Diari Romeo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Diari Romeo
Poster keluaran tayangan
PengarahZulkifli M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiJeffri Yusof
Disunting olehAziz M. Osman
Muzik olehAzman Abu Hassan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
28 Ogos 2003 (Malaysia)[1]
Masa tayangan
102 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.5 juta
Pecah panggungRM1 juta

Diari Romeo ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2003 arahan sulung Zulkifli M. Osman dengan skrip oleh Aziz M. Osman.[2][3] Ia berkisarkan tentang Dani, seorang remaja yang tiada keyakinan diri dan tidak boleh berdikari mengurus hal sendiri. Dibintangi oleh Achik Spin, Zachery Francis, Sharifah Nadia, Fendi X-Factor, Masnaida Samsudin, filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 28 Ogos 2003. Ini merupakan satu-satunya filem lakonan Achik dalam kerjayanya sebagai pelakon dan ia dikeluarkan 7 tahun sebelum kematian beliau.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Dani (Achik) merupakan seorang remaja yang tiada keyakinan diri. Dani boleh disifatkan sebagai 'anak emak' yang tidak boleh berdikari mengurus hal sendiri. Dia seorang pemuda yang baik tetapi naif dan lurus orangnya namun menyimpan hasrat untuk menjadi seorang remaja lelaki yang hebat bergaya dan bebas pergaulan.

Kehidupannya dipenuhi dengan permasalahan peribadi berkenaan bagaimana untuk mengubah sikap dan penampilannya. Dani menyimpan hasrat untuk memiliki teman wanita di kolej tempatnya belajar. Namun, Dani gagal lantaran sifat dan penampilan yang janggal dalam pergaulan.

Sementara itu ayahnya, Jay (M. Rajoli) pula tidak banyak membantu. Jay pula adalah jenis lelaki yang takutkan isteri dan tidak berpendirian. Kehidupan seharian Jay dan Dani semuanya ditentukan oleh Munah (Sheila Mambo), isteri Jay. Perwatakan Jay yang takutkan isteri di rumah begitu berbeza tatkala berada di luar. Jay kelihatannya nampak hebat bergaya dan pandai memikat gadis-gadis yang ditemui. Dani ternampak akan sikap dan perwatakan ayahnya Jay yang mudah memikat perempuan pada suatu hari ketika berhenti mengisi minyak. Dani tertarik melihat kehebatan ayahnya lalu meminta diajar untuk menjadi lelaki 'macho'. Jay tidak melayan permintaan Dani, bimbangkan tindakan isterinya, Munah.

Dani berterusan ditinggalkan keseorangan di rumah kerana ayah dan emaknya amat sibuk menguruskan kerjaya. Plot mula mengembang apabila satu petang, seseorang telah mengetuk pintu rumah Dani. Sebuah kotak mengandungi diari diletakkan diluar. Dani mula membaca diari tersebut yang bertajuk, Diari Seorang Romeo.

Diari tersebut mengimbas tahun 70'an yang mengisahkan Johan (Zachery Francis ubu) seorang romeo kacak yang popular di dikalangan remaja. Suatu malam di disko, beliau ternampak seorang gadis (Sharifah Nadia).

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Diari Romeo ialah filem kelima terbitan Tayangan Unggul. Ia diarahkan oleh Zulkifli M. Osman yang terkenal dengan filem-filem arahannya termasuk Mira Edora (1990) dan Cinta Metropolitan (1996).[6][7] Untuk filem ini, Zulkifli memilih era 70-an sebagai tema utama.[8] Beliau mempelawa abangnya, Aziz M. Osman menulis skrip dan mengendalikan proses suntingan.

Vokalis kumpulan Spin, Achik memegang watak utama yang bernama Dani. Dua ahli kumpulan X-Factor, Zack dan Fendi memegang watak masing-masing, iaitu sebagai Johan dan Jay. Ini menandakan penampilan sulung mereka di layar lebar.[9]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Diari Romeo dikeluarkan di pawagam pada 28 Ogos 2003. Filem ini telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM300,000 dalam tempoh 11 hari tayangan.[10]

Filem ini menerima pelbagai ulasan positif daripada pengkritik filem, yang menyifatkan filem ini sebagai karya terbaik Zulkifli.[11] Akmal Abdullah dari Berita Minggu dalam ulasan retrospektif beliau mengenai Diari Romeo menulis bahawa filem ini "memenuhi sepenuhnya konsep filem yang menghiburkan. Elemen komedi, muzikal, dramatik dan bertemakan cinta menjadi inti pati ceritanya" sambil mengatakan "teknik imbas kembali yang kerap tidak mengganggu naratifnya kerana aliran penceritaan lancar bersama konflik dan pertembungan watak yang seimbang".[12] Menulis untuk The Malay Mail, Meor Shariman dalam komen awalnya menulis bahawa Diari Romeo ialah "sebuah filem yang penuh dengan keseronokan yang memberikan remaja masa kini menyelusuri era 70-an".[13] Kiren Kaur dari New Sunday Times dalam komen terawalnya berkata: "Sebuah karya komedi yang anda akan ketawa dan terhibur - sekurang-kurangnya - terhibur pada penghujungnya. Sesetengah filem cuba dan yang lain berusaha lebih keras untuk menghiburkan, tetapi ini tidak berlaku dengan Diari Romeo".[14]

Zulkifli berkata dalam satu temubual bersama Berita Harian pada September 2003 bahawa Diari Romeo memiliki kekuatan dari segi konsep persembahan cerita bersama trend baru yang cuba diketengahkannya.[15]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2004 Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Harapan Lelaki Achik Spin Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l "Catatan penerbitan Diari Romeo". Filemkita.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-13. Dicapai pada 7 Februari 2013.
  2. ^ Hartati Hassan Basri (11 Oktober 2002). "Zulkeflie arah Diari Romeo". Harian Metro. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  3. ^ "Mana Diari Romeo". Metro Ahad. 15 Disember 2002. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  4. ^ Zul Husni Abdul Hamid (7 September 2003). "Diari Romeo ubah persepsi Nadia". Berita Minggu. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  5. ^ Hanisah Selamat (17 Julai 2003). "Aleya berdebar tunggu Diari Romeo". Berita Harian. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  6. ^ Ramlah Zainal (10 Jun 2002). "Diari Romeo hasil sentuhan Zulkeflie". Harian Metro. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  7. ^ Meor Shariman (11 Jun 2002). "Romeo is back!" [Romeo telah kembali!] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  8. ^ Izza Safinaz Ibrahim (12 Jun 2002). "Diari Romeo papar era 70-an". Berita Harian. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  9. ^ "Fendi, Zack berlakon filem pertama". Berita Harian. 6 Jun 2002. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  10. ^ Akmal Abdullah (10 September 2003). "Kutipan Diari Romeo perlahan, AKTM mula rancak". Berita Harian. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  11. ^ Nor Akmar Samudin (23 Ogos 2003). "Diari Romeo karya terbaik". Harian Metro. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  12. ^ Akmal Abdullah (31 Ogos 2003). "Diari Romeo boleh tarik penonton ke pawagam". Berita Minggu. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  13. ^ Meor Shariman (2 September 2003). "Absolutely fabulous!" [Benar-benar hebat!] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  14. ^ Kiren Kaur (7 September 2003). "Aiyoh (not Grease)" [Aiyoh (bukan Grease)] (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 3 Januari 2020.
  15. ^ "Zulkeflie cari kelainan dalam Diari Romeo". Berita Harian. 2 September 2003. Dicapai pada 3 Januari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]