Daiyan Trisha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Daiyan Trisha
Daiyan Trisha on MeleTOP.jpg
Daiyan ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 13 Mei 2015.
Kelahiran
Daiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin

(1993-12-22) 22 Disember 1993 (umur 27)
PendidikanPerakaunan dan Perniagaan
Pusat pendidikan
PekerjaanPenyanyi, pelakon, model
Tahun aktif2013–kini
Ketinggian2.00 m (6 ka ​6 1116 in)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Laman sesawang
www.daiyantrisha.com

Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin (lahir 22 Disember 1993)[a] merupakan seorang penyanyi, model dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau mula mendapat perhatian meluas menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee,[2][3] dan sejak itu, beliau telah muncul dalam pelbagai kredit lakonannya dalam televisyen dan filem termasuk Sejuta Rasa Buat Adelia (2018) dan Busker (2018).[4] Bagi kerjayanya dalam bidang muzik, Daiyan telah merakamkan sejumlah lagu yang telah menjadi kejayaan komersial termasuk "Cinta Suka Sayang Kamu", "Kita Manusia" dan "If I".[5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Daiyan Trisha dilahirkan pada 22 Disember 1993 di Bangi, Selangor.[6] Beliau ialah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Samsiah Mohd Nor, seorang penulis novel terkenal[1] dan Mohd Nasaruddin. Daiyan pernah bekerja sebagai pelayan restoran dalam tempoh jangka pendek semasa menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[7] Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Dee[1] gemar membaca dan bersenam di waktu lapang. Daiyan merupakan pemegang Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).[8][9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Daiyan mula memuat naik klip video beliau menyanyikan lagu saduran di YouTube pada usia 16 tahun.[10] Empat tahun kemudian, iaitu pada 2013, beliau mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air ketika berusia 20 tahun. Beliau pertama kali mendapat perhatian umum menerusi telefilem bertajuk Dee yang bersiaran di Astro Ceria.[11][2][12] Telefilem ini turut menghasilkan sebuah siri TV bertajuk sama yang disiarkan pada 2015.[13]

Pada tahun yang sama, Daiyan memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single pertama, "Kerana Kau", ia kemudian diikuti oleh single kedua, "Cinta Suka Sayang Kamu" (2014) menampilkan duet bersama juara Akademi Fantasia musim ke-10, Faizul Sany.

Daiyan ditemuramah oleh MeleTOP di majlis tayangan perdana filem Cinderella pada 17 Mac 2015.

Pada tahun 2015, beliau telah dilantik sebagai duta dan jurucakap produk kecantikan Fair & Lovely.[14][15] Pada tahun yang sama juga, beliau bersama Marsha Londoh dipilih sebagai Puteri Disney.[16]

Kerjaya filem beliau bermula menerusi filem drama komedi Girlfriend Kontrak (2015) arahan pengarah kelahiran Australia, Virginia Kennedy lakonan Nur Risteena dan Keith Foo.[17] Beliau juga berduet bersama penyanyi Indonesia, Calvin Jeremy menerusi lagu "Kita".[18]

Dalam tahun 2017, beliau melancarkan dua lagu single serentak, iaitu "Boy In My Dream" dan "Kita Manusia".[19] Dari November tahun yang sama sehingga Januari 2018, Daiyan menjayakan peranan pembantu sebagai Ira dalam drama My Coffee Prince arahan Michael Ang, lakonan Fattah Amin dan Janna Nick, yang diadaptasi dari drama Korea Selatan 2007, The 1st Shop of Coffee Prince.

Filem kedua beliau, Busker (2018) yang menggandingkan beliau bersama Hafeez Mikail ditayangkan pada 11 Januari 2018, yang mana Daiyan memegang watak sebagai Vera.[20][21] Ia turut dibintangi oleh Mas Khan, Lia Natalia dan Anas Ridzuan. Beliau menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-30 bagi persembahannya dalam filem ini.

Daiyan menjadi bintang utama bersama Aliff Aziz dalam drama Sejuta Rasa Buat Adelia, adaptasi dari novel Ulam Kasih Sambal Cinta karya Norzailina Nordin. Beliau memegang watak sebagai Adelia Naurah, seorang cef di Malay Kitchen.[22] Beliau seterusnya melancarkan lagu "Brutal" yang mana muzik videonya telah difilemkan di Los Angeles, California, A.S..[23]

Pada Ogos 2018, Daiyan Trisha bersama komposer muda, Nik Qistina bekerjasama dengan HP Malaysia untuk menerbitkan lagu dan video muzik yang memberi fokus kepada ekspresi diri dalam kalangan remaja, yang mana mereka mencipta lagu yang bercerita tentang ekspresi diri dengan merangkul keperibadian dan mengatasi kesukaran untuk meraih kejayaan.[24] Beliau telah diberi kepercayaan menyanyikan lagu tema siri TV Disney Channel, Wizards of Warna Walk yang bertajuk "There's Magic Here".

