Majlis Daerah Yong Peng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Majlis Daerah Yong Peng
مجليس دايره يوڠ ڤيڠ

MDYP
Lambang atau logo
Jenis
Jenis Kerajaan tempatan
Kepimpinan
Yang Dipertua (YDP) Encik Mohd Hafiz Bin Aliman
Tempat persidangan
Yong Peng District Council.jpg
Km 1, Jalan Labis,
83700 Batu Pahat, Johor.
Laman sesawang
www.mdyongpeng.gov.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengurus serta mentadbir Daerah Yong Peng, Johor Darul Ta'zim.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Daerah Yong Peng yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat Timur diasaskan pada 1 September 1979. Penyusunan semula Majlis Daerah Yong Peng dijalankan dengan menyatukan beberapa buah kawasan Penguasa Tempatan mengikut kuasa yang telah diberi dibawah Seksyen 10 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk ditadbir oleh satu Lembaga Pengurus. Penguasa-Penguasa Tempatan yang disatukan adalah seperti berikut:-

Keputusan untuk menubuhkan Majlis Daerah Yong Peng telah dibuat dalam R.M. 1048/76 bertarikh 10 Ogos 1976, dimana Kerajaan Negeri telah melancarkan Penyusunan Semula Majlis Daerah Yong Peng pada 1.11.1976.

Penubuhan Majlis Daerah Yong Peng telah dimasukkan dalam Pemberitahu Seksyen 3 Akta 171 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor bil. JPU 6 & 7 bertarikh pada 25 Jun 1981 sebagaimana Pelan Warta 1269. Tarikh berkuatkuasa pengwartaan adalah pada 1 September 1979 meliputi kawasan seluas 12,680 hektar.

Keluasan Majlis Daerah Yong Peng semasa penubuhan terbahagi kepada dua bahagian pentadbiran seperti berikut:

    • Kawasan Operasi - 3410.5 hektar
    • Kawasan Kawalan - 9269.1 hektar

Bandar Yong Peng yang berkeluasan 1,911.6 hektar, dengan jumlah penduduk di sekitarnya seramai 29,046 orang. Sebahagian besar penduduk di pekan ini adalah berketurunan Cina. Semasa zaman darurat di Tanah Melayu pada pertengahan dekad 1950-an, Yong Peng merupakan salah satu kampung baru Cina yang bertujuan untuk mengasingkan penduduknya daripada memberi bantuan kepada pihak komunis. Yong Peng kini mempunyai dua jalan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan, dengan Kuala Lumpur di utara, dan Johor Bahru di selatan.

Misi, Visi & Objektif[sunting | sunting sumber]

Misi

  • Merancang mengurus dan mengawal selia dan menyampaikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
  • Mengenal pasti hala tuju yang hendak dilalui dengan membentuk dasar dan perancangan pembangunan yang strategik dan realistik
  • Membentuk organisasi yang mantap dan sumber manusia yang mencukupi, terlatih serta responsif terhadap kehendak rakyat.
  • Menjalinkan kerjasama yang lebih erat dan bijak dengan rakan kongsi serta pelanggan termasuk menerapkan nilai kesedaran bahawa "KEMUDAHAN AWAM DAN PERSEKITARAN ADALAH HARTA DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA".

Visi

  • Menjadikan kawasan Majlis Daerah Yong Peng sebagai persekitaran komersial dan kediaman yang harmoni, ceria sejahtera menjelang tahun 2015.

Objektif

  • Perpaduan nasional.
  • Kecekapan dalam pentadbiran.
  • Autonomi kewangan.
  • Demokrasi.
  • Pembangunan ekonomi dan sosial.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  • Berautonomi kewangan sendiri
  • Perancangan dan Kawalan Pembangunan
  • Pengeluaran dan Pengawalan Lesen-lesen Perniagaan dan Iklan
  • Perkhidmatan Perbandaran dan Pengindahan Bandar
  • Penyediaan Kemudahan Awam dan Infrastruktur seperti Pembinaan dan Penyelenggaraan Jalan dan Parit
  • Penyediaan dan Penggunaan Kemudahan Awam seperti Pasar, Gerai, Dewan Orang Ramai, Perhentian Bas dan Teksi dan lain-lain
  • Penguatkuasaan Undang-undang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]