Bulan dan Pria Terhebat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bulan dan Pria Terhebat
PengarahGhaz Abu Bakar
PenulisGhaz Abu Bakar
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiMadnor Kassim
Disunting olehGhaz Abu Bakar
Muzik olehRob Powers
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 12 Mac 2020 (2020-03-12)
(Malaysia, Brunei, Singapura)
Masa tayangan
106 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM3.6 juta
Pecah panggungRM4 juta

Bulan dan Pria Terhebat ialah filem aksi komedi Malaysia 2020 arahan Ghaz Abu Bakar. Ia mengisahkan aksi seorang pelatih pasukan khas wanita, dengan bantuan seorang pemandu teksi, kini dia perlu melawan sindiket perdagangan manusia demi selamatkan adiknya yang diculik.[1]

Diterbitkan bersama oleh Nizra Entertainment, Astro Shaw dan Skop Productions, filem ini dibintangi oleh Zahirah MacWilson (dalam penampilan layar lebar pertamanya)[2], Zizan Razak, Bell Ngasri, Khir Rahman, Alif Hadi dan Maya Karin. Filem ditayangkan pada 12 Mac 2020 di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bulan, seorang pelatih di pasukan tentera khas Indonesia telah menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia untuk mencari adiknya, Melati yang diculik ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan. Bulan bertemu Haris, seorang pemandu e-hailing yang sudi membantu Bulan. Namun, mereka kini berdepan bahaya apabila ketua sindiket itu Ricky dan pembantunya Agus hantarkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris. Apa yang akan berlaku?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Zahirah MacWilson sebagai Bulan, Kakak kepada Melati yang datang ke Malaysia untuk mencari adiknya dan anggota Kopasuss wanita.
  • Zizan Razak sebagai Haris, Drebar E-Hailing yang menemui Bulan dan mangsa sasaran Agus serta tunang kepada Sarah
  • Bell Ngasri sebagai Arab, Rakan kepada Haris dan Daud seorang photographer sukan skateboard
  • Alif Hadi sebagai Daud, Kawan kepada Haris dan Arab juga pemilik kedai Skateboard
  • Khir Rahman sebagai Agus, Orang kanan Ricky
  • Maya Karin sebagai Tony, Orang suruhan Ricky
  • Sofia Dendroff sebagai Sarah, Tunang kepada Haris
  • Sein Qudsi sebagai Ricky, Ketua sindiket perdagangan manusia
  • Didie Alias sebagai Madam,Ibu Ayam kepada Melati
  • Aprena Manrose sebagai Melati, Adik kepada Bulan yang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia
  • Mimi Ernida sebagai Julie, Bekas teman wanita Haris yang membawa diri ke Johor Bahru selepas kemalangan
  • Rashidi Ishak sebagai bapa Sarah
  • Marissa Yasmin sebagai ibu Sarah
  • Yus Murai sebagai Pak Selamat, Bapa Saudara Bulan di Kuala Lumpur
  • Alvin Wong sebagai samseng #1, yang menginap hotel di Johor Bahru

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Bulan dan Pria Terhebat diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar yang sebelum ini mengarahkan filem Hantu Kapcai (2012) dan Polis EVO (2015). Zahirah MacWilson yang terkenal dengan drama lakonannya termasuk Jangan Benci Cintaku dan Curi-Curi Cinta, memegang watak sebagai Bulan.[3] Ia merupakan filem sulung lakonannya, Zahirah juga pertama kali merasai memegang senjata. Menurutnya, beliau terlebih dulu diminta berlatih menggunakan senjata sebelum ke set penggambaran.[4] Kos pembikinan filem ini berjumlah RM3.6 juta dan ia berjaya disiapkan dalam tempoh 45 hari di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Johor Bahru pada Disember 2018 hingga Januari 2019.[5]

Watak Ricky pada asalnya dilakonkan oleh Allahyarham Ashraf Sinclair. Bagaimanapun, beliau tidak dapat memenuhi tawaran itu kerana terikat dengan komitmen lain di Indonesia. Zahirah berkata beliau sempat bertemu Ashraf sebelum penggambaran filem dijalankan: "Jadual arwah tidak mengizinkan untuk terbabit dalam filem ini. Bagaimanapun, saya bertuah sempat buat latihan dengannya di Jakarta sebelum menjalani latihan intensif sebenar,".[6] Tempat Ashraf telah digantikan oleh Syed Hussein (Sein Qudsi).

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Bulan dan Pria Terhebat ditayangkan pada 12 Mac 2020 di pawagam seluruh Malaysia. Treler rasmi filem ini telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Astro Shaw pada 12 Februari 2020.[7][8] Penerbit filem ini Nik Iruwan Nik Izani tidak bercadang untuk menarik balik tayangan, susulan pandemik COVID-19.[9]

Menulis untuk Sinar Harian, Wawann Mohd berpendapat "Bulan dan Pria Terhebat yang membawa mesej pemberdayaan wanita turut menyaksikan kehebatan wanita sebagai peneraju dan penggerak kepada jalan cerita yang tidak kalah dalam aksi yang selalunya didominasi oleh lelaki".[10]

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan penutupan panggung wayang akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh Malaysia, tayangan filem ini dihentikan sementara dan akan diubah ke satu tarikh baru.[11][12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Zahirah MacWilson & Maya Karin Bergasak Dalam Trailer Bulan & Pria Terhebat". Kakimuvee. 17 Februari 2020. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  2. ^ Dennis Chua (20 Mac 2020). "#Showbiz: A leap in Zahirah Macwilson's career". New Straits Times. Dicapai pada 28 Mac 2020.
  3. ^ Zaidi Mohamad (24 Disember 2018). "Siapa kata Zahirah lemah-lembut?". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  4. ^ Georgie Joseph (26 November 2018). "Seronok jadi Bulan". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  5. ^ "Zahirah, Zizan & Maya Karin dalam filem 'Bulan & Pria Terhebat'". Utusan Borneo. 3 Mac 2020. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  6. ^ Georgie Joseph (7 Mac 2020). "Baiknya kamu Ashraf - Zahirah". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  7. ^ Syafiqah Jalal (28 Februari 2020). ""Macam Ni La Baru Filem Orang Nak Tengok…"- Peminat Teruja Tengok Trailer Bulan & Pria Terhebat". Astro Gempak. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  8. ^ "Trailer Bulan & Pria Terhebat Dilancarkan". Hot FM. 18 Februari 2020. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Mac 2020). "COVID 19: Penerbit filem Bulan & Pria Terhebat tak tangguh tayangan". Berita Harian. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  10. ^ Wawann Mohd (7 Mac 2020). "Bulan & Pria Terhebat, Aksi Luar Biasa 'Hero' Wanita". Sinar Harian. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  11. ^ Georgie Joseph (19 Mac 2020). "Penerbit reda Bulan & Pria Terhebat henti tayangan". Harian Metro. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  12. ^ Nisa Irina (19 Mac 2020). ""Bulan Dan Pria Terhebat" stops screening in cinemas". Yahoo! News. Dicapai pada 20 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]