Daiyan kemudian muncul dengan lagu "I Wanna See Ya" pada Oktober 2019, lagu ini ialah hasil nukilan bersama Daiyan dan Juan Ariza.[25][26] Beliau mengadakan konsert jelajah Asia Tenggara bersama penghibur kelahiran Amerika Syarikat (AS), Sam Tsui pada hujung 2019.[27][28]

Daiyan menerbitkan album studio pertamanya, yang menggunakan namanya sebagai tajuk album, dikeluarkan pada November 2019 yang mana ia diterbitkan olehnya sendiri tanpa kerjasama dengan mana-mana syarikat rakaman.[29] Pada Julai 2020, beliau muncul dengan single terbaharu, "On My Way".[30][31]

Kemudian pada Oktober 2020, Daiyan muncul dengan lagu bertajuk "Cahaya", yang diterbitkan bagi meraikan ulang tahun ke-10 jenama penjagaan kulit Hada Labo.[32][33]

Daiyan juga menceburi bidang pengacaraan, dengan mengacararakan rancangan Renovate yang bersiaran di Naura HD. Selain itu, beliau juga muncul dalam drama pendidikan Projek: Anchor SPM yang berkisarkan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar 2000. Drama arahan Razaisyam Rashid itu turut dibintangi oleh Aedy Ashraf dan Shasha Abedul.[34][35] Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagai Aaidaa. Pada Mac 2021, Daiyan bersama Alif Satar menjadi pengacara baharu Muzik Muzik.[36][37] Bagaimanapun hanya selepas 6 bulan, beliau telah tamat kontrak sebagai pengacara Muzik Muzik dan tempatnya digantikan oleh Sissy Imann.[38]

Daiyan melancarkan single terbaharunya, "Penat" hasil nukilan beliau sendiri pada 20 Ogos 2021.[39][40]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Daiyan mendedahkan dalam satu temubual pada Oktober 2017 bahawa beliau pernah berdepan dengan kemurungan dan pelbagai masalah berkaitan pelajaran, kerjaya, peribadi dan keluarga sehingga gagal mencari jalan penyelesaian dan tempat untuk mengadu.[41] Beliau memetik penyanyi Amerika Syarikat, Taylor Swift sebagai idola dan pengaruhnya dalam bidang muzik.[1]

Pada Mac 2019, Daiyan mengumumkan dalam satu klip video di akaun Instagram miliknya bahawa impiannya untuk memiliki rumah sendiri pada usia 25 tahun tercapai.[42][43]

Beliau berkongsi dalam satu rakaman video di YouTube bahawa beliau telah menghadiahkan kereta Mercedes-Benz untuk ibu bapa sebagai kejutan ulang tahun perkahwinan ibu bapanya pada November 2020.[44]

Aktivisme[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2020, Daiyan menderma sebanyak RM7,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), keluarga serta individu yang memerlukan bantuan susulan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.[45][46] Pada tahun 2021, beliau mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Daiyan berkata: "Sebenarnya memang sudah lama teringin hendak menjadi sukarelawan untuk program vaksinasi dan rasanya ini masa yang tepat. Jika dilihat sebelum ini pun, saya memang kerap sebarkan kesedaran dan bersuara tentang kepentingan pengambilan vaksin. Akhirnya impian untuk membantu masyarakat sepanjang musm pandemik tercapai juga,".[47]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2015 Girlfriend Kontrak Sara Virgina Kennedy Filem pertama
2018 Busker Vera Syed Fariz

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Dee Dee Astro Ceria
2015 Aku Mahu ke New York 1 Fasha
Aku Mahu ke New York 2
2018 Syawal Mencari Cinta Tasya/Cinta ntv7

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Geng Kampung Pisang 2 Monaliza TV3
2015 Dee The Series Dee Astro Ceria
Geng UPSR Kak Zulaika Astro Tutor TV
2017 My Coffee Prince Ira Astro Ria
2018 Sejuta Rasa Buat Adelia Adelia Naurah
2021 Projek: Anchor SPM Aaidaa Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2020 Renovate Dirinya sendiri/pengacara Naura HD
2021 Muzik Muzik 36 Mengacara bersama Alif Satar TV3

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Daiyan Trisha[29]

