Bahasa Arab Klasik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:Arabic text

Bahasa Arab Klasik
asli ke Mengikut sejarah di Timur Tengah, kini digunakan sebagai bahasa suci Islam
keluarga bahasa
bahasa kod
ISO 639-1 ar
ISO 639-2 ara
ISO 639-3 arb
[[File:Ayat-ayat dari al-Quran dalam bahasa Arab Klasik, dikarang dalam tulisan Arab melengkung.|300px]]

Bahasa Arab Klasik, juga digelar Bahasa Arab al-Quran, ialah bentuk bahasa Arab yang digunakan dalam teks sastera dari zaman Khilafah Ummayyah dan Abbasiyyah (kurun ke-7 hingga ke-9). Ia berasaskan loghat Zaman Pertengahan puak-puak Arab. Bahasa Arab Piawai Moden ialah keturunan langsung yang digunakan hari ini di seluruh Dunia Arab dalam tulisan dan pertuturan rasmi, contohnya, ucapan disediakan, sesetengah siaran radio, dan kandungan bukan-hiburan.[1] Sementara leksis dan stailistika bahasa Arab Piawai Moden berbeza dari bahasa Arab Klasik, morfologi dan sintaks telah kekal secara dasarnya tidak berubah (walaupun bahasa Arab Piawai Moden menggunakan subset struktur sintatik yang ada dalam bahasa Arab Klasik).[2] Loghat vernakular, bagaimanapun, telah berubah secara lebih sensasi.[3] Kedua Arab Klasik dan Arab Moden lazimnya dipanggil al-Fuṣ-ḥā (الفصحى‎) dalam bahasa Arab, bermakna 'yang disebut dengan jelas' atau 'bahasa yang fasih'.

Oleh kerana al-Quran ditulis dalam bahasa Arab Klasik, bahasanya dianggap oleh kebanyakan umat Islam sebagai suci.[4] Ia merupakan satu-satunya bahasa yang mana kebanyakan umat Islam membaca dalam sembahyang mereka, tanpa mengira bahasa apa yang digunakan sehari-harian.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Bahasa Arab Klasik mempunyai punca di tengah dan utara Semenanjung Arab, dan berbeza daripada bahasa Arab Selatan Lama yang dituturkan di bahagian selatan semenanjung tersebut, Yaman hari ini.[5] Bahasa Arab Klasik merupakan satu-satunya keturunan bahasa Arab Utara Lama yang masih bertahan. Inskripsi tertua yang telah ditemui dalam Arab Klasik bertarih 328 M dan dikenali sebagai inskripsi Namārah, ditulis dalam abjad Nabataean dan dinamakan bersempena tempat ia ditemui di selatan Syria pada April 1901.[6]

Dengan tersebarnya Islam, bahasa Arab Klasik menjadi bahasa utama kesarjanaan dan kesalihan keagamaan sebagai bahasa Qur'an (kadang-kadang tersebar lebih pantas dari Islam sendiri).[7] Hubungannya dengan loghat moden seakan-akan sama dengan hubungan bahasa Latin dan bahasa-bahasa Romawi atau bahasa Cina Pertengahan dan bahasa Cina moden.

[sunting] Morfologi

Bahasa Arab Klasik merupakan salah satu bahasa Semitik, oleh itu banyak persamaan dari segi konjugasi dan penyebutan bengan bahasa-bahasa Ibrani, Akkad, Aramia, dan Amhara. Kegunaan bunyi vokalnya untuk mengubah sekumpulan konsonan asas amat serupa dengan pembinaan kata dalam bahasa Ibrani Bible.

Sebagai contoh:

  • kataba, dia telah menulis (kala lampau)
  • yaktubu, dia menulis (kala kini)
  • kitāb, buku (tunggal)
  • kutub, buku-buku (jamak)
  • maktabah, perpustakaan
  • miktāb, mesin tulis

Perkataan-perkataan tadi ada kaitan dengan perihal menulis, dan semuanya terdiri daripada susunan tiga konsonan K-T-B. Kumpulan konsonan k-t-b dipanggil "akar." Ahli tatabahasa menganggap akar ini membawa maksud asas perihal menulis, yang melingkungi segala objek atau perbuatan yang melibatkan penulisan, oleh itu, semua perkataan di atas dikira sebagai bentuk ubah suai yang "diperoleh" dan "diterbitkan" bagaimana sekalipun dari akar "tulis".

