Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik
| Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik | |
|---|---|
| Anugerah untuk | Filem terbaik tahun tersebut |
| Dihadiahkan oleh | Academy of Motion Picture Arts and Sciences |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Anugerah pertama kali | 1929 (untuk filem 1927 dan 1928) |
| kini dipegang oleh | The Artist (2011) |
| Laman rasmi | http://www.oscars.org |
Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik (Bahasa Inggeris: Academy Award for Best Picture) ialah salah satu Anugerah Akademi yang diberikan setiap tahun oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS) kepada artis dalam industri wayang gambar. Kategori Filem Terbaik merupakan satu-satunya kategori di mana setiap anggota Akademi bukan sahaja layak mengundi, malah layak mencalonkan. Semasa upacara penyampaian Anugerah Akademi tahunan, Filem Terbaik merupakan anugerah terakhir diumumkan dan, sejak 1951, diterima di pentas oleh penerbit filem terbabit. Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik dianggap sebagai anugerah terpenting Oscar, kerana ia merupakan anugerah terakhir disampaikan, dan mewakili semua usaha arahan, lakonan dan tulisan sebuah filem.
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Oscars.org (tapak rasmi)
- Oscar.com (tapak promosi rasmi)
- The Academy Awards Database