Zulkeflie M. Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zulkeflie M. Osman[sunting | sunting sumber]

Pelakon dan pengarah filem Malaysia

Rencana Perbincangan

Dato' Zulkeflie M. Osman merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia. Beliau merupakan adik kepada pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman.

Dato'

Zulkeflie M. Osman

Kelahiran Zulkeflie bin Othman
Pekerjaan Pelakon, pengarah filem
Tahun aktif 1975–kini
Ibu Afida Es
Bapa M. Osman
Saudara Aziz M. Osman (abang)

BiografiSunting[sunting | sunting sumber]

Zulkeflie ialah anak kepada penyanyi veteran Allahyarham M. Osman dan pelakon veteran Afida Es. Anak kedua beliau, Puteri Nur Farra turut bergiat aktif dalam bidang seni sebagai penyanyi. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, ITM Shah Alam dalam jurusan Diploma in Business Studies dan Kolej Teknologi MEA Diploma In Directing Coordination.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1975 menerusi filem Sayang Anakku Sayang arahan Datuk Jamil Sulong dibawah penerbitan Shaw Brothers dan menerusi filem Loceng Maut pada 1976 arahan Nas Achnas. Aktif dalam rancangan radio dan drama terbitan RTM semasa era kanak kanak lagi. Antaranya drama radio popular No 5 Persiaran satu dan Drama bersiri Opah.Mengikut langkah abangnya Aziz yang menduduki kerusi sutradara, pada 1990, Zulkeflie mengarahkan filem cereka pertamanya Mira Edora yang dibintangi oleh Julia Rais. Beliau seterusnya mengarahkan beberapa filem yang menerima kejayaan komersial seperti Suci Dalam Debu (1992), Kekasih Awal Dan Akhir (1993) dan Diari Romeo (2003). Pernah memenangi anugerah drama terbaik dalam anugerah skrin melalui drama Jutawan Segera dan drama komidi terbaik anugerah skrin melalui drama Badrul Oh Rahul.

Pada 2016, Zulkeflie kembali mengarah dengan filem terbaru arhannya Misi Operasi X yang kini dalam penerbitan. Mendapat penganugerahan darjah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada 2015 dan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran dato'.

FilemografiSunting[sunting | sunting sumber]

FilemSunting[sunting | sunting sumber]

Sebagai pelakonSunting[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
1976 Loceng Maut
1981 Setinggan Zul
1994 Femina

Sebagai pengarahSunting[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
1990 Mira Edora
Suci Dalam Debu
1992 Sahabat
1993 Kekasih Awal Dan Akhir
Rimba Malam
1995 Suratan Kasih
1996 Cinta Metropolitan
1998 Putera Juga sebagai penulis
Badai Mantera
2003 Diari Romeo
2004 Bisikan Remaja
2007 Cinta Yang Satu
2012 Gentayangan
2019 Misi Operasi X
2022 Kedai Antik Wak Jambi

DramaSunting[sunting | sunting sumber]

Sebagai pelakonSunting[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Diva Popular Awesome TV Penampilan khas

TelefilemSunting[sunting | sunting sumber]

Sebagai pengarahSunting[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2004 Nyanyian Langsuir

RujukanSunting[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pelakon M. Osman meninggal diserang angin ahmar Diarkibkan 2017-11-17 di Wayback Machine Utusan Malaysia (28 Julai 2001). Diperoleh pada 17 November 2011.
  2. ^ Mohd Al-QAayum Azizi (6 Ogos 2017). Anak Zulkeflie M. Osman Jadi Penyanyi mStar Online. Diperoleh pada 28 April 2018.
  3. ^ Nor Akmar Samudin (5 September 2016). Misi tumpas komander ancam dunia Diarkibkan 2018-06-24 di Wayback Machine Harian Metro. Diperoleh pada 28 April 2017.

Pautan luarSunting[sunting | sunting sumber]