Kerbau Afrika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerbau Afrika
Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro, Tanzania
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Famili: Bovidae
Subfamili: Bovinae
Genus: Syncerus
Hodgson, 1847
Spesies: S. caffer
Nama binomial
Syncerus caffer
(Sparrman, 1779)
Subspesies

S. c. caffer
S. c. nanus
S. c. brachyceros
S. c. aequinoctialis
S. c. mathewsi

Kerbau Afrika, affalo, nyati, mbogo atau Kerbau Tanjung (Syncerus caffer), merupakan haiwan bovin Afrika terbesar. Ia tiada kaitan dengan kerbau liar Afrika yang besar sedikit, tetapi leluhurnya kekal tidak jelas. Disebabkan sifatnya yang sukar dijangka, yang menjadikannya amat merbahaya pada manusia, ia tidak dipelihara tidak seperti kerbau Afrika yang serupa. Di sebalik kepercayaan popular, kerbau Afrika bukanlah leluhur lembu peliharaan, dan hanya memiliki sedikit kaitan dengan hawian berkuku bovin besar lain.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Tengkoran kerbau Afrika

Subspesies[sunting | sunting sumber]

Julat yang biasa diterima bagi kerbau Afrika
Kerbau Afrika hutan di zoo San Diego
Kerbau Sudan (Syncerus caffer brachyceros) di Taman Negara Pendjari.
  • Syncerus caffer caffer, kerbau Tanjung, merupakan subspesies biasa, dan yang terbesar, dengan kerbau jantan seberat sehingga 910 kg (2,000 lb). Ia khusus di Selatan dan Timur Afrika. Kerbau subspesies ini tinggal di selatan benua dan terkenal kerana ketinggiannya, saiz dan garang, yang dikenali sebagai kerbau Tanjung. Warna subspesies ini paling gelap, hampir hitam.
  • S. c. nanus (Kerbau Afrika Hutan) merupakan subspesies terkecil; ketinggian pada belakang adalah kurang 120 cm dan berat purata adalah sekitar 270 kg (600 lb). Warnanya merah dengan tompok lebih gelap pada kepala dan bahu dan ditelinga membentuk tompokan. Kerbau kerdil adalah kebiasaan di kawasan berhutan di di Tengah dan Barat Afrika. Subspesies ini begitu berlainan dari model piwaian, sesetengah penyelidik menganggapnya spesies berlainan, S. nanus. Kacukan antara subspesies dan kerdil adalah biasa.
  • S. c. brachyceros (Kerbau Sudan) adalah dari segi istilah morphologi, perantaraan antara kedua subspesies. Ia terdapat di Afrika Barat. Saiznya adalah agak kecil terutama jiak dibandingkan dengan kerbau lain yang terdapat di Cameroon, dengan berat seganda berbanding subspesies Afrika Selatan (jantan seberat 600 kg (1,300 lb) dianggap amat besar).
  • S. c. aequinoctialis (Kerbau Nil) terhad di kawasan savana di Tengah Afrika. Ia menyerupai kerbau Tanjung, tetapi lebih kecil dan lebih cerah. Subspesies ini kadang-kala dikeleompokkan bersama dengan kerbau Sudan.[2]
  • S. c. mathewsi (Kerbau Afrika Gunung) tidak diterima secara sejagat. Ia tinggal di kawasan bergunung di Timur Afrika.

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Kumpulan kerbau di Masai Mara, Kenya

Kerbau Afrika merupakan salah satu haiwan peragut paling berjaya di Afrika. Ia tinggal di kawasan berpaya dan dataran banjir, termasuk juga mopane padang rumput dan kebanyakan hutan gunung utama di Afrika. Kerbau ini gemarkan habitat dengan semak tebal, seperti mengsiang dan belukar, tetapi juga boleh dijumpai di hutan terbuka.[3] Sungguhpun tidak begitu cerewet dengan persekitaran, mereka memerlukan air setiap hari, dengan itu bergantung kepada sumber air tetap. Sama seperti kuda belang dataran, kerbau Afrika mampu hidup meragut rumput kasar dan tinggi. Kawanan kerbau meragut rumput dan membuka ruang pada peragut yang lebih memilih. Ketika meragut, kerbau menggunakan lidahnya dan barisan gigi kacip untuk meragut rumput lebih pantas berbanding haiwan maun Afrika yang lain. Kerbau Afrika tidak kekal lama di kawasan yang telah dihenyak atau kehabisan rumput.