[sunting] Tatabahasa

Rencana utama: tatabahasa Arab

Tatabahasa dalam bahasa Arab (قواعد‎, bermakna "peraturan"), berada di bawah perkembangan sewaktu lewat 700an.[8][9] Penatabahasa terawal bahasa Arab adalah ʻAbd Allāh ibn Abī Isḥāq. Usaha ketiga-tiga generasi lanjut penatabahasa dalam buku cendikiawan Parsi Sibāwayhi. Usaha kini bertujuan untuk annotate keseluruhan Tatabahasa Arab al-Quran, menggunakan sintaks tradisional:

Pokok sintaks tanggungan untuk ayat (67:1)

[sunting] Fonologi

Bahasa Arab Klasik mempunyai tiga pasangan vokal panjang dan pendek: /a/, /i/, and /u/, seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

Vokal Pendek Panjang
Tinggi /i/ /u/ /iː/ /uː/
Rendah /a/ /aː/

Seperti bahasa Arab Baku Moden, bahasa Arab Klasik ada 28 fonem konsonan:

Fonem konsonan Arab Klasik[10]
  Dwibibir Antargigi Gigi Lelangit Velar Uvular Farinks Glotis
 Biasa  Penegas
Sengau m   n            
Hentian Tak bersuara     t   k q   ʔ
Bersuara b   d   ɟ2        
Geseran Tak bersuara f θ s1 ç   χ ħ h
Bersuara   ð z ðˤ     ʁ ʕ  
Sisian     l3 ɬˤ        
Getaran     r            
Malaran
tak bergeser
        j w      
  1. Bunyi /s/ bukan penegas mungkin sekali berupa [ʃ],[11] yang beranjak ke hadapan mulut forward sebelum atau serentak dengan pendepanan lelangit (lihat di bawah).
  2. Diterbitkan dari bunyi *g dalam bahasa Proto-Semitik, /ɟ/ mungkin berupa bunyi velar yang dilelangitkan: /gʲ/
  3. /l/ hanya ditegaskan ([lˁ]) dalam /ʔalˁːɑːh/ (Allah),[12] kecuali selepas i atau ī: bismi l-lāh /bismillaːh/.

Konsonan yang sering disifatkan "penegas" /tˤ, ɬˤ, sˤ, ðˤ/ adalah sama ada divelarkan [tˠ, ɬˠ, sˠ, ðˠ] atau difarinkskan [tˤ, ɬˤ, sˤ, ðˤ].[13] Dalam sesebuah sistem transkripsi bahasa Arab, penegasan ditunjukkan dengan menulis huruf besar, contohnya: /sˁ/ ditulis ‹S›; selainnya, huruf berkenaan dibubuh garis atau titik di bawahnya, contohnya: ‹›.

Terdapat sebilangan perubahan fonetik di antara Bahasa Arab Klasik dan loghat-loghat bahasa Arab moden, termasuk:[14]

  • Bunyi lelangit /ɟ/ /ç/ (<ج>‎ <ش‎>‎) menjadi konsonan belakang gusi: /dʒ/ /ʃ/
  • Bunyi geseran uvular /χ/ /ʁ/ (<خ>‎ <غ>‎) menjadi velar atau pasca-velar: /x/ /ɣ/
  • /ɬˤ/ (<ض‎>‎) menjadi /dˤ/ (Sesetengah tradisi Tajweed tertentu mengekalkan nilai asli bunyi ini secara sinkronik.)

Lihat abjad Arab untuk perincian lanjut pewakilan IPA suara bahasa Arab sezaman.

