Anjing Dalmatia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dalmatia (anjing))
Anjing Dalmatia
Nama lainDalmatian
Nama ringkasAnjing pedati
Anjing kereta kuda bertompok
Anjing pedati harimau bintang
Anjing bomba
Plum pudding dog
Negara asalCroatia
Trait
Tinggi Jantan 58–61 cm (23–24 in)[1]
Bulu Licin, pendek
Warna Latar putih dengan tompok hitam atau perang. Anjing bertompok hitam sentiasa berhidung hitam dan yang bertompok perang berhidung perang. Tompok lemon, biru, brindle, atau triwarna kadang-kadang muncul tetapi bukan warna yang diterima. Putih kosong juga diterima tetapi agak jarang juga.
Jangka hayat 10–12 tahun (purata: 8–11)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Dalmatia atau dalmatian[a] ialah satu baka anjing yang mempunyai lapis bulu putih yang bertanda dengan tompok berwarna hitam atau perang. Anjing ini, yang berasal sebagai anjing pemburu,[2] juga digunakan sebagai anjing pedati pada zaman awalnya. Asal usul baka ini dapat dijejak kembali ke Croatia zaman kini dan bekas wilayah Dalmatia.[3] Ada sangkaan bahawa leluhur awal baka ini merupakan baka tertentu pointer dan anjing besar Denmark bertompok.[4] Kini, ia merupakan anjing peliharaan popular dan ramai penggemar memasukkan dalmatian ke dalam pertandingan kelab kenel.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Seekor dalmatian perang betina

Tubuh[sunting | sunting sumber]

Anjing Dalmatia ialah anjing berotot dengan daya ketahanan dan stamina cemerlang.[5] Apabila sepenuhnya dewasa, menurut piawaian baka American Kennel Club (AKC), ia berdiri setinggi 19–23 inci (48–58 cm).[6]

Bulu[sunting | sunting sumber]

Anak anjing Dalmatian lahir dengan lapis bulu putih kosong dan tompok pertama biasanya muncul dalam 10 hari; walau bagaimanapun, tompok mungkin juga terlihat sejak lahir. Tompok terus berkembang sehingga anjing berusia sekitar 18 bulan. Tompok biasanya bersaiz 2–6 in (51–152 mm) dan paling umumnya berwarna hitam atau hati (perang) pada latar putih. Warna hati ialah warna resesif pada dalmatian, iaitu kedua-dua induk perlu membawa gen warna hati untuk menghasilkan anjing dengan warna ini. Jika kedua-dua induk berwarna hati, semua anak anjing juga bakal bertompok berwarna hati. Anjing bertompok hitam sentiasa memiliki hidung hitam, dan anjing bertompok berwarna hati sentiasa memiliki hidung perang.[perlu rujukan]

Warna lain yang hadir kadang-kadang termasuklah biru (warna kelabu kebiru-biruan), brindle, mozaik, jingga, atau lemon (antara kuning tua dengan kuning muda), atau triwarna (dengan tompok hitam, perang, dan jingga atau lemon). Jingga dan lemon hadir paling kerap, terutamanya di Amerika, dan merupakan padanan warna cair bagi warna piawai. Warna-warna ini ditakrifkan sebagai jingga atau lemon bergantung pada hidung anjing.[perlu rujukan]

Lagi satu pola pewarnaan ialah tompok warna padu lebih besar yang muncul di mana-mana pada tubuh, namun paling kerap di kepala, di telinga, atau di ekor. Tompok-tompoknya terlihat sejak lahir dan bukan sekelompok tompok terhubung; tompok-tompok ini dikenal pasti melalui pinggir lembut bagi tompok berkenaan dan tiada bulu putih berjalin di dalam tompok itu.[7] Individu putih tulen tanpa tompok juga hadir kadang-kadang.[perlu rujukan]

