Friday I'm In Love

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Friday I'm In Love
Genre
PenciptaAhmad Izham Omar
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahFaizul A. Rashid
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Friday I'm in Love" oleh OAG
Lagu penutup"Friday I'm in Love" oleh OAG
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran38 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal19 April 2012 – 18 Julai 2012

Friday I'm In Love ialah sebuah siri drama komedi romantik Malaysia 2012 arahan Faizul A. Rashid,[1] dengan idea oleh Ahmad Izham Omar.[2] Ia dibintangi oleh Qi Razali, Nelydia Senrose, Aiman Hakim Ridza, Zoey Rahman, Ryzal Jaafar dan Bella Dally. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Aurora TV9 dari 19 April hingga 18 Julai 2012.[3] Tajuk drama ini diambil daripada lagu nyanyian kumpulan The Cure dengan judul sama.

Episod terakhir drama ini disiarkan dalam bentuk telefilem pada 18 Julai 2012.[4] Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Awang (Qi Razali), seorang remaja yang juga merupakan seorang pembantu kepada sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana (Bella Dally), Nisha (Nelydia Senrose), Pitt (Aiman Hakim Ridza), Jo (Zoey Rahman) dan Hansem (Ryzal Jaafar). Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada hari Jumaat di kedai kopitiam milik bapa Nisha.

Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba-tiba juga Awang cuba sedaya-upaya untuk berkenalan dengan dia. Tanpa disedari, mereka menjadi serasi dan Awang telah jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada hari Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu… tetapi pada hari Khamis, Amy menamatkan percintaan mereka dengan mengakui bahawa dia telah pun berkahwin. Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya, dia bangun dengan ingatan kabur tentang Amy dan bertemu pula dengan Bella, dan jatuh cinta sekali lagi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

Sebelum mencapai kemasyhuran, Risteena Munim dan Ezzaty Abdullah memegang watak kecil dalam drama ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (20 April 2012). "Friday I'm In Love naskhah istimewa - Faizul". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-10. Dicapai pada 9 Mei 2015.
  2. ^ Drama pertama idea Ahmad Izham di TV9 mSTAR Online (7 April 2012). Dicapai pada 9 Mei 2015.
  3. ^ Budiey (19 April 2012). Drama bersiri Friday I'm in Love Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Mei 2015.
  4. ^ Episod terakhir Friday I’m in Love disiarkan secara telefilem Oh! Bulan (13 Julai 2012). Dicapai pada 9 Mei 2015.
  5. ^ Friday I'm In Love (2012): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 7 November 2018.