Ossetia Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Ossetia Selatan
Хуссар Ирыстон / Khussar Iryston (Ossetic)
სამხრეთ ოსეთი / Samkhreti Oseti (Georgian)
Южная Осетия / Yuzhnaya Osetiya (Russian)
Lagu: National Anthem of South Ossetia
Map of South Ossetia
Map of South Ossetia
South Ossetia (green circled in red)
South Ossetia (green circled in red)
Ibu negara Tskhinvali
42°14′U 43°58′T / 42.233°U 43.967°T / 42.233; 43.967
Bahasa rasmi Ossetic, Georgian Russian1
Bahasa wilayah yang diiktiraf Georgian
Kerajaan
 -  Presiden Eduard Kokoity
 -  Perdana Menteri Aslanbek Bulatsev
Independence from Georgia
(hanya diikitiraf oleh Russia dan Nicaragua)
 -  Declared 28 November 1991 
 -  Recognition (by the Russian Federation) 26 August 2008 
Kawasan
 -  Jumlah 3,900 km2 
1,506 sq mi 
 -  Perairan (%) negligible
Populasi
 -  2000 (anggaran) 70,000
 -  Kepadatan 18/km2
46.6/sq mi
Mata wang Russian ruble (RUB)
Zon waktu (UTC+3)
Memandu pada right
1. Russian language is "official language of government authorities, public administration and local self-government".

Republik Ossetia Selatan (bahasa Ossetia: Республикæ Хуссар Ирыстон, Respublikae Xussar Iryston; bahasa Rusia: Республика Южная Осетия, Respublika Yuzhnaya Osetiya; bahasa Georgia: სამხრეთი ოსეთია, Samkhreti Osetia) adalah sebuah republik yang secara de facto merdeka yang terletak di wilayah Georgia.

Kedaulatan republik ini tidak diakui masyarakat antarabangsa. Georgia tidak mengakui status Ossetia Selatan sebagai suatu entiti tersendiri; pemerintah Georgia menamakan republik ini dengan nama lamanya: Samachablo, atau kini, wilayah Tskhinvali (berdasarkan ibu kota republik ini). Ossetia Selatan dahulunya merupakan sebahagian dari wilayah Georgia yang bernama Shida Kartli.

Ossetia Selatan]]] merupakan rantau dipertikaikan di Caucasus Selatan. Sejak perisytiharan kemerdekaan daripada Georgia pada 1991 semasa Konflik Georgia-Ossetia ia diperintah oleh Republik Ossetia Selatan. Negara baru diiktiraf hanya oleh Rusia dan Nicaragua pada 2008.Pengiktirafan antarabangsa Abkhazia dan Selatan Ossetia.Asalnya wilayah Ossetia Selatan autonomi semasa bekas Republik Sosialis Rusia Georgia. Georgia tidak mengiktiraf pemisahan wilayah ini dan menganggap ia sebahagian rantau Shida Kartli .

Semasa zaman republik de facto Abkhazia dan Ossetia Selatan, Transnistria ia mengumumkan kemerdekaan pada 17 November 2006.Sejak Perang Ossetia 2008 , Rusia dan Nicaragua mengiktiraf kemerdekaan Ossetia Selatan. Bagaimanapun, Kesatuan Eropah, NATO belum mengakui kemerdekaan negara baru ini.

Sejak 28 Ogos 2008, Georgia mempertimbangkan Ossetia Selatan sebagai "Wilayah jajahan Rusia". Tiga hari selepas pengiktirafan Rusia, pegawai Ossetia mahu diserapkan kembali kepada Rusia . Bagaimanapun, Eduard Kokoity, Presiden selatan Ossetia sekarang menyatakan mereka tidak akan menyertai semula Rusia.

Politik[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Eropah, Majlis Eropah, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan anggota PBB tidak mengakui Ossetia Selatan sebagai negara merdeka. Republik de facto ditadbir oleh kerajaan penyokong pemisahan selepas mengadakan pungutan suara kemerdekaan pada 12 November 2006.Pungutan suara pertama diadakan pada 1992 tidak dianggap sahih. Menurut Tskhinvali pihak suruhanjaya pilihan raya, pungutan suara mendapati 99% bagi mengundi Ossetia Selatan menyokong kemerdekaan.Pungutan suara itu dipantau oleh sepasukan 34 pemerhati antarabangsa dari Jerman, Austria, Poland, Sweden di 78 stesen mengundi. Bagaimanapun, ia tidak diitiraf oleh PBB, Kesatuan Eropah, OSCE, NATO dan Persekutuan Rusia. Terdapat keraguan tentang penyertaan Georgia di Tbilisi. Kesatuan Eropah, OSCE dan NATO mengutuk pungutan suara ini.

