Burung But-but Carik Anak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung But-but Carik Anak
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. sinensis
Nama binomial
Centropus sinensis
(Stephens, 1815)[2]

Burung But-but Carik Anak [3] ialah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya Centropus sinensis.

Burung But-but Carik Anak (Centropus sinensis) adalah ahli cuckoo bukan parasit besar aturan burung, Cuculiformes. Burung But-but Carik Anak tersebar luas di Asia, dari India, timur ke selatan China dan Indonesia, ia dibahagikan kepada beberapa spesies kecil, sesetengah dianggap spesies lengkap. Burung But-but Carik Anak adalah besar, seperti gagak dengan ekor panjang dan sayap perang tembaga dan terdapat di julat kepelbagaian habitat dari hutan ke ladang dan taman di bandar. Burung But-but Carik Anak lemah terbang dan seringkali dilihat bertempiaran di celah semak atau berjalan di atas tanah ketika menyelongkar mencari serangga, telor, dan sarang burung lain. Burung But-but Carik Anak memiliki panggilan berdengung dalam yang dikaitkan dengan "petanda" dikebanyakan tempat dalam julatnya.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung But-but Carik Anak ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung But-but Carik Anak ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang diliputi bulu pelepah. Paruh Burung But-but Carik Anak tidak bergigi.

Spesies dicalon di Kolkata, Bengal Barat, India.

Burung But-but Carik Anak merupakan spesies cuckoo besar bersaiz 48 cm. Kepalanya hitam, dada atas dan bahagian bawah hitam berkilat dengan kilauan ungu. Bahagian belakang dan sayap perang pinang.Tidak terdapat garis menegak pucat pada belakangnya. Matanya merah delima. Remaja hitam kelabu dengan tompok pada kepala dan terdapat garis keputihan pada bahagian bawah dan ekor. Terdapat beberapa ethnik geografik dan sesetengah populasi dianggap sebagai spesies penuh. Tanggapan awal termasuk "Brown Coucal" (C. (s.) andamanensis) di bawah nama ini. Rasmussen & Anderton (2005) mencadangkan bahawa etnik parroti mungkin spesies penuh - Southern Coucal yang terdapat di semenanjung India (sempadan utara tidak jelas). Etnik intermedius dari wilayah Assam dan Bangladesh adalah lebih kecil berbanding etnik dicalonkan yang terdapat di zon Himalaya kecil. Siulan antara pecahan etnik dikatakan jauh berbeza. Etnik parroti dari selatan India memiliki kepala hitam dan bahagian bawah lapis biru dan pada bahagian dahi, muka, dan tengkuk lebih keperangan.[4] Kedua jantina memiliki jambul yang serupa tetapi jambul burung But-but Carik Anak betina besar sedikit.[5]

Spesimen Leucism ("balau") turut dipantau.[6]

Spesies kecil dan taburan[sunting | sunting sumber]

Cakar belakang yang panjang dan lurus merupakan ciri-ciri genus ini

Etnik dicalon didapati dari Lembah Indus sepanjang Himalaya kecil dan dataran Gangetik ke Nepal, Assam dan kaki bukit Bhutan ke selatan China (Guangxi, Zhejiang, Fujian).[7]

  • Etnik parroti Stresemann, 1913 dijumpai di Semenanjung India (Maharashtra, Madhya Pradesh, Orissa dan keselatan). Atas belakang hitam dan burung remaja mempunyai sayap tanpa garis.[7]
  • Etnik intermedius Hume, 1873 adalah lebih kecil dan terdapat di Bangladesh, barat Cachar dan sehingga ke Myanmar dan Bukit Chin ke China (Yunnan, Hainan), Thailand, Indochina da bahagian utara Semenanjung Malaysia.[7]
  • Etnik bubutus Horsfield, 1821 terdapat di bahagian selatan Semenanjung Malaysia sehingga Pulau Sumatera, Nias, Pulau Mentawai, Jawa, Bali, Borneo, barat Filipina (Balabak, Cagayan Sulu dan Palawan). Sayap etnik ini lebih pucat ("paler rufous").[7]
  • Etnik anonymus Stresemann, 1913 dijumpai di barat daya Filipina (Basilan, Kepualuan Sulu) dan lebih pendek dan sayap lebih hitam berbanding bubutus.[7]
  • Etnik kangeangensis Vorderman, 1893 di jumpai di Kepualaun Kangean. Ia memiliki fasa jambul pucat dan gelap.[7]
Burung But-but Carik Anak muda menunjukkan bahagian berbelang/bertompok di dada. Haryana, India

Anak burung But-but Carik Anak yang beru menentas memiliki kulit hitam dan bulu pepelah rerambut putih (digelar trichoptiles) membentuk sisi pada mata dan paruh.[8][9] Di tengah perut bewarna merah kambu dan atas paruh atas bewarna hitam dengan tepi merah jambu. Iris bewarna perang, kuning ("gape yellow"), dan kaki perang kelabu.[7]

Burung muda etnik parroti memiliki hitam kusam tanpa tanda di sebelah bawah (belang berlawan pada etnik di utara) dan bewarna lebih gelap, perang tua kelabu pada sayap. Etnik bubutus terdapat di Asia Tenggara memiliki panggilan berbeza. Individu dari Ghats Barat memiliki saiz serupa dengan Burung But-but Kecil Centropus bengalensis tetapi yang berikutnya memiliki paruh lebih gempal, ekor lebih pendek, sayap mengunjur melampaui tubuh ("tertials" dan tepi sayap perang gelap, mata hitam dan ekor dengan kilauan hijau atau gangsa.[4] Burung But-but Carik Anak betina etnik parroti memiliki pelepah penutup sayap berjelaga atau kelabu antara November dan Januari dan di sempadan utara etnik adalah sepanjang tanah rata Punjab di mana ia membentuk perantaraan dengan bentuk utara.[10]

Tingkah-laku dan ekologi[sunting | sunting sumber]

Makanan[sunting | sunting sumber]

burung ini makanan kegemarannya adalah berupa pucuk pisang muda dan hempulur pisang.

