Caudillo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Caudillo (disebut "kôdēl´yō") adalah orang kuat tentera dalam bahasa Sepanyol. Caudillo-caudillo pertama biasanya terdiri dari golongan Jeneral yang memimpin askar peribadi (private armies) dan menggunakan kekuasaan tentera mereka untuk mengambilalih kuasa dalam negara-negara Amerika Latin yang baru merdeka ketika itu . Mereka juga kebanyakannya golongan bangsawan atau pemilik tanah (hacendados) dan mereka mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk mencapai cita-cita mereka. Di samping mempunyai kemahiran dalam bidang ketenteraan, mereka mempunyai daya tarikan yang kuat untuk mendapat kesetiaan rakyat. Walaupun mereka bermula dengan menentang oligarki, mereka akhirnya akan terlibat dalam pemerintahan bercorak oligarki. Antara para caudillo yang masyhur termasuklah Jeneral Juan Manuel de Rosas dan Juan Facundo Quiroga di Argentina, Gabriel García Moreno di Ecuador, Antonio López de Santa Anna dan Porfirio Díaz di Mexico, dan Rafael Leonidas Trujillo Molina di Republik Dominica. Di Sepanyol, Jeneral Francisco Franco menggelarkan dirinya el Caudillo.