CH-46 Sea Knight

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
CH-46 Sea Knight
Two CH-46 landing.jpg
CH-46 Sea Knight
Peranan Helikopter kargo
Pengeluar Vertol Aircraft Corp.
Boeing Vertol
Penerbangan sulung Ogos 1962
Mula digunakan 1964
Dihentikan 4 September 2004 (Tentera Laut A.S)
Jangkaan - 2014 (Kor Marin A.S)
Status Active service
Pengguna utama Kor Marin Amerika Syarikat
Jepun
Arab Saudi
Sweden
Dikeluarkan 1962–1971
Jumlah dibina H-46: 524 buah
Kos seunit AS$ 6 juta pada 1987[1]
Kelainan CH-113 Labrador

CH-46 Sea Knight adalah helikopter yang digunakan oleh Kor Marin Amerika Syarikat untuk tujuan pengangkutan sederhana berat. Helikopter jenis ini mula digunakan dengan pembelian awal sebanyak 600 unit dalam tahun 1964 dan bertujuan memenuhi keperluan pengangkutan berat sederhana pasukan Marin semasa Perang Vietnam.

Helikopter ini menggunakan sistem dua kipas rotor (tandem rotor) yang memberikannya pengendalian yang lebih baik di dalam keadaan angin kencang yang membolehkan helikopter ini membuat perubahan kedudukan dan hala dengan cepat semasa pergerakan helikopter yang perlahan. Helikopter ini boleh membawa 25 orang anggota tentera serba lengkap dan boleh mengangkut 3 tan muatan dan boleh terbang selama 2 jam. Perut kapal yang luas membolehkan ia digunakan untuk memasang pengusung bagi memindahkan mangsa bencana. Helikopter ini boleh mendarat dan terapung sehingga 2 jam di atas air sekiranya perlu membuat pendaratan kecemasan.

Penerbangan sulung helikopter ini dibuat dalam bulan April 1958, sebagai satu inisiatif sendiri syarikat Boeing Vertol yang mengunjurkan aplikasi ketenteraan. Tentera Darat membuat penilaian ke atas 3 buah helikopter tetapi akhirnya mahukan helikopter yang lebih besar dan boleh mengangkut muatan lebih berat.

Pasukan marin pula melihat helikopter ini paling ideal untuk memenuhi keperluannya. Pengubahsuaian dibuat supaya rotornya boleh dilipatkan untuk memaksimumkan ruang simpanan, dan pintu tanjakan yang boleh dibuka semasa penerbangan. Helikopter ini juga dipasangkan mesin angkut (hoist) yang boleh mengangkat beban sehingga 5 tan. Helikopter CH-46A yang pertama membuat penerbangan dalam bulan Ogos 1962 dan diterima berkhidmat mulai tahun 1964.

Operators[sunting | sunting sumber]

Pengguna tentera[sunting | sunting sumber]

Pengguna tentera helikopter CH-46 (Merah muda = Aktif; Merah tua = Bekas)
Bendera Jepun Jepun
 Arab Saudi
 Sweden
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

Pengguna awam[sunting | sunting sumber]

Columbia Helicopters Inc Boeing Vertol 107 C-FHFW dan Boeing 234 N245CH diletakan di pad helikopter milik syarikat di Aurora, Oregon
Bendera Kanada Kanada
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

Bekas pengguna[sunting | sunting sumber]

Helikopter CH-46
Bendera Kanada Kanada
Bendera Jepun Jepun
 Thailand
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

Spesifikasi (CH-46)[sunting | sunting sumber]

Orthographically projected diagram of the CH-46 Sea Knight.

Ciri umum

  • Anak kapal: 4: 2 juruterbang, 1 ketua krew, 1 penembak udara/pemerhati
  • Kapasiti: 25 anggota tentera
  • Panjang: 45 kaki 8 in fuislaj (13.92 m
  • Lebar fiuslaj: 7 kaki 3 in (2.2 m))
  • Diameter rotor: 51 kaki (16 m)
  • Tinggi: 16 kaki 8.5 in (5.1 m)
  • Ceper luas: 4,100 kaki² (380 m²)
  • Berat kosong: 15,537 lb (7,047 kg)
  • Berat berisi: 17,396 lb (7,891 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 24,300 lb (11,000 kg)
  • Loji kuasa:General Electric T58-GE-16 turboshaft, 1,870 shp (1,400 kW) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: 165 bsj (145 knot; 265 km/j)
  • Jejari bertempur: 184 batu (160 batu nautika, 296 km)
  • Jarak maksimum: 420 batu (360 batu nautika, 676 km)
  • Lelangit khidmat 14,000 kaki (4,300 m)
  • Kadar kenaikan: 2,045 kaki/min (10.4 m/s)
  • Beban ceper: 4.2 lb/kaki² (21 kg/m²)
  • Kuasa/jisim: 0.215 hp/lb (354 W/kg)

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Helikopter Tentera Darat A.S Templat:Helikopter Tentera Udara A.S