9 Julai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Julai 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
| MMXII | ||||||
9 Julai merupakan hari ke-190 (hari ke-191 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 175 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Argentina (1816).
[sunting] Peristiwa
- 1357 - Batu asas Jambatan Charles di Prague diletakkan oleh Maharaja Rom Holy Charles IV.
- 1789 - Revolusi Perancis: Perhimpunan Pengundi Kebangsaan (gambar) dibentuk daripada Perhimpunan Kebangsaan.
- 1900 - Ratu Victoria dari United Kingdom memberikan perkenan diraja untuk akta penubuhan Komanwel Australia, dengan itu menyatukan tanah-tanah jajahan yang berasingan di benua itu.
- 1922 - Johnny Weissmuller berenang gaya bebas 100-meter dalam masa 58.6 saat, memecahkan rekod renang dunia serta "rintangan minit".
- 1955 - Manifesto Russell–Einstein yang ditandatangi Albert Einstein, Bertrand Russell dan 9 lagi cendekiawan dan ahli sains diterbitkan di London, menyeru diadakan persidangan untuk menilai bahaya senjata pemusnah besar terhadap kemandirian manusia.
- 2002 - Kesatuan Afrika (gambar lambang) diasaskan menggantikan Komuniti Ekonomi Afrika (AEC) dan Pertubuhan Perpaduan Afrika (OAU), dengan Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki sebagai pengerusi pertama.
- 2006 - Zinedine Zidane mendapat kad merah dalam perlawanan terakhirnya pada perlawanan akhir Piala Dunia.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||