Pergerakan pembangkang Ossetia (Rakyat Ossetia Selatan Untuk Keamanan) bagi Eduard Kokoity. Pilihan raya ini meilihak kepada Dmitry Sanakoyev sebagai Presiden Ossetia Selatan .Sanakoyev mendakwa mendapat sokongan penuh dari etnik Georgia.

Pada bulan April 2007, Georgia mewujudkan Entiti Pentadbiran Sementara Ossetia Selatan. Dmitry Sanakoyev dilantik sebagai pemimpin Entity. Ia merupakan pentadbiran sementara bagi penyelesaian konflik dan berunding dengan kerajaan Georgia. Pada 10 Mei 2007, Sanakoyev dilantik oleh Presiden Georgia sebagai Ketua provinsi Ossetia Selatan

Pada Julai 13, 2007, Georgia menubuhkan Suruhanjaya negeri, dipengerusikan oleh Perdana Menteri Georgia Zurab Noghaideli, bagi membangunkan pentadbiran berautonomi Ossetia Selatan di negeri Georgia. Menurut pegawai-pegawai Georgia, status akan diperincikan dan dialog menyeluruh" dengan semua kaum di Ossetia.


Pada 8 Ogos 2008, Angkatan bersenjata Georgia digerakkan ke sempadan Ossetia Selatan untuk mengawal Tskhinvali dan "memulihkan perlembagaan". Operasi Georgia bermula jam 8 malam selepas Presiden Georgia Mikhail Saakashvili memutuskan gencatan senjata dengan Ossetia Selatan .Menurut Amnesty Antarabangsa, "Lebih 100 rumah awam diserang". 13 tentera Rusia terbunuh pada 8 Ogos.Tentera Rusia bergerak masuk ke Ossetia Selatan sebagai sebahagian daripada "penguatkuasaan keamanan".Tentera ini menduduki Gori, Kareli, Kaspi dan Igoeti . Kuasa Rusia bergerak ke barat Georgia dan menduduki Zugdidi, Senaki dan Pelabuhan Poti. Ekoran berakhirnya permusuhan itu, Persekutuan Majlis Rusia memanggil sidang khas pada 25 Ogos 2008 bagi membincang pengiktirafan Abkhazia dan Ossetia Selatan .Pada 25 Ogos Federation Council sebulat suara mengundi untuk menanyakan Presiden Rusia soal mengiktiraf kemerdekaan Ossetia Selatan dan Abkhazia.[Parlimen Rusia]] mengundi menyokong usul ini pada hari berikutnya. Pengiktirafan unilateral ini oleh Rusia dikutuk oleh negara Perancis, Jerman, Great Britain , Amerika Syarikat, dan sebagainya), NATO, OSCE] kerana mencabul kedaulatan negara Georgia .Pada 29 Ogos, Georgia memutuskan hubungan diplomatik dengan Rusia .

Pada Ogos 30, 2008, Tarzan Kokoity, Timbalan Speaker parlimen Ossetia Selatan , mengumumkan bahawa rantau itu akan diserapkan kepada Rusia, supaya Selatan dan Utara Ossetia bersatu dibawah kuasa Rusia. Bekas duta AS Richard Holbrooke menyatakan konflik ini akan menggalakkan pergerakan pemisah di bekas Rusia

Pada 5 September 2008, Nicaragua menjadi negara kedua — pertama Rusia — mengiktiraf Ossetia Selatan dan Abkhazia.

Pada 11 September 2008, Eduard Kokoity menyatakan, "Ossetia selatan tidak bercadang untuk menyertai Rusia." Menurut akhbar Rusia, Vremya Novostei pada 11 November 2008, Lubnan mungkin menimbangkan mengiktiraf Ossetia Selatan. Saad Hariri, pemimpin parlimen Lebanon, dipetik sebagai berkata: "Isu pengiktirafan akan diputuskan di peringkat tertinggi kerajaan Lebanon. Kami akan memulakan hubungan diplomatik dengan Ossetia Selatan dan Abkhazia. Ahli perniagaan kita akan dihantar di sana."[36] Sumber-sumber Lebanon tidak dapat mengesahkan kebenaran berita ini.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Alania 10 12.png

Ossetia pada asalnya merupakan keturunan Alans, Sarmatian. Mereka menjadi penganut Kristian semasa awal Abad Pertengahan, di bawah kerajaan Bizantium, Georgia. Semenjak 1767 Rusia mempengaruhi kawasan ini. Di bawah undang-undang Mongol mereka pindah daripada selatan Sungai Dondi Rusia ke Ossetia-Alania.Mereka membentuk tiga entiti wilayah berbeza. Digordi barat menganut agama Islam. Kudardi selatan menjadi Ossetia Selatan .Samachablo mendapat perlindungan daripada penyerang-penyerang Mongol. Besidi utara kini dikenali sebagai Ossetia Utara. Kebanyakan rakyat Ossetia merupakan penganut Kristian Ortodok dan minoriti Islam.