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Kerana Kau" 2013
"Cinta Suka Sayang Kamu" (duet bersama Faizul Sany) 2014
"Jatuh" 2015
"Kau Tahu" 2016
"Stargazing"
"Kita" (duet bersama Calvin Jeremy)
"Boy In My Dream" 2017
"Kita Manusia"
"Ingat" 2018
"Brutal"
"Langit"[48]
"If I" 2019
"Passin' Thru" (duet bersama MFMF)
"There's Magic Here" (lagu tema Wizards of Warna Walk)
"I Wanna See Ya"
"IDR" (duet bersama Naim Daniel) 2020
"On My Way"
"Cahaya"
"Penat" 2021

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016 Anugerah Industri Muzik ke-22 Lagu Inggeris Tempatan Terbaik "Stargazing" Tercalon
2017 Anugerah Planet Muzik ke-16 Kolaborasi Terbaik - Artis (bersama Calvin Jeremy) "Kita" Tercalon
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Wanita Harapan Busker Tercalon

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pemain bola sepak, Muhammad Fazly Mazlan yang juga dilahirkan pada 22 Disember 1993.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Siti Athirah Dzulkifly (31 Mei 2015). "Ada apa dengan Daiyan Trisha". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-09. Dicapai pada 1 Jun 2017.
  2. ^ a b Budiey (14 Disember 2013). Telefilem Dee Padat Dengan Komedi Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 26 November 2015.
  3. ^ S. Indra Sathiabalan (12 Oktober 2020). In her own words The Sun, Malaysia. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  4. ^ Rafiq Mazlan (18 Oktober 2017). Daiyan Trisha percaya rezeki Sinar Harian. Dicapai pada 31 Oktober 2017.
  5. ^ #Showbiz: Daiyan Trisha's musical journey New Straits Times. 12 Oktober 2020. Dicapai pada 22 Disember 2020.
  6. ^ "Daiyan kikis imej keanak-anakan". Berita Harian. 20 Ogos 2017. Dicapai pada 24 Jun 2018 – melalui Presreader.
  7. ^ Juliana Johar (29 Mac 2021). "Comelnya Daiyan Trisha, Aedy Ashraf waktu zaman SPM... artis buat 'throwback' wajah polos pakai baju sekolah". mStar Online. Dicapai pada 17 Mei 2021.
  8. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 September 2018). "Berbaloi korbankan waktu tidur, Daiyan Trisha graduan Anugerah Dekan". mStar Online. Dicapai pada 24 September 2018.
  9. ^ Georgie Joseph (25 September 2018). "Dapat Anugerah Dekan pun kena kutuk". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mac 2019.
  10. ^ Natalie Khoo (1 Julai 2020). "Daiyan Trisha is more than the sum of her labels". First Classe. Dicapai pada 12 April 2021.
  11. ^ Georgie Joseph (23 Oktober 2017). Hanya berserah Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  12. ^ Ardini Sophia Sina (15 Februari 2015). "Dendang lagu ciptaan sendiri". Harian Metro. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  13. ^ Norhayati Nordin (19 Januari 2015). "Dee The Series berkonsepkan muzikal". Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2015.
  14. ^ Michelle Gun (10 Februari 2018). "Daiyan bijak bahagi masa". Harian Metro. Dicapai pada 10 Februari 2018.
  15. ^ "Imej segar sebagai artis". Fair & Lovely. Harian Metro. 9 Mac 2018. Dicapai pada 9 Mac 2018.
  16. ^ Michelle Gun (19 Januari 2015). "Marsha dan Daiyan Puteri Disney". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2017. Dicapai pada 28 Mei 2020.
  17. ^ "'Girlfriend Kontrak': Malaysia's own version of 'Fifty Shades of Grey'". The Malay Mail Online. 27 Ogos 2015. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  18. ^ Tri Susanto Setiawan (31 Oktober 2016). "Calvin Jeremy dan Daiyan Trisha cari cinta sejati". Kompas. Dicapai pada 20 April 2017.
  19. ^ Su Fen Tan (21 Oktober 2017). "The bigger picture behind Daiyan Trisha's new single, Kita Manusia". Buro247. Dicapai pada 2 Jun 2018.
  20. ^ "Dua tahun berehat, Daiyan Trisha terkejut ditawarkan berlakon filem Buskers". Astro Gempak. 16 Disember 2016. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  21. ^ "Songstress Daiyan Trisha to lead first feature film 'Busker'". The Malay Mail. 17 Oktober 2017. Dicapai pada 15 April 2018.
