Won Korea Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Won Korea Utara
조선민주주의인민공화국 원 (Korea)
朝鮮民主主義人民共和國圓 (Hanja)
Wang kertas 100 won, edisi pertama
ISO 4217
KodKPW
Jenis mata wang
Subunit
 1/100chŏn (전/錢)
Bentuk jamak
Bahasa bagi mata wang ini tidak mempunyai perbezaan jamak morfologi.
Simbol
Wang kertas₩1, ₩5, ₩10, ₩50, ₩100, ₩200, ₩500, ₩1000, ₩5000
Syiling₩10, ₩50, ₩100
Demografi
Pengguna
 Korea Utara
Pengeluaran
Bank Pusat Republik Demokratik Rakyat Korea
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wŏn (lambang: ; kod: KPW) ialah mata wang Korea Utara yang dibahagi kepada 100 chŏn. Mata wang wŏn dikeluarkan oleh Bank Pusat Republik Demokratik Rakyat Korea. Nama wŏn adalah serumpun dengan nama yuan China dan yen Jepun.

Penilaian semula 2009[sunting | sunting sumber]

Mata wang wŏn dinilaikan semula sekali lagi pada November 2009.[1] Warga Korea Utara diberi tujuh hari untuk menukarkan sekurang-kurangnya ₩100,000 dalam bentuk duit kertas ₩1,000 (bernilai kira-kira AS$40 di pasaran gelap) untuk duit kertas ₩10, tetapi setelah menghadapi bantahan, hadnya dinaikkan ke ₩150,000 dalam bentuk tunai dan ₩300,000 dalam simpanan bank.[2] Langkah penilaian semula yang dilihat sebagai tindakan mencegah kegiatan pasaran persendirian, bakal melingkupkan kebanyakan wang simpanan warga Korea Utara.[2] Akhbar The Times berspekulasi bahawa langkah ini mungkin merupakan cubaan mengawal inflasi harga serta menghancurkan kekayaan para pedagang wang pasaran gelap.[3] Langkah ini diumumkan kepada kedutaan asing tetapi bukan media negara Korea Utara;[4][3] maklumatnya kemudian disampaikan melalui perkhidmatan talian yang hanya diterima dalam negara.[5]

Dalam proses ini, wang kertas lama tidak sah lagi mulai 30 November sementara wang kertas bernilai won baru diedarkan mulai 7 Disember.[3] Ini bererti warga Korea Utara tidak boleh menukarkan apa-apa wang untuk membeli barangan atau perkhidmatan sehingga 7 Disember, menyebabkan kebanayakn perkhidmatan kedai, restoran dan pengangkutan tertutup selama seminggu.[3] Hanya perkhidmatan untuk golongan atasan dan warga asing dibuka sepanjang seminggu itu dengan mata wang asing sebagai dagangan.[3] Langkah ini menimbulkan keresahan di kalangan pegawai Korea Utara bahawa akan tercetusnya pergolakan awam, tetapi belum berlakunya apa-apa lagi.[3] Agensi berita Xinhua China menyifaktan warga North Korea sama-sama "berpanik";[6] pangkalan tentera menunggu sedia dan terdapat laporan yang belum disahkan mengenai tunjuk perasaan di jalanan yang memaksa pihak berkuasa menaikkan sedikit jumlah mata wang yang boleh ditukarkan oleh rakyatnya.[7] Pihak berkuasa juga menjanjikan "hukuman tanpa belas kasihan" bagi sesiapa yang melanggar peraturan pertukaran matawang.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ho, Jung Kwon (30 November 2009). North Korea Replaces Currency. Daily NK.
  2. ^ a b Harden, Blaine (2 Disember 2009). 'North Korea revalues currency, destroying personal savings'. The Washington Post.
  3. ^ a b c d e f Parry, Richard Lloyd (2 Disember 2009). North Koreans in shock as cash is 'banned'. The Times.
  4. ^ Currency reform sparks anger in North Korea. Press TV. 2 Disember 2009.
  5. ^ Hyun, Kim (2 Disember 2009). N. Korea's official media silent about currency reform. Yonhap.
  6. ^ North’s currency action shocking to its citizens. Joongang Daily. 3 Disember 2009.
  7. ^ McNeil, David (3 Disember 2009). "North Koreans dare to protest as devaluation wipes out savings". The Independent. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  8. ^ "N Korea cash switch 'sparks panic'". Al Jazeera. 3 Disember 2009.