Amina Wadud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Amina Wadud

Amina Wadud ialah seorang wanita, feminis, dan cendekiawan yang penuh kontroversi. Amina Wadud dilahirkan pada 25 September 1952 di Bethesda, Maryland. Bapanya merupakan seorang paderi Methodist dan ibunya pula berketurunan hamba dari Arab, Berber dan Afrika pada kurun ke-lapan Masehi. Beliau mengucap syahadah pada tahun 1972 sebelum mengetahui asal-usul keluarga sebelah ibu beliau.

Pada tahun 1988, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Michigan (Michigan University). Semasa pengajian ijazah beliau mempelajari Bahasa Arab peringkat lanjutan di Universiti Amerika (American University), dan Pengajian Qur'an dan Tafsir di Universiti Kaherah (Cairo University), dan juga kursus dalam Falsafah di Universiti Al-Azhar (semua universiti tersebut terletak di Kaherah, Mesir).

Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya Pengajian Islam (Associate Professor of Islamic Studies) di Universiti Commonwealth Virginia (Virginia Commonwealth University) di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat. Sebelum itu beliau menyandang jawatan Profesor Madya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, untuk tempoh yang lama semenjak 1989.

Kajian-kajian Amina Wadud tertumpu kepada jantina dan al-Qur'an. Beliau telah menulis untuk subjek berkenaan dalam bukunya Qur'an and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman's Perspective (Qur'an dan Wanita: Pentafsiran Kembali Ayat-Ayat Suci dari Kaca Mata Wanita). Edisi pertama buku tersebut diterbitkan oleh Sisters in Islam di Malaysia dan menjadi rujukan berkisar subjek-subjek jantina dan al-Qur'an oleh aktivis dan pengkaji akademik di seluruh dunia. Setelah menerbitkan buku pertamanya itu, beliau membuat sering membuat syarahan di universiti-universiti dan perhimpunan-perhimpunan di Amerika Syarikat, Jordan, negara-negara Afrika dan Afrika Selatan, Nigeria, Kenya, Pakistan, Indonesia, Kanada, Norway, Belanda, Bosnia-Herzegovina, Sepanyol, dan Malaysia.

Buku terbaru beliau, Inside the Gender Jihad: Women's Reform in Islam, diterbitkan pada tahun 2006. Di dalamnya beliau bukan sahaja menganalisa al-Qur'an tetapi juga menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang Islam, isteri, emak, kakak, cendekiawan dan aktivis.

Amina Wadud secara terbuka mengatakan beliau tidak bersetuju dengan beberapa ayat Al-Quran, terutamanya yang berkenaan memotong tangan pencuri kerana percaya memotong tangan merupakan perbuatan kasar (brutal behavior). Beliau juga menolak beberapa hukuman lain yang terdapat dalam Al-Quran[1]. Amina Wadud menganjurkan empat kaedah baru menafsir Al-Quran, iaitu 1) Pembacaan harafiah teks Al-Quran, 2) Hujah (legalistic) yang mengekang bagaimana ayat itu diguna pakai, 3) Tafsiran semula dari sudut pandangan sebaliknya (baru) , dan 4) Menolak Al-Qur'an apabila seseorang tidak bersetuju dengannya[2] [3].

Imam wanita untuk Solat Jumaat[sunting | sunting sumber]

Amina Wadud menjadi subjek hangat di dalam perbincangan undang-undang Islam apabila beliau menjadi imam untuk Solat Jumaat kepada 100 orang lelaki dan perempuan di Gereja Besar Keuskupan St. John the Divine di New York pada 18 Mac 2005. Tindakan beliau ini memecah tradisi Islam bahawa hanya lelaki boleh menjadi imam dalam solat lebih-lebih lagi bagi Solat Jumaat (wanita dibenarkan menjadi imam untuk makmum yang terdiri dari kalangan wanita).

Sebelum itu, tiga buah masjid menolak untuk dijadikan tempat bagi acara tersebut dan sebuah muzium yang pada mulanya bersetuju menarik diri akibat dari ancaman bom.

Amina Wadud bukan pertama kali mencetuskan kontroversi. Pada Ogos 1994, beliau pernah menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk Islam as Engaged Surrender [4] di Masjid Claremont Main Road di Cape Town, Afrika Selatan. Akibat dari perbuatan beliau tersebut, terdapat usaha-usaha untuk menyingkirkan beliau dari Universiti Commonwealth Virginia.

Di sebalik bantahan dan kritikan majoriti masyarakat Islam terhadap tindakan Amina Wadud, beliau masih menerima jemputan untuk bercakap dan menjadi imam untuk Solat Jumaat. Pada 28 Oktober 2005, beliau menjadi imam kepada lebih kurang 30 orang setelah menyampaikan syarahan di International Congress on Islamic Feminism (Kongress Antarabangsa Feminisme Islam) di Barcelona, Sepanyol.

Majoriti masyarakat Islam menolak sama sekali wanita sebagai imam untuk solat Jumaat dan solat lain yang makmumnya terdiri daripada laki-laki.

Hasil kerja[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Qur'an and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman's Perspective, 1999, ISBN 0195128362
  • Inside the Gender Jihad: Women's Reform in Islam, 2006, ISBN 1851684638

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.mail-archive.com/islamcity@yahoogroups.com/msg01777.html
  2. http://www.wluml.org/english/newsfulltxt.shtml?cmd%5B157%5D=x-157-126862
  3. http://www.pbs.org/wgbh/pages/frontline/shows/muslims/interviews/wadud.html
  4. http://web.archive.org/20040928100723/www.geocities.com/mutmainaa/psychology/islam_surrender.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]