Westland WAH-64 Apache

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
WAH-64 Apache
ApacheWAH64.jpg
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Westland (secara berlesen)
Diperkenalkan Januari 2001
Status Aktif
Pengguna utama Kor Udara Tentera Darat British
Dikeluarkan 1998-2004
Jumlah dibina 67
Dibangunkan dari AH-64 Apache

Westland WAH-64 Apache adalah sebuah kelainan bagi helikopter penyerang AH-64D Apache Longbow yang dibina secara berlesen oleh Boeing untuk Tentera Darat British. Lapan buah helikopter dalam kumpulan pertama telah dibina oleh Boeing; manakala 59 buah selebihnya telah dipasang oleh Westland di Yeovil dengan menggunakan komponen-komponen yang dibekalkan oleh Boeing. Di antara perubahan yang dilakukan berbanding versi AH-64D adalah penggunaan enjin Rolls-Royce dan mekanisme bilah rotor utama yang boleh dilipat. Ini membolehkan helikopter Apache versi British mampu untuk beroperasi di atas kapal. Helikopter WAH-64 ditanda sebagai Apache AH Mk 1 atau AH1 oleh Kementerian Pertahanan United Kingdom.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Keperluan untuk helikopter penyerang baru telah dikenal pasti sejak awal tahun 1990-an dengan cadangan awal bagi pesanan sejumlah 125 buah, walaubagimanapun jemputan untuk penawaran tidak dibuat sehinggalah Februari 1993. Antara penawaran yang diterima adalah:

Westland WAH-64D Apache Longbow semasa pameran udara di UK.

Helikopter Apache berjaya dipilih pada Julai 1995 dan kontrak bagi pembelian sejumlah 67 buah helikopter telah ditandatangani pada 1996. Helikopter pertama, dibina oleh Boeing (kemudian bergabung dengan McDonnell Douglas pada 1997), telah menyerahkan helikopter ini pada Mac 1999. Helikopter pertama yang dibina oleh Westland pula diserahkan pada Julai 2000. Helikopter ke-67 dan terakhir telah diserahkan pada Julai 2004.[1] Kos perolehan angkatan helikopter ini dianggarkan bernilai £3.1 bilion, £71 juta melebihi kos kelulusan asal. Peningkatan ini disebabkan oleh kos ujian percubaan. Jumlah kos perolehan projek, termasuk pakej latihan dianggarkan bernilai £4.117 bilion.[perlu rujukan]

Masalah mula timbul apabila British menyedari bahawa mereka tidak memiliki juruterbang terlatih yang mencukupi bagi mengendalikan helikopter baru ini. Helikopter yang digantikan kemudian disimpan di pangkalan Tentera Udara Diraja Shawbury pada 2004.[perlu rujukan]

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Kajian Pertahanan Strategik United Kingdom telah menyarankan agar helikopter Apache boleh melaksanakan misi-misi serangan amfibia, dengan beroperasi dari kapal pengangkut helikopter HMS Ocean, kapal pengangkut Kelas Invincible dan kapal pengantinya iaitu, (program CVF Tentera Laut Diraja), dan kemungkinan juga dari kapal penyerang amfibia HMS Bulwark dan Albion. Oleh itu, mekanisme bilah kipas berlipat diperlukan bagi membolehkan helikopter ini disimpan di dalam ruang penyimpanan di atas kapal. Ciri ini juga merupakan satu perbezaan ketara di antara helikopetr WAH-64 dengan AH-64 Apache.

Perbezaan-perbezaan lain di antara dua helikopter ini adalah,

  • Menggantikan enjin General Electric T700 dengan enjin Rolls-Royce Turbomeca RTM322. Enjin buatan Rolls-Royce menghasilkan kuasa hampir 25% lebih berkuasa berbanding enjin GE, meskipun hanya digunakan semasa berlepas disebabkan kekangan sistem transmisi Apache sekarang.[2] Enjin ini kini sedang dinilai oleh kerajaan Amerika Syarikat, dengan cadangan bagi meningkatkan helikopter AH-64 mereka. Sistem transmisi baru akan menggunakan kesemua kuasa yang ada juga sedang dibangunkan.[3]
  • Perlindungan anti-ais pada bilah-bilah kipasnya.
  • SELEX (dahulunya BAE Systems Avionics) Sistem Bantuan Pertahanan Bersepadu Helikopter (HIDAS).
  • Perhubungan dengan sistem komunikasi selamat BOWMAN telah dirancang, akan tetapi belum dilaksanakan.
  • Keupayaan untuk membawa dan menembak roket CRV7.
  • Latihan laser tanpa menjejaskan mata telah dibangunkan dan dipasang bagi membolehkan latihan dilakukan oleh Apache bagi sasaran-sasaran ditandakan di UK, setelah laser taktikal pada asalnya tidak boleh digunakan di United Kingdom disebabkan oleh halangan jarak. Halangan-halangan ini sekarang telah diatasi dan ia boleh digunakan bagi jarak tertentu sekiranya tindakan langkah berjaga-jaga dan perlindungan yang sesuai diambil.

