Yazid bin Abdul Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Yazid II)

Yazid bin Abd Malik atau Yazid II (687-724) ialah khalifah Kerajaan Bani Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 720 sehingga kematiannya pada tahun 724.

Pemerintahan Yazid diselaputi dengan masalah dalaman dan luaran kerajaan. Pelbagai perang saudara tercetus di bahagian-bahagian yang berbeza dalam kawasan taklukan seperti di Sepanyol, Afrika, dan di timur. Pada masa inilah muncuk kumpulan antiUmmaiyyah yang mengugat kestabilan kerajaan dan negara. Antaranya ialah kumpulan Abbasiyyah yang kemudiannya menamatkan pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah . Tetapi Kerajaan Ummaiyyah tidak jatuh dengan begitu mudah.

Yazid meninggal pada tahun 724 dan digantikan dengan saudaranya Hisham ibni Abd al-Malik.