Zirafah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zirafah
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Famili: Giraffidae
Genus: Giraffa
Spesies: G. camelopardalis
Binomial: Giraffa camelopardalis
Habitat jerapah

Zirafah (Giraffa camelopardalis) adalah mamalia berkuku genap (even-toed ungulate), yang tertinggi dalam semua spesies daratan. Zirafah jantan mampu mencecah ketinggian sehingga 4.8 hingga 5.5 meter (16 hingga 18 kaki) dengan berat sehingga 900 kilogram (2,000 poun). Zirafah betina biasanya rendah sedikit dan lebih ringan. Dalam keluarga Zirafah, hanya terdapat dua spesies, iaitu Okapi dan Zirafah.

Zirafah merupakan haiwan mamalia yang tempatan di kawasan padang rumput savana kering, tetapi zirafah meragut jauh lebih tinggi berbanding haiwan lain. Diet Zirafah kebanyakannya daun meragut acacia dan aprikot liar, selain pucuk, buah dan tumbuhan yang lain. Kebanyakan pokok seperti acacia telah membangunkan strategi tumbuh tinggi dan mempunyai duri tajam dan panjang bagi mengelakkan dimakan haiwan. Zirafah pula membentuk gabungan ciri-ciri seperti leher yang panjang, lidah, tengkorak, pipi dan bahu yang panjangmembolehkan ia mencapai tinggi dipuncak pokok. Biasanya dahan kecil ditarik masuk kedalam mulut zirafah dengan menggunakan lidahnya yangpanjang dan kemudiannya kepalanya ditarik sementara daunnya disisir melalui giginya yang jarang seperti penggerat.

Ketinggian melampau zirafah bererti untuk minum ia perlu mengangkangkan kakinya, malah melutut. Apabila berdiri, jantungnya terpaksa mengepam tekanan tinggi untuk sampai ke otak. Apabila tunduk, siri injap satu hala bertindak mengawal tekanan dan aliran darah agar tidak merosakkan otak.

Biasanya zirafah memerlukan kawasan ragut sekitar 160 kilometer persegi / 62 batu persegi. Zirafah merupakan haiwan asli di Afrika, Zirafah berkait dengan rusa dan lembu, tetepi diletakkan dalam keluarga berbeza, Giraffidae, yang mempunyai hanya zirafah dan saudara terdekatnya, Okapi.

Subspesies Zirafah[sunting | sunting sumber]

Terdapat sembilan subspesies Zirafah yang diakui, dibezakan menurut warna dan variasi pola tompok badan dan tempat tinggal:

  • Zirafah Somali (G.c. reticulata) — tompokan besar, berbentuk poligon bewarna merah gelap (liver-colored) yang dikelilingi oleh jaringan garis putih terang. Tompokan kadang-kala kelihatan merah tua dan mungkin turut terdapat dibahagian kaki. Habitat: timur laut Kenya, Ethiopia, Somalia.
  • Zirafah Angola atau Zirafah Kelabu (Smoky Giraffe - G.c. angolensis) — mempunyai tompok besar dan lekuk dibahagian tepi, merangkup keseluruhan bahagian kaki bawah. Habitat: Angola, Zambia.
  • Zirafah Kordofan (G.c. antiquorum) — tompokan lebih kecil tidak sekata yang turut menutupi bahagian dalam kaki. Habitat: barat dan barat daya Sudan.
  • Zirafah Masai atau Kilimanjaro (G.c. tippelskirchi) — tompokan sisi berceracak, berbentuk daun (vine-leaf) cokelat gelap pada latar kekuning-kuningan. Habitat: tengah dan selatan Kenya, Tanzania.
  • Zirafah Nubian (G.c. camelopardalis) — large, tompok segi empat perang chestnut berlatar putih tanpa tompokan pada bahagian dalam kaki atau dibawah below the hocks. Habitat: timur Sudan, timur laut Congo.
  • Zirafah Rothschild atau Baringo atau Uganda (G.c. rothschildi) — tompok perang gelap, bertompok atau berpetak dengan jalur bewarna krim kabur. Hocks may be spotted. Habitat: Uganda, tengah ke utara Kenya.
  • Zirafah Afrika Selatan (G.c. giraffa) — tompok bulat atau percikan, sesetengah dengan bentuk bintang pada latar keperangan, memanjang sehingga kebahagian kuku (hooves). Range: South Africa, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique.
  • Zirafah Thornicroft atau Rhodesia (G.c. thornicrofti) — tompok berbentuk bintang atau daun memanjang kebahagian kaki bawah. Habitat: timur Zambia.
  • Zirafah Barat Afrika atau Nigeria (G.c. peralta) — tompokan merah kekuningan, pucat. Habitat: Chad.