Ossetia Selatan[sunting | sunting sumber]

Pada 1801 Ossetia Selatan berganding dengan Rusia bersama dengan Georgia diserapkan menjadi Empayar Rusia. Ekoran Revolusi Rusia, Ossetia Selatan menjadi bahagian Republik Demokratik Georgia Menshevik. Manakala Utara Ossetia menjadi bahagian Republik Rusia Terek . "Georgia dalam Kerajaan Menshevik di tuduh berkerjasama dengan Rusia Bolsheviks. Siri pemberontak Ossetia berlaku antara 1918-1920.Keganasan meletus pada 1920 semasa Mensheviks Georgia menghantar Pengawal National dan unit tentera ke Tskhinvali bagi menumpaskan pemberontakan itu. Sumber-sumber Ossetia mendakwa kira-kira 5,000 rakyat Ossetia terbunuh dan 13,000 mati ekoran kelaparan dan wabak penyakit.

Kerajaan Georgia Rusia ditubuhkan oleh Batalion Tentera Merah Rusia ke-11 pada 1921 bagi mewujudkan Ossetia Selatan yang mempunyai kuasa autonomi pada bulan April 1922. Walaupun bahasa Ossetia berlainan tetapi bahasa Rusia dan Georgia bahasa pentadbiran.Di bawah Undang-undang Georgia, penduduk menikmati beberapa tahap autonomi termasuk bercakap bahasa Ossetia dan diajar di sekolah-sekolah.

Konflik Georgia-Ossetia[sunting | sunting sumber]

Ketegangan di rantau itu melonjak semasa peningkatan nasionalisme antara rakyat Georgia dengan Ossetia pada 1989. Mulanya mereka hidup aman damai kecuali 1918-1920 .Barisan Popular (Ademon Nykhas) ditubuhkan pada 1988. Pada 10 November 1989, wilayah Ossetia Selatan merayu diwujudkan "republik berautonomi". Pada 1989 Majlis Tertinggi Georgia menjadi bahasa Georgia sebagai bahasa utama seluruh negara.

Majlis Tertinggi Georgia melaksanakan undang-undang menyekat pada musim panas 1990. Ini diterjemahkan oleh Ossetia sebagai menentang Ademon Nykhas dan membawa kepada Ossetia mengisytiharkan Ossetia Selatan sebagai Republik Demokratik Ossetia Selatan pada 20 September 1990.Negara baru ini berdaulat sepenuhnya di Republik Kesatuan Soviet Sosialis (KRSS). Ossetia memulaukan pilihan raya parlimen Georgia yang hendak diadakan dan diadakan pertandingan mereka sendiri pada bulan Disember. Kerajaan Georgia diketuai oleh Zviad Gamsakhurdia diisytiharkan menang pilihan raya ini dan Ossetia Selatan terbatal dan kesemua status berautonomi dibatalkan pada 11 Disember 1990.

Pertempuran sengit meletus pada akhir 1991 .Banyak kampung-kampung Ossetia Selatan diserang dan dibakar. Akibatnya hampir 1,000 maut dan kira-kira 100,000 etnik Ossetia melarikan diri ke Utara Ossetia. Selanjutnya 23,000 etnik Georgia meninggalkan Ossetia Selatan dan menetap di sempadan Georgia. Ramai penduduk Ossetia Selatan mendiami Utara Ossetia yang ditinggalkan semasa Stalin pada 1944. Hal ini membawa kepada konflik antara Ossetia dengan Ingush.

Bahagian barat Ossetia Selatan terjejas teruk akibat gempa bumi Racha-Java 1991, membunuh 200 dan 300 buah keluarga hilang rumah.

Pada 1992, Georgia menerima usaha gencatan senjata bagi mengelakkan konfrontasi berskala besar dengan Rusia. Kerajaan Georgia dan pertubuhan pemisah Ossetia Selatan membuat perjanjian untuk mengelak penggunaan kekerasan .Georgia bersumpah tidak mengenakan sekatan di Ossetia Selatan . Bagaimanapun, kerajaan Georgia mengawal banyak bahagian Ossetia Selatan , termasuk bandar Akhalgori. Pada 6 November 1992, OSCE menubuhkan Misi di Georgia untuk memantau keamanan dan keselamatan.Pada Jun 2004 ketegangan serius berlaku.Perjanjian gencatan senjata dicapai pada 13 Ogos walaupun kerap dimungkiri.

