Artiodactyla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ungulat berjari genap
Julat zaman: 54–0 Ma
Awal Eosen - Kini
Tulang-tulang kaki kanan depan ahli Artiodactyla yang wujud. Dari kiri ke kanan: Babi (Sus scrofa), Rusa merah (Cervus elaphus), dan Unta (Camelus bactrianus). U = ulna, R = radius, c = cuneiform, l = lunar, s = Scaphoid, u = Unciform, m = Magnum, td = Trapezoid. In the Sheep and the Camel, the long compound bone, supporting the two main (or only) toes is the cannon bone.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Superorder:
Order:
Artiodactyla

Owen, 1848
Suborder

Artiodactyla merupakan famili ungulat (haiwan bertelapuk) yang menanggung berat badannya dengan dua batang jari kaki, berbanding dengan sebatang jari seperti Perissodactyla.

Artiodactyla berasal dari bahasa Yunani, iaitu ἄρτιος (ártios), "genap", dan δάκτυλος (dáktylos), "jari"), yakni ungulat berjari genap.[1] Antara anggotanya ialah babi, badak air, unta, kancil, rusa, zirafah, antelop, kambing, kerbau dan lembu. Kelompok ini tidak termasuk ikan paus (Cetacea) walaupun data jujukan DNA menunjukkan bahawa ikan paus sama leluhur dengan Artiodactyla, maka kelompok ini parafiletik. Secara tepat filogenetik, kumpulannya ialah Cetartiodactyla (yakni Cetacea + Artiodactyla).[2]

Terdapat kira-kira 220 spesies Artiodactyla, termasuklah sejumlah besar yang amat penting kepada manusia dari segi pemakanan, ekonomi mahupun kebudayaan.

Satu lagi ciri yang membezakan kelompok Artiodactyla adalah bentuk astragalus (talus), iaitu tulang di sendi buku lali yang mempunyai struktur dwitakal yang membolehkan kura kakinya lentur.[3]

Sejarah evolusi[sunting | sunting sumber]

Kladogram pertalian dalam Artiodactyla

Seperti kebanyakan kelompok mamalia, ungulat berjari genap mula-mula muncul sewaktu awal zaman Eosen (kira-kira 54 juta tahun dahulu). Dari segi bentuk, ianya seakan-akan pelanduk masa kini, iaitu makhluk kecil berkaki pendek yang makan daun dan lain-lain anggota tumbuhan yang lembut. Sekitar Lewat Eosen (46 juta tahun dahulu), sudah berkembangnya tiga suborder moden, iaitu Suina (kelompok babi); Tylopoda (kelompok unta); dan Ruminantia (kelompok kambing dan lembu, sewajarnya bergelar Cetruminantia kerana turut merangkumi ikan paus). Walau apapun, ahli-ahli Artiodactyla masih belum berleluasa ketika itu; ahli-ahli Perissodactyla (iaitu leluhur kepada kuda dan badak sumbu masa kini) jauh lebih lestari dan banyak jumlanya. Ungulat berjari genap hidup dalam peranan kecilan, lazimnya menduduki habitat sampingan, dan dipercayai ketika itu ianya mengembangkan sistem pencernaan yang kompleks untuk mudah hidup dengan makanan kurang bermutu.

Kewujudan rumput pada zaman Eosen yang kemudiannya berleluasa pada Miosen (kira-kira 20 juta tahun dahulu), membolehkan suatu perubahan besar; rumput itu amat sukar dicerna, tetapi Artiodactyla dengan perutnya yang teramat maju mampu menyesuaikan diri dengan makanan yang kasar dan rendah khasiat ini, hingga lama-kelamaan menggantikan Perissodactyla sebagai haiwan maun daratan yang dominan. Antara ahli-ahli Artiodactyla yang kini pupus tetapi mekar pada zaman Miosen adalah genus-genus Ampelomeryx, Tauromeryx, dan Triceromeryx.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Pengelasan ini adalah berasaskan Spaulding et al., 2009[4] serta keluarga-keluarga wujud yang diiktiraf oleh Mammal Species of the World terbitan 2005.[5] Kini, Cetacea dan Artiodactyla telah digolongkan dalam Cetartiodactyla sebagai kelompok bersaudara, walaupun analisa DNA telah menunjukkan bahawa Cetacea berevolusi dari dalam Artiodactyla. Teori terbaru tentang asal-usul Hippopotamidae menganjurkan bahawa badak air dan ikan paus berkongsi satu leluhur separa akuatik yang sama tetapi berpecah dari ahli-ahli Artiodactyla yang lain sekitar 60 juta tahun dahulu.[6][7] Kelompok leluhur yang diandaikan ini mungkin sekali berpecah kepada dua cabang sekitar 54 juta tahun dahulu.[8] Satu cabang itu berevolusi kepada Cetacea, barangkalinya mulai proto-paus Pakicetus dari 52 juta tahun dahulu, di samping lain-lain leluhur purba ikan paus yang bersama-sama dikenali sebagai Archaeoceti dan melalui adaptasi dalam air hingga menjadi makhluk akuatik sepenuhnya.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ American Heritage Dictionary of the English Language, 3rd edition, 1992, p. 105
  2. ^ Montgelard C, Catzeflis FM, Douzery E (1 May 1997). "Phylogenetic relationships of artiodactyls and cetaceans as deduced from the comparison of cytochrome b and 12S rRNA mitochondrial sequences". Molecular Biology and Evolution. 14 (5): 550–559. PMID 9159931.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Savage, R. J. G. & Long, M. R. (1986). Mammal Evolution: an illustrated guide. New York: Facts on File. m/s. 208. ISBN 0-8160-1194-X.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ a b Spaulding, M; O'Leary, MA; Gatesy, J (2009). Farke, Andrew Allen (penyunting). "Relationships of Cetacea (Artiodactyla) Among Mammals: Increased Taxon Sampling Alters Interpretations of Key Fossils and Character Evolution". PLoS ONE. 4 (9): e7062. doi:10.1371/journal.pone.0007062. PMC 2740860. PMID 19774069.
  5. ^ Wilson, D. E. & Reeder, D. M., penyunting (2005). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 111–184. ISBN 0-8018-8221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  6. ^ "Scientists find missing link between the dolphin, whale and its closest relative, the hippo". Science News Daily. 2005-01-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-04. Dicapai pada 2007-06-18.
  7. ^ Gatesy, J. (1 May 1997). "More DNA support for a Cetacea/Hippopotamidae clade: the blood-clotting protein gene gamma-fibrinogen". Molecular Biology and Evolution. 14 (5): 537–543. doi:10.1093/oxfordjournals.molbev.a025790. PMID 9159931.
  8. ^ Ursing, B. M. (1998). "Analyses of mitochondrial genomes strongly support a hippopotamus-whale clade". Proceedings of the Royal Society. 265 (1412): 2251–5. doi:10.1098/rspb.1998.0567. PMC 1689531. PMID 9881471. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  9. ^ Boisserie, Jean-Renaud (2005). "The position of Hippopotamidae within Cetartiodactyla". Proceedings of the National Academy of Sciences. 102 (5): 1537–1541. doi:10.1073/pnas.0409518102. PMC 547867. PMID 15677331. Dicapai pada 2007-06-09. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  10. ^ http://scienceblogs.com/tetrapodzoology/2010/06/artiodactyl_consensus_cladogram.php#comments