverly Place is getting an Asian adaptation and some people are losing their minds". Mashable (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Januari 2020.
- ^ a b c d Kenneth Chaw (16 Ogos 2019). "Meet the 3 M'sian kids who beat 350 others to star in this Disney show" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 31 Januari 2020.
- ^ a b "Meet the wizards of Warna Walk" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 22 Ogos 2019. Dicapai pada 31 Januari 2020.
- ^ Ardini Sophia Sina (20 Ogos 2019). "Kenangan manis bersama Mia". Harian Metro. Dicapai pada 31 Januari 2020.
- ^ Budiey (8 November 2019). "Peraduan menang merchandise Wizards of Warna Walk terbitan Disney Channel Asia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Januari 2020.