Penembak curi Georgia di Ossetia Selatan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Georgia membantah pertambahan pengaruh Rusia dalam bentuk ekonomi dan politikdi Ossetia Selatan . Kritikan ini disokong, oleh senator AS Richard Lugar dan Duta EU Caucasus Selatan iaitu Peter Semneby ."Tindakan Rusia sebagai pengintip Georgia merosakkan kredibilitinya sebagai negara berkecuali dan pendamai di Laut Hitam.".Joseph Biden (Pengerusi, Senat AS bagi Hubungan Luar ), Richard Lugar, dan Mel Martinez menuduh Rusia cuba merosakkan keutuhan Georgiadan manhu meletakkan Ossetia di bawah CIS

Perang Ossetia Selatan 2008[sunting | sunting sumber]

Permulaan konflik itu bermula dengan pertempuran ganas pada hari Rabu, 6 Ogos 2008 .Kedua-dua pihak mendakwa wujud tembak-menembak antara satu sama lain. Pada 8 Ogos 2008, Georgia melancarkan serangan besar-besaran terhadap Ossetia Selatan . Selepas serangan artileri berpanjangan, askar-askar Georgia dengan kereta kebal dan sokongan jet pejuang memasuki wilayah Ossetia Selatan . Pada hari sama, dua belas pendamai Rusia terbunuh dan hampir 150 cedera.

Erosi Kitsmarishvili, bekas duta Georgia ke Moscow mengadu berkenaan Presiden Mikheil Saakashvili .Pada bulan April 2008 mereka merancang untuk memulakan perang di Abkhazia dan mendapat lampu hijau dari Amerika Syarikat untuk berbuat demikian.Kerajaan Georgia terpaksa memutuskan memulakan perang di Ossetia Selatan , rantau lain, dan terus ke Abkhazia.

Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin mengutuk "tindakan agresif" oleh tentera Georgia di Ossetia Selatan .Adah "sah dan mustahak" untuk Rusia membalas. Pada 22 Ogos, ekoran gencatan senjata antara Georgia dan Rusia, Rusia menarik balik tenteranya dari Ossetia Selatan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Perbalahan politik masih belum selesai ketika kerajaan Eduard Shevardnadze (1993–2003). Penggantinya Mikheil Saakashvili (dilantik 2004) membuat pembaharuan.Penyelesaian di Ajaria pada Mei 2004 menjadi contoh penyelesaian di Ossetia Selatan . Selepas pertempuran 2004 , kerajaan Georgia membawa masalah untuk perhatian antarabangsa. Pada 25 Januari 2005, Presiden Saakashvili mencadangkan langkah penyelesaiakn di Strasbourg. Lewat Oktober, Kerajaan AS dan OSCE menyokong pelan tindakan Georgia yang disampaikan oleh Perdana Menteri Zurab Noghaideli pada Majlis tetap OSCE di Vienna pada 27 Oktober 2005. Pada 6 Disember, OSCE di Ljubljana resolusi menyokong pelan damai Georgia ditolak oleh Ossetia Selatan

Pada 2009, Ossetia Selatan diletakkan bersama China, Cuba atau Zimbabwe sebagai negara bermasalah hak asasi manusia.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah jadual taburan penduduk di Ossetia Selatan.

Etnik / Kaum 1926 1939 1959 1970 1979 1989
Ossetia 60,351 (69.1%) 72,266 (68.1%) 63,698 (65.8%) 66,073 (66.5%) 65,077 (66.4%) 65,200 (66.2%)
Georgia 23,538 (26.9%) 27,525 (25.9%) 26,584 (27.5%) 28,125 (28.3%) 28,187 (28.8%) 28,700 (29.0%)
Russia 157 (0.2%) 2,111 (2.0%) 2,380 (2.5%) 1,574 (1.6%) 2,046 (2.1%) 2,128 (2.1%)
Armenia 1,374 (1.6%) 1,537 (1.4%) 1,555 (1.6%) 1,254 (1.3%) 953 (1.0%) 871 (1.21%)
Yahudi 1,739 (2.0%) 1,979 (1.9%) 1,723 (1.8%) 1,485 (1.5%) 654 (0.7%) 648 (0.9%)
Lain-lain 216 (0.2%) 700 (0.7%) 867 (0.9%) 910 (0.9%) 1,071 (1.1%) 1,400 (1.4%)
Jumlah 87,375 106,118 96,807 99,421 97,988 99,000