Chomel Fana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chomel Fana
Kelahiran
Noorhanis Farhana binti Shaharuddin

(1986-08-22) 22 Ogos 1986 (umur 37)
Nama lainChomell Fioz, Chomel Farhana, Chomell Roses
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2007–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif2011–kini
Syarikat rakaman
KRU Music (2011–2013)

Noorhanis Farhana binti Shaharuddin (lahir pada 22 Ogos 1986) atau lebih popular sebagai Chomel Fana (Jawi: چوميل فانا) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara televisyen Malaysia. Dari kerjaya lakonannya, beliau terkenal menerusi sitkom Chomel arahan Aziz M. Osman.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Chomel dilahirkan pada 22 Ogos 1986 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat daripada lapan adik-beradik.[1] Beliau juga pernah aktif dalam bidang sukan apabila pernah menjadi pemain bola sepak wanita Malaysia B, bekas ahli Silat Selangor dan Olahragawati negeri Selangor.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon, Chomel banyak melibatkan diri di sebalik tabir dan hanya berlakon sebagai pelakon undangan dan tambahan sahaja dalam beberapa buah drama dan telefilem, namun Chomel mula ditawarkan memegang watak utama melalui drama bersiri Chomel yang dicungkil oleh pengarah terkenal iaitu Aziz M Osman yang bersiaran di TV3 pada tahun 2009.

Selepas itu, beliau mula mencuba bakat nyanyian beliau di bawah pengurusan KRU Music dengan mengeluarkan single berjudul BFF pada tahun 2011. BFF yang merupakan singkatan akronim kepada Best Friend Forever (Kawan Rapat Selama-lamanya) ini menceritakan pengajaran mengenai sahabat sejati; di mana sahaja, merekalah yang akan sentiasa berada di samping kita walau apa pun yang berlaku, tidak kiralah susah atau senang. Lagu ini juga mengingatkan Chomel kepada tiga orang sahabatnya yang telah beliau perkawan selama lapan tahun.[3]

Namun pada 2013, Chomel memberitahu beliau telah secara rasminya keluar daripada KRU Music Group kerana kontraknya selama dua tahun telah tamat dan menguruskan kerjayanya secara sendiri.[4][5][6]

Pada tahun 2017, Chomel juga berlakon dalam drama Suamiku Paling Sweet memegang watak pembantu sebagai Syukriah, kawan kepada Qisha Iriz lakonan Mawar Rashid. Drama ini ditayangkan di TV3 dalam slot Akasia pada 13 Februari 2017. Selain itu, beliau juga membintangi drama komedi Jojie Gigil dan drama Bahagia Kasihmu yang bersiaran di TV3.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Chomel Fana memendekkan rambutnya dan berpenampilan seperti gadis tomboi.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Siti Suka Ramli Sarip Filem pendek
2012 Azura
Cinta Kura-Kura Vokalis Gedik Gurls Penampilan khas
2013 Dorong

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007–2008 Puteri TV3 Pelakon undangan; episod 2
Bong (Musim 5) TV9 Pelakon undangan; episod 1
Vice Versa TV3 Pelakon tambahan
2009 Comel Comel
Teknofobia Astro Ria Episod "GPS"
Roda-Roda Kuala Lumpur Minah rempit TV2
2010 Hotel Mania Nini TV3
Kaisarah Pelakon undangan
2011 Stanza Cinta Auni
Beret Hijau Amirah TV1
Cita & Cinta Indah TV9
2012 Friday I'm In Love Imelda
2013 Balqis[7] Balqis TV2
Menjinak Ombak Sofea TV3
2015 Gerak Khas (Musim 15) Rita TV2 Episod: "Otai"
Hello, Mr. Perfect! Amani TV3 Pelakon undangan
2016 Gerak Khas (Musim 16) Sam / Samsiah TV2 Episod: "Tomboy"
2017 Sumpah Ibu Ayu TV9
Suamiku Paling Sweet Syukriah / Syuk TV3
Bahagia Kasihmu Eliyana / Elly
Jojie Gigil Onie
2019 Iktibar Episod: "Korban Cinta"
2021 Selamat Datang Cinta Yasmin Salam HD
2022 - 2023 Chinta Arjuna Nana TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Laila Sari Astro Ria
Diva - Diva Pencen Astro Warna
2012 Cinta Bola Yuni TV3
2014 Talkin di Birai Katil TV1
2015 Mak Muda Damie TV3
2017 Isteriku, Cikguku Rita
2022 Ke Hujung Nyawa TV AlHijrah

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
Siapa Ligat Peserta TVi
2010 TV RTM Pengacara
Remaja RTM
2011 Carta Blockbuster (Musim 2) KRU TV

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Menampilkan Album Catatan
2011 "BFF"

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Tempat Ketiga dalam pertandingan nyanyian PPW Idol (2007)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Rohaizad (11 Julai 2013). "BIODATA CHOMEL FANA | PROFIL | GOSIP TERKINI". Mohdrohaizad.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2017. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  2. ^ Azhan (13 September 2016). "Biodata Chomel Fana". Azhan.co. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (5 Disember 2011). "Chomel Fana Pernah Abaikan Keluarga Dan Kawan". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (11 Julai 2013). "Chomel Fana Keluar Dari KRU Music". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  5. ^ "Chomel Fana Nafi Keluar KRU Kerana Bergaduh". Malaysian Digest. 11 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  6. ^ Khairul Amri Hassan (17 Julai 2013). "Chomel Fana tiada isu dengan KRU Studios". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-19. Dicapai pada 20 Julai 2017.
  7. ^ "Drama Islamik sempena Ramadan di RTM". Sinar Harian. 21 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-22. Dicapai pada 22 Mac 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]