Sesetengah sumber menggabungkan Zirafah Kordofan dan West African, Nubian dan Rothschild, dan Angolan dan Afrika Selatan, menurut turutan kepada satu subspesies. Empat subspesies lain telah digambarkan, tetapi tidak dipersetujui sepenuhnya: Zirafah Tanjung (Cape Giraffe - G.c. capensis), Zirafah Lado (G.c. cottoni), Zirafah Congo (G.c. congoensis), dan Zirafah Transvaal (G.c. wardi). Sesetengah ahli sains malah mengkelaskan kesemua populasi kecuali Masai kepada satu subspesies.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Zirafah menggunakan lidah mereka yang panjang dan mudah lentur bagi menambah jangkauan mereka. Contoh di Muzium Sejarah Semulajadi Kebangsaan ('National Museum of Natural History), Washington, DC.

Antara ciri-ciri zirafah adalah mata dan telinga yang besar, belakangnya yang mencerun curam dari bahu ke bahagian belakang, Kaki seperti galah dengan tapak besar bagi menampung berat zirafah. Ekor halus dengan rambu hitam bagi menghalau lalat. 2-4 tanduk khas yang dikenali sebagai ossicones yang lebih menonjol dikalangan jantan dari betina. Makan , minum dan aktiviti lain berlaku pada pagi dan petang sekitar 12 jam berehat pada malam, mengunyah kud tengahari yang panas. Mengawan dgn jantan utama. Ditentukan dengan menghayun dan dan menggesel leher, malah melaga kepala. Aktiviti ini lebih kepada upacara perlahan dari perlawanan sengit. Ia lebih kerap dikalangan haiwan muda apabila baru tiba. Pemenang merogol kalah.

Zirafah terkenal kerana leher mereka yang panjang yang membenarkan mereka meragut pucuk pokok. Zirafah turut memiliki kaki hadapan yang panjang. Bagaimanapun, kaki hadapan mereka hanya 1/10 lebih panjang berbanding kaki belakang. Struktur tulang pada bahagian tengkuk secara asasnya tidak berbeza berbanding kuda lain. Zirafah mempunyai tujuh vertebrata tengkuk yang dilonjongkan (jumlah yang sama seperti kuda dan manusia). Tulang ini membentuk kudup seperti tanduk yang dikenali sebagai ossicorns dan diselitupi dengan kulit Zirafah sebagaimana bahagian tenggorak yang lain.

Perubahan kepada struktur Zirafah, terutamanya bagi sistem kitaran darah. Jantung Zirafah, yang mampu mencecah sehingga 24 paun (10 kg), pernu menghasilkan hampri seganda berbanding tekanan darah normal bagi mamalia besar untuk mengatasi graviti bagi mengekalkan bekalan darah kepada otak. Pada bahagian atas leher, sistem pengawalan tekanan yang rumit yang dikenali sebagai rete mirabile menghalang aliran darah berlebihan kepada otak apabila Zirafah menundukkan kepalanya untuk minum. Begitu juga, saluran darah pada bahagian bawah kaki berada dalam keadaan tekanan tinggi (kerana berat cecair menekan keatasnya). Pada haiwan lain tekanan sebegitu akan memaksa darah keluar melalui dinding kapilari: Zirafah, sebaliknya, mempunyai sarung kulit tebal pada bahagian kaki bawah yang mengekalkan tekanan tinggi (extravascular) sama seperti baju-g juruterbang.

Zirafah jantan menentukan kesuburan Zirafah betina dengan merasai kencing zirafah betina untuk mengesan estrus dalam proses pelbagai peringkat yang dikenali sebagai tindak balas Flehmen.

Tempoh bunting Zirafah selama 457 hari atau antara 14 hingga 15 bulan yang melahirkan seekor anak dan kadang-kala jarang 2 semasa musim kemarau. Ibu Zirafah beranak secara berdiri dan uri sebenarnya pecah apabila anak zirafah jatuh ketanah. Anak zirafah yang baru lahir mempunyai ketinggian sekitar 1.8 metre. Anak yang baru dilahirkan mempunyai berat 70 kilogram atau 155 paun selama 10-30 hari. Dalam tempoh beberapa jam selepas dilahirkan, anak zirafah mampu berlari dan sukar dibezakan dengan yang telah berusia beberapa minggu; bagaimanapun, untuk dua minggu pertama, is menghabiskan banyak masa berbaring, dikawal oleh ibunya. Walaupun Zirafah dewasa terlalu besar untuk diserang oleh kebanyakan pemangsa, anak zirafah menjadi mangsa kepada singa, harimau bintang, dubuk, dan anjing pemburu Afrika. Ia telah dikemukakan bahawa ciri-ciri bertompok mereka memberikan tahap penyamaran tertentu. Hanya 25 hingga 50 peratus anak Zirafah mencapai dewasa; yang mana mempunyai tempoh hayat antara 20 dan 25 dahun liar dan 28 dalam tahanan.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]