Apache akan digunakan di atas kapal-kapal Tentera Laut Diraja dan telah memperolehi pengesahan maritim pada Disember 2005 di atas kapal HMS Ocean. Kemudian pada 17 November, 2006, HMS Ark Royal menjadi kapal pengangkut pesawat pertama dalam tentera laut yang mendaratkan helikopter WAH-64D Apache AH1 di Pangkalan Tentera Laut Portsmouth.

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Helikopter Apache AH1 akan mengantikan penggunaan helikopter anti kereta kebal, Westland Lynx AH7 dalam Kor Udara Tentera Darat British. Helikopter-helikopter ini akan dioperasikan oleh dua rejimen Kor Udara iaitu Rejimen ke-3 dan Rejimen ke-4 sebagai sebahagian daripada Briged ke-16 (Serbuan Udara) Brigade. Apache juga akan digunakan dalam serangan sepertimana helikopter Apache dalam perkhidmatan Tentera Darat Amerika Syarikat. Helikopter Apache A.S telah digunakan dalam serangan pada malam pertama semasa Perang Teluk pada 1991, dan berjaya memusnahkan pusat-pusat pertahanan udara utama. Misi lain adalah pengawasan bersenjata. Sepertimana helikopter AH-64D Apache Longbow milik A.S; Westland Apache memiliki radar kawalan tembakan dan Radar Frequency Interferometer (RFI), yang mana menyediakan sistem serangan dan pengawasan yang bersepadu. Radar 'Longbow’ adalah merupakan satu unit berbentuk bebawang yang terletak di atas pemasangan hub rotor.[4]

Operasi pertama helikopter Apache apabila terlibat di Afghanistan. Pada 22 Mei, 2006, helikopter Apache UK yang beroperasi di selatan Afghanistan iaitu wilayah Helmand telah melepaskan peluru berpandu Hellfire untuk memusnahkan kenderaan berperisai milik Perancis yang tersadai ekoran pertempuran pada hari sebelumnya, setelah usaha untuk mengambil balik kenderaan ini berbahaya. Ini merupakan "pembunuhan" pertama oleh Apache UK dalam kawasan yang bergolak. Sehingga Februari 2007, lapan buah helikopter WAH-64 Apache telah berada di Afghanistan.[5] Helikopter-helikopter ini diambil dari Skuadron No. 656 dan Skuadron No. 664, Kor Udara Tentera Darat British yang berpangkalan di Tentera Udara Diraja Dishforth, yang mana mendapat gilirannya bagi atur gerak selama tiga bulan.[6]

Pada 13 Januari 2007, aggota tentera British seramai 200 orang yang diketuai oleh Marin Diraja, telah melancarkan serangan ke kubu kuat Taliban di selatan wilayah Helmand.[7] Selepas beberapa jam bertempur, pasukan Marin berkumpul kembali dan menyedari bahawa Lans Korporal Mathew Ford dari Komando 45 Marin Diraja telah hilang. Satu misi menyelamat dilancarkan bagi mendapat kembali Lans Korporal Ford dengan menggunakan sukarelawan-sukarlawan Marin Diraja dan Jurutera Diraja dengan mengikat mereka di bawah sayap dua helikopter Apache. Helikopter ini tidak boleh terbang lebih dari 50 bsj bagi menjaga keselamatan para penumpang tambahan yang dibawanya daripada daya tujahan ke bawah yang dihasilkan oleh bilah-bilah rotor.[8] Helikopter Apache ditembak bertalu-talu semasa mendarat, dan empat orang anggota marin kemudian keluar dan berjaya mendapat kembali mayat Lans Korporal Ford. Mayat Ford diterbangkan menggunakan cara-cara yang sama digunakan oleh anggota-anggota main. Helikopter Apache ketiga berlegar-legar di udara bagi memberi tembakan bantuan. Tiada seorang pun para penyelamat yang tercedera yang misi ini dan kemudian telah dikagumi kerana keberanian mereka.[9][10]

Tidak seperti helikopter Apache milik A.S di Afghanistan, WAH-64 telah diatur gerak bersama-sama Radar Kawalan Tembakan Longbow, membolehkan juruterbang helikopter ini menguruskan trafik di ruang udara dengan lebih baik.[11]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Bendera United Kingdom United Kingdom

Spesifikasi (Apache AH1)[sunting | sunting sumber]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 58 kaki 4 in dengan bilah rotor berputar (17.7 m)
  • Diameter rotor: 48 kaki (14.6 m)
  • Tinggi: 12 kaki 8 in (3.87 m)
  • Ceper luas: 1,809.5 kaki² (168.11 m²)
  • Berat kosong: 11,387 lb (5,165 kg)
  • Berat berisi: 17,650 lb (8,006 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 21,000 lb (9,525 kg)
  • Loji kuasa:Rolls-Royce RTM322 turboshaft, 2,241 hp (1,671 kW) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]