Julia Rais

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Julia Rais
Julia Rais adalah seorang pelakon popular di zaman 70an..jpg
KelahiranJulia Aishah Binti Abdul Rais
(1971-02-19) 19 Februari 1971 (umur 48)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
StatusBerkahwin
KediamanLondon, England
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1988–1992
PasanganSultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah (k. 1991)
AnakTengku Puteri Iman Afzan
Tengku Puteri Illisha Ameera
Tengku Puteri Ilyana
Ibu bapaAbdul Rais Yeop (Bapa)
SaudaraZalina (Kakak)
Rafizal (Abang)
Fazlyn (Kakak)

Julia Aishah Binti Abdul Rais atau lebih dikenali sebagai Julia Rais (lahir 19 Februari 1971) merupakan seorang bekas pelakon wanita Malaysia, berwajah Pan Asian yang terkenal pada era awal 1990-an dan mula mencipta populariti pada lewat tahun 1980-an.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Julia Rais dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Februari 1971 menerusi perkahwinan pertama bapa beliau, Abdul Rais Yeop, yang juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Sri Jaya Kenderaan. Beliau yang mempunyai wajah pan-Asian iaitu wajah kacukan Inggeris dahulunya menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya, Laily Ibrahim adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail pada tahun 1984 hingga 1988.[2][3]

Beliau mempunyai seorang kakak, Zalina Rais, abang tiri, Rafizal dan kakak tiri, Fazlyn. Beliau juga dikatakan mempunyai perhubungan tali persaudaraan sebagai sepupu kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan sepupu tiri kepada pelakon Juliana Ibrahim.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980-an, fenomena fesyen, wajah dan nama dari dunia Barat sering menjadi keinginan masyarakat Malaysia pada waktu itu, terutamanya pelakon yang berwajah kacukan Inggeris atau dipanggil pan-Asian yang sentiasa menghiasi dunia lakonan Malaysia sehingga kini.

Julia Rais mula memasuki bidang lakonan pada lewat tahun 1980-an dengan permulaan kerjaya beliau sebagai pelakon iklan di televisyen iaitu salah sebuah produk P&G, Rejoice. Setelah itu, beliau memasuki era lakonan dalam video klip dan menjadi watak Isabella dalam video klip kumpulan Search yang dikatakan sesuai dengan wajahnya seperti orang Barat. Dilihat pakej wajah dan bakat yang dikesan melalui video klip dan iklan, beliau mudah diterima masyarakat dan kebanyakan syarikat produksi mula menawarkan beliau untuk berlakon dalam beberapa cereka filem.[2]

Pada tahun 1990 hingga 1992, beliau muncul dalam beberapa buah filem seperti watak tambahan sebagai wartawan wanita, Nina, dalam filem Hati Bukan Kristal arahan Raja Ahmad Alauddin dan juga pelakon utama dalam filem cereka komedi Driving School arahan Othman Hafsham, filem cereka cinta Mira Edora arahan Zulkifli M. Osman, Nadia arahan Rahman Adam dan yang terakhir Suci Dalam Debu arahan Zulkeflie M. Osman.[1]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1991 sewaktu acara Festival Filem Malaysia ke-9 dianjurkan, beliau telah menggondol Anugerah Bintang Harapan melalui watak tambahan yang dipegang beliau dalam filem cereka cinta yang juga memenangi anugerah Filem Terbaik iaitu Hati Bukan Kristal. Pada majlis yang sama beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Mira Edora.

Perkembangan terkini[sunting | sunting sumber]

Selepas muncul dalam filem Suci Dalam Debu, beliau dikatakan menyepikan diri dari dunia lakonan. Tetapi setelah bertahun-tahun lamanya, beliau akhirnya dikhabarkan telah disunting oleh seorang kerabat diraja Pahang dan kini beliau menetap di England dengan beberapa orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]