Konsonan belakang gusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah
artikulasi

 • Bibir
Dwibibir
Bibir-velar
Bibir-gusi
Bibir-gigi

 • Dwigigi

 • Koronal
Lidah-bibir
Antargigi
Gigi
Gigi-gusi
Gusi
Hujung lidah
Laminal
Belakang gusi
Gusi-lelangit
Gelungan

 • Dorsal
Lelangit
Labial-palatal
Velar
Uvular
Uvular-epiglotis

 • Radikal
Farinks
Epiglotis-farinks
Epiglotis

 • Glotis

Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar web. [Bantuan]

Konsonan belakang gusi atau postalveolar ialah konsonan yang disebut dengan lidah mendekati atau menyentuh bekakang batas gusi, iaitu lebih di belakang mulut daripada konsonan gusi yang disebut pada batas gusi itu sendiri, tetapi juga di hadapan lelangit (daerah artikulasi bagi konsonan lelangit).

Bagi konsonan geseran dan letusan, digolongkannya dalam kelompok kecil konsonan lelangit-gusi atau palato-alveolar yang diberi aksara IPA tersendiri seperti jadual di bawah. Konsonan gusi-lelangit dan gelungan juga disebut pada titik belakang gusi, tetapi diberi lajur berasingan dalam carta IPA, dan diterangkan dalam rencana masing-masing.

Konsonan gusi-lelangit dan lelangit-gusi biasanya digolongkan sebagai konsonan lelangit dalam bidang fonologi, kerana jarang dibandingkan dengan konsonan lelangit sebenar.

Konsonan sibilan lelangit-gusi dan klik belakang gusi yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) adalah seperti berikut:

IPA Huraian Contoh
Bahasa Ejaan IPA Maksud
Xsampa-S2.png Geseran lelangit-gusi tak bersuara Melayu syarat [ʃarat]
Xsampa-Z2.png Geseran lelangit-gusi bersuara Inggeris vision [vɪʒən] wawasan
IPA voiceless postalveolar affricate.png Letusan lelangit-gusi tak bersuara Melayu capai [apai]
IPA voiced postalveolar affricate.png Letusan lelangit-gusi bersuara Melayu jaga [aga]
(sebutan baku)
Xsampa-exclamationslash.png Lepasan klik (belakang) gusi hujung lidah Nama !oas [k͡!oas] liang
Xsampa-equalsslash.png Lepasan klik belakang gusi daun lidah !Kung ǂua [k͡ǂwa] meniru