Anugerah Akademi ke-84
Majlis Anugerah Akademi ke-84 anjuran Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghormatan kepada filem-filem terbaik tahun 2011. Majlis berlangsung di Hollywood and Highland Center di Hollywood, California dan disiarkan secara langsung di Amerika Syarikat melalui rangkaian ABC.
Anugerah-Anugerah Merit Akademi dipersembahkan dalam 24 kategori bertanding dalam majlis yang dilangsungkan pada 26 Februari 2012. Pencalonan untuk anugerah-anugerah ini diumumkan oleh AMPAS pada 24 Januari 2012.[1] Selain itu, tiga Anugerah Kehormat Akademi disampaikan di majlis Anugerah Gabenor Tahunan ke-3 pada 12 November 2011.
Majlis Anugerah Akademi ke-84 diacarakan oleh Billy Crystal dan diterbitkan oleh Brian Grazer. Majlis ini merupakan kali kesembilan Crystal menjadi pengacara Anugerah Akademi.[2] Majlis ini pada mulanya dirancangkan untuk diacarakan oleh Eddie Murphy.[3] Bagaimanapun, Murphy berundur selepas Brett Ratner meletak jawatan selaku penerbit, setelah Ratner didapati mencaci golongan homoseksual ketika membincangkan raptai.[4]
Filem The Artist dan Hugo setiap satunya memenangi lima anugerah, terutama sekali The Artist yang memenangi Anugerah Filem Terbaik dan bintangnya Jean Dujardin memenangi Pelakon Lelaki Terbaik. The Iron Lady meraih dua anugerah, termasuk Pelakon Wanita Terbaik untuk Meryl Streep. The Artist merupakan filem bisu pertama sejak 83 tahun yang memenangi Filem Terbaik (selepas Wings yang memenangi Anugerah Filem Terbaik di Anugerah Akademi Pertama.
Isi kandungan |
[sunting] Calon dan pemenang
Calon-calon[5] Anugerah Akademi tahunan yang ke-84 diumumkan pada 24 Januari 2012, di Samuel Goldwyn Theater oleh Tom Sherak, presiden AMPAS, dan pelakon bekas calon Oscar, Jennifer Lawrence.[6] Para pemenang diumumkan dalam upacara penganugerahan pada 26 Februari 2012.
Berbeza dengan sebilangan besar kategori, kategori-kategori Filem Bahasa Asing Terbaik, Solekan Terbaik, dan Kesan Visual Terbaik setiap satunya melalui proses pencalonan berbilang peringkat. Untuk anugerah-anugerah ini, cawangan-cawangan AMPAS yang tertentu memilih pracalon, kemudian memilih calon akhir dari senarai pracalon itu. Dari senarai calon akhir, para ahli AMPAS memilih pemenang anugerah. Misalnya, tujuh pracalon Solekan Terbaik dikurangkan kepada tiga calon akhir untuk dipilih pemenangnya oleh para ahli AMPAS.
Pemenang dinyatakan di atas senarai dan berhuruf tebal.
[sunting] Anugerah Akademi Kehormat
Akademi mengadakan majlis Anugerah Gabenor Tahunan ke-3 pada 12 November 2011, di mana anugerah-anugerah yang berikut telah disampaikan.[7]
[sunting] Rujukan
- ↑ "2012 Academy Award Nominations!". The Mud Doctor. January 24, 2012. http://themuddoctor.blogspot.com/2012/01/2012-academy-award-nominations.html. Capaian January 24, 2012.
- ↑ Seidman, Robert (November 10, 2011). "Billy Crystal to Return As Host for 84th Academy Awards". TV by the Numbers. http://tvbythenumbers.zap2it.com/2011/11/10/billy-crystal-to-return-as-host-for-84th-academy-awards/110348/?utm_campaign=WP.
- ↑ "Eddie Murphy to Host 84th Academy Awards® | Press Release | The Academy". Oscars.org. September 6, 2011. http://www.oscars.org/press/pressreleases/2011/20110906.html. Capaian January 24, 2012.
- ↑ "Academy Statement Regarding Brett Ratner". oscars.org. http://www.oscars.org/press/pressreleases/2011/20111108a.html. Capaian November 8, 2011.
- ↑ BBC2012Noms. "Oscars 2012: Nominees in full". BBC News. BBC. http://www.bbc.co.uk/news/entertainment-arts-16700124. Capaian January 24, 2012.
- ↑ Schutte, Lauren. "'Hunger Games' Star Jennifer Lawrence to Announce Academy Awards Nominations", The Hollywood Reporter, January 9, 2012. Dicapai pada January 20, 2012.
- ↑ Kilday, Gregg (August 2, 2011). "Oprah Winfrey to Receive Academy's Hersholt Humanitarian Award". The Hollywood Reporter. Prometheus Global Media. http://www.hollywoodreporter.com/news/oprah-winfrey-receive-academys-hersholt-218264.
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
- Tapak web rasmi
- Sumber lain