Mengorek cengkerang siput di Kolkata, Bengal Barat, India.

Burung But-but Carik Anak merupakan burung besar yang memakan pelbagai makanan dari serangga, ulat bulu, dan vertebrata kecil seperti ular ("Saw-scaled viper").[11] Ia juga diketahui memakan telur burung, anak burung dalam sarang, buah dan biji benih. Di Tamil Nadu ia didapati terutamanya memakan siput Helix vittata. Ia juga diketahu memakan buah beracun Thevetia peruviana (Yellow Oleander).[7][12] Di ladang Kelapa Sawit, ia diketahui sebagai burung perosak disebabkan tabiat mereka memakan isi mesocarps buah yang masak.[13]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung But-but Carik Anak membiak dengan bertelur. Telur Burung But-but Carik Anak bercangkerang keras.

Sarang di pokok pain.
Centropus sinensis + Centropus toulou

Musim mengawan bermula selepas monson di selatan India tetapi berbeza di julatnya yang lain tetapi kebanyakannya antara Jun hingga September.[14] Burung But-but Carik Anak memiliki satu pasangan, dan pertunjukkan memikat membabitkan kejar-mengejar di tanah dan burung jantan membawa makanan kepada burung betina. Burung betina merendahkan ekornya dan menjatuhkan sayapnya sebagai isyarat penerimaan. Sarang dibuat sebahagian besarnya oleh burung jantan selama antara tiga hingga lapan hari.[14][15] Sarangnya telong dalam dengan kubah dalam tumbuhan tebal dalam rimbunan pokok memanjat, rumpun buluh atau puncak Pandanus. Ia boleh dibina setinggi 6m dari tanah dan serangkak biasa adalah sekitar 3-5 biji telor. Telor itu (bersaiz 36–28 mm seberat 14.8 g ) adalah putih berkapur dengan kilatan kuning semasa keluar yang kemudiannya menghilang.[16] Kedua-dua burung jantan dan betina bersama-sama membina sarang. 2 hingga 4 biji telor yang dihasilkan akan menetas selepas 15–16 hari dieram. Anak burung mengambil masa 18–22 hari untuk penuh bulu. Kajian di selatan India mendapati bahawa sekitar 77% dari telor menetas dan 67% tumbuh bulu. Sarang dengan telor kadang-kala ditinggalkan atau di rompak oleh Jungle Crow Corvus macrorhynchos.[14]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Burung but but membuat sarang didalam semak yang dipenuhi dengan timbunan batang kayu atau pokok-pokok kecil yang tumbuh rapat dan redup. Kebiasaanya di atas tanah. Burung but but dilihat lebih selesa berjalan atas tanah untuk mencari makan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2012). "Centropus sinensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ In Shaw's General Zoology 9, pt. 1, p. 51. (Type locality China, Ning Po.) per Payne (2005)
  3. ^ (Melayu) Senarai burung di Kuala Gula – format DOC Diarkibkan 2010-03-08 di Wayback Machine
  4. ^ a b Rasmussen, PC & JC Anderton (2005). Birds of South Asia: The Ripley Guide. Volume 2. Smithsonian Institution & Lynx Edicions.
  5. ^ Ali, S & SD Ripley (1981). Handbook of the birds of India and Pakistan. Volume 3 (ed. 2). Oxford University Press. m/s. 240–244.
  6. ^ Ghosal,DK; Ghose,RK (1990). "Partial albinism in a specimen of the Crow-Pheasant Centropus sinensis sinensis (Stephens)". Records Zool. Survey India. 87: 337.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ a b c d e f g h Payne, RB (2005). The Cuckoos. Oxford University Press. m/s. 238–242. ISBN 0198502133.
  8. ^ Shelford, R (1900). "On the pterylosis of the embryos and nestlings of Centropus sinensis". Ibis. 6: 654–667.
  9. ^ Hindwood, KA (1942). "Nestling Coucal" (PDF). The Emu. 42 (1): 52. doi:10.1071/MU942050c.
  10. ^ Abdulali, Humayun (1956). "Some notes on the plumages of Centropus sinensis (Stephens)". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 54 (1): 183–185.
  11. ^ Venugopal,B (1981) Observations on the Southern Coucal Centropus sinensis feeding on the Saw-scaled Viper Echis carinatus. Newsletter for Birdwatchers . 21(12):19.
  12. ^ Natarajan,V (1993). "Food and feeding habits of the Southern Crow-Pheasant Centropus sinensis parroti Stresemann (Aves : Cuculidae) at Pt. Calimere, Tamil Nadu". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 90 (1): 11–16.
  13. ^ Dhileepan K (1989). "Investigations on avian pests of oil palm, Elaeis guineensis Jacq. in India". Tropical pest management. 35 (3): 273–277. doi:10.1080/09670878909371379.
  14. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan natarajan tidak disediakan
  15. ^ Dhindsa, Manjit Singh; Toor, HS (1981). "Some observations on the nest of the Common Crow-Pheasant, Centropus sinensis (Stephens)". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 78 (3): 600–602.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  16. ^ Baker, ECS (1934). "The nidification of birds of the Indian Empire. Volume 3". Taylor and Francis, London. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  • "Centropus sinensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z