  22. ^ Drama Sejuta Rasa Buat Adelia lakonan Aliff Aziz dan Daiyan Trisha Info Bergetar (29 Mei 2018). Dicapai pada 26 Jun 2018.
  23. ^ Farhana Fuad (15 Mac 2019). Pengalaman 'Brutal' Daiyan Trisha di Los Angeles EH!. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  24. ^ Ruhaya Ab. Hamid (15 Ogos 2018). "Kejar impian bersama Daiyan Trisha dan Nik Qistina". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2018. Dicapai pada 20 Julai 2019.
  25. ^ Azlina Mazli (7 November 2019). "Sebulan dimuat naik hanya 100,000 tontonan sahaja" - Daiyan Trisha kecewa usaha diperlekeh netizen, Yuna tampil beri kata-kata semangat! mStar Online. Dicapai pada 22 Disember 2019.
  26. ^ Georgie Joseph (7 November 2019). Daiyan Trisha terkilan warganet memperlekehkannya Harian Metro. Dicapai pada 22 Disember 2019.
  27. ^ Hanisah Selamat (3 Disember 2019). Daiyan Trisha jelajah Asia Tenggara Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  28. ^ #Showbiz: Daiyan Trisha thrilled to collaborate with American YouTuber Sam Tsui New Straits Times. 10 Februari 2019. Dicapai pada 1 Januari 2020.
  29. ^ a b Ridzuan Abd Rahman (18 April 2020). Usaha buah hasil Harian Metro. Dicapai pada 25 April 2020.
  30. ^ Georgie Joseph (28 Julai 2020). Nilai estetika Daiyan Harian Metro. Dicapai pada 22 Disember 2020.
  31. ^ Nur Emira Saizaki (20 Ogos 2020). Cerewetnya Daiyan Trisha Kosmo!. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  32. ^ "Daiyan Trisha celebrate Hada Labo's 10th anniversary with "Cahaya" music video". 2cents. 21 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Mei 2020.
  33. ^ "Hada Labo new music video "Cahaya" by Daiyan Trisha". Sunshine Kelly. 21 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Mei 2021.
  34. ^ "Usia cecah 26 tahun, Daiyan Trisha gembira masih ditawarkan watak pelajar sekolah - "Saya mahu dilihat sebagai pelakon serba boleh"". mStar Online. 5 Disember 2020. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  35. ^ Fatin Farhana Ariffin (6 Mac 2021). "Daiyan ajak peminat cinta ilmu". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  36. ^ Padin (23 Mac 2021). "Alif Satar & Daiyan Trisha hos baharu Muzik Muzik 36". XTRA. Dicapai pada 12 April 2021.
  37. ^ Nur Emira Saizali (15 Jun 2021). "Daiyan Trisha bukan tin kosong". Kosmo!. Dicapai pada 20 Jun 2021.
  38. ^ Nur Emira Saizali (26 Julai 2021). "'Jodoh dengan Muzik Muzik terhenti di seni'". Kosmo!. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  39. ^ Mya Amri (21 Ogos 2021). ""Bila patah hati, segala isi dunia perlahan-lahan terhenti" - Daiyan Trisha penat". Astro Gempak. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  40. ^ Syafil Syazwan Jefri (20 Ogos 2021). ""Penatlah!" - Daiyan Trisha". Harian Metro. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  41. ^ "Saya pernah 'mental breakdown' dan ini yang saya buat..." - Daiyan Trisha Astro Awani (23 Oktober 2017). Dicapai pada 7 Mac 2018.
  42. ^ Mya Amri (10 Mac 2019). ""Bought my first home at age 25" - Terlalu 'happy', Daiyan Trisha menangis masuk rumah baru". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Mac 2019.
  43. ^ "#Showbiz: Daiyan Trisha realises dream buying first home at the age of 25". New Straits Times. 10 Mac 2019. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  44. ^ Georgie Joseph (7 Februari 2021). "Daiyan Trisha hadiah Mercedes Benz pada ibu bapa". Harian Metro. Dicapai pada 27 Februari 2021.
  45. ^ Georgie Joseph (22 Mac 2020). "COVID-19: Daiyan Trisha derma RM7,000". Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  46. ^ "Daiyan hulur bantuan kepada orang susah". Kosmo!. 4 Jun 2021. Dicapai pada 5 Jun 2021.
  47. ^ Nur Emira Saizali (4 Julai 2021). "Jadi sukarelawan PPV, perjuangan kecil Daiyan Trisha". Kosmo!. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  48. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 Ogos 2018). "'Itu bukan gimik...' - Daiyan Trisha". Harian Metro. Dicapai pada 23 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]