[sunting] Aksara khas

Wujudnya pelbagai tanda baca khas dalam bahasa Arab Klasik yang ditulis dalam al-Qur'an yang jarang sekali didapati dalam penulisan Arab moden. Kebanyakan tanda-tanda ini berfungsi sebagai bantuan pembaca untuk menyebut bahasa Arab Klasik dengan tepat, dan juga boleh menandakan sujud, surah, atauRub al Hizb.

Aksara anotasi Qur'an
Kod Glif Nama
06D6 ۖ SMALL HIGH LIGATURE SAD WITH LAM WITH ALIF MAKSURA
06D7 ۗ SMALL HIGH LIGATURE QAF WITH LAM WITH ALIF MAKSURA
06D8 ۘ SMALL HIGH MEEM INITIAL FORM
06D9 ۙ SMALL HIGH LAM ALIF
06DA ۚ SMALL HIGH JEEM
06DB ۛ SMALL HIGH THREE DOTS
06DC ۜ SMALL HIGH SEEN
06DD ۝ END OF AYAH
06DE ۞ START OF RUB AL HIZB
06DF ۟ SMALL HIGH ROUNDED ZERO
06E0 ۠ SMALL HIGH UPRIGHT RECTANGULAR ZERO
06E1 ۡ SMALL HIGH DOTLESS HEAD OF KHAH = Arabic jazm • used in some Qur'ans to mark absence of a vowel
06E2 ۢ SMALL HIGH MEEM ISOLATED FORM
06E3 ۣ SMALL LOW SEEN
06E4 ۤ SMALL HIGH MADDA
06E5 ۥ SMALL WAW
06E6 ۦ SMALL YAA
06E7 ۧ ARABIC SMALL HIGH YAA
06E8 ۨ SMALL HIGH NOON
06E9 ۩ PLACE OF SAJDAH
06EA ۪ EMPTY CENTRE LOW STOP
06EB ۫ EMPTY CENTRE HIGH STOP
06EC ۬ ROUNDED HIGH STOP WITH FILLED CENTRE
06ED ۭ SMALL LOW MEEM
From: Unicode Standard - Arabic

[sunting] Nota

  1. (Bin-Muqbil 2006, p. 14)
  2. (Bin-Muqbil 2006, p. 15)
  3. (Watson 2002, p. 8)
  4. "Arabic Language," Microsoft Encarta Online Encyclopedia 2009. "Classical Arabic, which has many archaic words, is the sacred language of Islam...". Archived 2009-10-31.
  5. "The Collapse of the Marib Dam and the Origin of the Arabs". Arabia Felix. 30 Mac 2005. Diarkibkan dari yang asal on 9 Februari 2008. http://web.archive.org/web/20080209193302/http://www.arabia-felix.com/printer_20.html. 
  6. James A. Bellamy (1985). "A New Reading of the Namārah Inscription". Journal of the American Oriental Society (American Oriental Society) 105 (1): 31–51. doi:10.2307/601538. http://www.jstor.org/stable/601538. 
  7. (Watson 2002, p. 8)
  8. Goodchild, Philip. Difference in Philosophy of Religion, 2003. Page 153.
  9. Sayce, Archibald Henry. Introduction to the Science of Language, 1880. Page 28.
  10. (Watson 2002, p. 13)
  11. (Watson 2002, p. 15)
  12. (Watson 2002, p. 16)
  13. (Watson 2002, p. 2)
  14. (Watson 2002, p. 15-17)

[sunting] Rujukan

  • Bin-Muqbil, Musaed (2006), Phonetic and Phonological Aspects of Arabic Emphatics and Gutturals, University of Wisconsin–Madison 
  • Holes, Clive (2004) Modern Arabic: Structures, Functions, and Varieties Georgetown University Press. ISBN 1-58901-022-1
  • Versteegh, Kees (2001) The Arabic Language Edinburgh University Press ISBN 0-7486-1436-2 (Ch.5 available in link below)
  • Watson, Janet (2002), The Phonology and Morphology of Arabic, New York: Oxford University Press 

[sunting] Lihat pula

[sunting] Pautan luar