Abbas bin Abdul Muttalib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib (Bahasa Arab: العباس بن عبد المطلب‎) (sek. 566 – sek. 653 M) adalah bapa saudara dan sahabat Nabi Muhammad s.a.w., cuma beberapa tahun lebih tua daripada baginda. Seorang saudagar kaya, beliau membantu melindungi baginda di awal penyebaran Islam di Makkah, namun cuma memeluk Islam selepas Perang Badar pada 2 H. Keturunannya mengasaskan Kerajaan Bani Abbasiyyah pada 750 M.[1]

Beliau berkahwin dengan Lubabah binti al-Harith dan mendapat dua orang anak, Abdullah dan Fadl.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Huston Smith, Cyril Glasse (2002), The new encyclopedia of Islam, Walnut Creek, CA: AltaMira Press, ISBN 0759101906