Xenon heksafluoroplatinat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Xenon heksafloroplatinat)
Jump to navigation Jump to search

Xenon heksafluoroplatinat ialah nama hasil tindak balas antara platinum heksafluorida dan xenon, di dalam satu uji kaji yang membuktikan kereaktifan kimia gas-gas adi. Uji kaji ini telah dijalankan oleh Neil Bartlett di Universiti British Columbia. Beliau telah memberikan formula kimia "Xe+[PtF6]-" kepada produk ini, walaupun hasil kerja kemudiannya memcadangkan yang produk Bartlett mungkin adalah satu campuran dan tidak mengandungi garam jenis ini.

Penyediaan[sunting | sunting sumber]

"Xenon heksafluoroplatinat" disediakan daripada xenon dan platinum heksafluorida (PtF6) dalam bentuk sebatian gas di dalam SF6. Zat-zat tindak balas ini bergabung pada suhu 77 K dan dipanaskan perlahan-lahan untuk membenarkan tindak balas terkawal.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Struktur "xenon heksafluoroplatinat" mungkin bukan Xe+[PtF6]-. Masalah utama formula ini ialah "Xe+" yang merupakan satu radikal dan akan mendimerkan atau memisahkan satu atom F untuk menghasilkan XeF+. Oleh itu, Bartlett telah menemui yang Xe menjalani tindak balas kimia, tetapi sifat produk kuning mustard asalnya rumit.[1] Kajian selanjutnya menunjukkan yang bahan hasil Bartlett mungkin mengandungi [XeF+][PtF5]-, [XeF+][Pt2F11]-, dan [Xe2F3-][PtF6]-.[2] "Sebatian" ini ialah sejenis garam yang terdiri daripada kompleks fluorida anion oktahedron platinum dan pelbagai kation xenon.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sebatian gas adi

Pada 1962, Neil Bartlett telah menemui yang campuran gas platinum heksafluorida dan oksigen membentuk satu pepejal merah.[4][5] Sebatian merah ini rupa-rupanya ialah dioksigenil heksafluoroplatinat, O2+[PtF6]+. Bartlett mendapati bahawa tenaga pengionan O2 (1175 kJ mol-1) adalah sangat hampir dengan tenaga pengionan untuk Xe (1170 kJ mol-1). Kemudiannya, dia meminta rakan-rakan sekerjanya untuk memberinya sedikit xenon "supaya dia boleh mencuba beberapa tindak balas",[6] dan selepas itu mendapati yang xenon memang bertindak balas dengan PtF6. Walaupun, seperti mana yang dijelaskan di atas, hasil ini mungkin adalah campuran beberapa sebatian, hasil kerja Bartlett adalah bukti pertama yang menunjukkan yang sebatian boleh dibentuk daripada gas adi. Penemuannya menunjukkan yang dalam mencari bahan kimia yang baru, biasanya hasil-hasil yang tidak tulen dahulu akan diperolehi. Sejak pemerhatian Bartlett, pelbagai sebatian sebenar xenon yang lain telah ditemui, antaranya ialah XeF2, XeF4 dan XeF6.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Graham, L. (2000). "Concerning the nature of XePtF6". Coordination Chemistry Reviews. 197: 321–334. doi:10.1016/S0010-8545(99)00190-3.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)
  2. ^ Holleman, A. F.; Wiberg, E. "Inorganic Chemistry" Academic Press: San Diego, 2001. ISBN 0-12-352651-5.
  3. ^ The American Chemical Society "molecule of the week" (2006)."Xenon Hexafluoroplatinate"
  4. ^ Bartlett, N. (1962). "Xenon hexafluoroplatinate (V) Xe+[PtF6]". Proceedings of the Chemical Society. London: Chemical Society (6): 218. doi:10.1039/PS9620000197.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  5. ^ Neil Bartlett and D. H. Lohmann (1962). "Dioxygenyl hexafluoroplatinate (V), O2+[PtF6]". Proceedings of the Chemical Society. London: Chemical Society (3): 115. doi:10.1039/PS9620000097.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  6. ^ Templat:Clugston&Flemming

`