Kerbau di dalam air

Selain manusia, kerbau Afrika kurang diancam pemangsa dan berupaya mempertahankan diri mereka dari (malah membunuh) singa.[4] Singa membunuh dan memakan kerbau dengan tetap, dan di sesetengah kawasan, kerbau merupakan mangsa utama singa. Ia biasanya memerlukan usaha beberapa ekor singa untuk menjatuhkan seekor kerbau dewasa ; bagaimanapun, dalam beberapa kejadian yang dilaporkan di mana singa jantan tunggal telah berjaya menjatuhkan seekor kerbau jantan besar.[petikan diperlukan] Buaya Nil biasanya akan menyerang hanya haiwan tua bersendirian dan anak muda, sungguhpun mereka mampu membunuh kerbau dewasa yang sihat.[5] Cheetah, Harimau Kumbang dan dubuk bertompok ("spotted hyena") hanya mengancam anak yang baru lahir, sungguhpun dubuk bertompok telah direkodkan membunuh kerbau jantan dewasa dalam beberapa kejadian.[6]


Kerbau Tanjung dan anaknya

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Kerbau mengawan dan melahirkan anak hanya semasa musim hujan. Kelahiran memuncak pada awal musim, dengan mengawan memuncak berikutnya. Kerbau jantan akan mengawal ketat kerbau betina yang mula berahi, sementara menghalau kerbau jantan yang lain.[3][7] Ini biasanya sukar kerana, kerbau betina agak liar dan menarik banyak kerbau jantan ke tempat itu. Apabila kerbau betina paling subur, hanya kerbau jantan paling berkuasa dalam kawanan kekal di situ.[3]

Kerbau betina melahirkan anak pertama pada usia lima tahun, selepas tempoh bunting selama 11.5 bulan. Anak yang baru dilahirkan kekal tersembunyi dicelah tumbuhan bagi beberapa minggu pertama ketika disusukan sekali sekala oleh ibunya sebelum menyertai kawanan utama. Anak kerbau ditempatkan ditengah-tengah kawanan bagi keselamatan. [8] Ikatan keibuan antara ibu dan anak kekal lebih lama berbanding bovin yang lain. Bagaimanapun, apabila anak kerbau baru dilahirkan, ikatan itu berakhir dan si ibu akan menjauhkan anaknya dengan menanduknya. Sungguhpun begitu, anak muda akan kelak mengikuti ibunya selama setahun lagi. Anak jantan akan meninggalkan ibunya ketika berusia dua tahun dan menyertai kumpulan bujang.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. IUCN SSC Antelope Specialist Group (2008). Syncerus caffer. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 29 March 2009. Database entry includes a brief justification of why this species is of least concern.
  2. C. P. Groves, D. M. Leslie Jr. (2011). Family Bovidae (Hollwo-horned Ruminants). pp. 585–588. In: Wilson, D. E., Mittermeier, R. A., (Hrsg.). Handbook of the Mammals of the World. Volume 2: Hooved Mammals. Lynx Edicions, 2009. ISBN 978-84-96553-77-4
  3. 3.0 3.1 3.2 Estes, R. (1991). The Behavior Guide to African Mammals, Including Hoofed Mammals, Carnivores, Primates. Los Angeles, The University of California Press. pp. 195–200 ISBN 0520080858
  4. "Cape Buffalo". Canadian Museum of Nature. Diperoleh pada 2010-10-23. 
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ultimateungulate tidak disediakan
  6. Kruuk, Hans (1979). The Spotted Hyena: A study of predation and social behaviour. University of Chicago Press. ms. 335. ISBN 978-0-226-45508-2. 
  7. Turner, W. C., Jolles, A. E., Owen-Smith, N. (2005). "Alternating Sexual Segregation During the Mating Season By Male African Buffalo (Syncerus caffer)". Journal of Zoology 267 (3): 291–299. doi:10.1017/S095283690500748X. 
  8. "African Buffalo". British Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 October 2010. Diperoleh pada 2010-10-23. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Ecology and Behaviour of the African Buffalo – Social Inequality and Decision Making (Chapman & Hall Wildlife Ecology & Behaviour)
  • Huffman, B. 2006. The ultimate ungulate page. UltimateUngulate.com. Retrieved January 9, 2007.
  • International Union for Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN). 2006. Syncerus caffer,
  • Nowak, R.M. and Paradiso, J.L. 1983. Walker's Mammals of the World. Baltimore, Maryland, USA: The Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-2525-5

Pautan luar[sunting | sunting sumber]