Bulu dalmatian biasanya pendek, halus, dan padat; walau bagaimanapun anjing Dalmatia berbulu licin kadang-kadang menghasilkan anak berbulu panjang. Anjing Dalmatian berbulu panjang tidak diterima oleh piawaian baka, namun individu-individu ini mengalami kurang ganti bulu berbanding anjing berbulu licin, yang berganti bulu kira-kira sepanjang tahun. Bulu pendek dan kaku bagi keragaman piawai kerap menjalin ke dalam permaidani, pakaian, upholsteri, dan hampir sebarang jenis kain dan mungkin sukar ditanggalkan. Penjagaan bulu mingguan dengan mit anjing atau kerok dapat mengurangkan jumlah bulu yang digugurkan oleh dalmatia, walaupun tiada yang dapat sepenuhnya menghalang ganti bulu. Oleh sebab minyak yang sangat sedikit pada lapis bulunya, anjing Dalmatia kurang mempunyai bau anjing dan kekal agak bersih berbanding dengan banyak baka lain.[8][9]

Saiz perinduk[sunting | sunting sumber]

Anjing Dalmatia biasanya mempunyai perinduk yang terdiri daripada enam hingga sembilan ekor anak anjing.[10]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Anjing Dalmatian bermata biru dan perang

Sebuah kajian United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 13.2 tahun untuk anjing Dalmatia.[11]

Pada usia remaja lewat, kedua-dua jantan dan betina mungkin menderitai eksostosis dan keadaan artritis. Tiroiditis autoimun mungkin merupakan keadaan agak umum untuk baki ini, sehingga menjejaskan 11.6% daripada populasi anjing.[12]

Keadaan dermatologi[sunting | sunting sumber]

Baka ini cenderung terhadap keadaan dermatologi berikut: dermatitis atopi, dermatosis suria, dan karsinoma sel skuamos.[13][14]

Kepekakan[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian di United Kingdom mendapati bahawa 18.4% daripada jumlah anjing Dalmatia yang diuji adalah pekak pada salah satu telinga atau kedua-duanya. Kajian ini juga mendapati bahawa tiada perkaitan antara warna lapis bulu dengan kepekakan.[15] Sebuah kajian Switzerland yang meneliti 575 ekor anjing daripada 33 buah keluarga berlainan mendapati bahawa 16.5% daripada jumlah anjing Dalmatia adalah pekak pada salah satu telinga atau kedua-duanya.[16] Sebuah kajian Jerman ke atas 1899 ekor anjing dari 169 buah kenel berlainan mendapati bahawa 19.6% daripada jumlah anjing Dalmatia adalah pekak pada salah satu telinga atau kedua-duanya. Kajian ini membuat kesimpulan bahawa gen-gen selain yang bertanggungjawab atas pewarnaan menyumbang dengan ketara kepada kepekakan.[17] Sebuah kajian Amerika Syarikat mendapati bahawa 25.7% daripada jumlah anjing Dalmatia adalah pekak pada salah satu telinga atau kedua-duanya. Kajian ini mendapati bahawa bukti bagi satu gen tunggal yang bertanggungjawab atas kepekakan adalah tidak mungkin.[18]

Para penyelidik kini tahu bahawa kepekakan pada haiwan balar dan bertompok hitam putih disebabkan oleh ketiadaan melanosit matang di bahagian telinga dalam.[19] Ini mungkin menjejaskan salah satu telinga atau kedua-duanya.

Biasanya, hanya anjing dengan pendengaran dwisisi dibiakbakakan, namun yang dengan pendengaran ekasisi, dan malah anjing dengan kepekakan dwisisi juga, dapat dijadikan anjing peliharaan baik dengan pelatihan sesuai.[8] Perbezaan utama, dan paling ketara, pada anjing dengan pendengaran ekasisi ialah anjing ini tidak memiliki pendengaran dwiarah; namun anjing berkenaan masih dapat mendengar seseorang, tetapi tidak dapat menentukan arah kedatangan orang tersebut.[[:]] Pendirian The Dalmatian Club of America ialah bahawa anjing ini tidak patut digunakan untuk pembiakbakaan dan bahawa eutanasia berperikemanusiaan mungkin dipertimbangkan sebagai "alternatif kepada penempatan". British Dalmatian Club hanya mengesyorkan pembelian anak anjing yang sudah teruji dengan BAER, dan menyeru agar semua ahli menyediakan hasil ujian BAER bagi anak-anak anjing mereka supaya statistik sebenar bagi kepekakan dapat diteliti.[20]

Telah ada pembuktian bahawa pewarisan gen tompok hitam-putih ekstrem menyebabkan mata biru. Maka, pembiakbakaan anjing Dalmatia bermata sangat tidak digalakkan walaupun jika berpendengaran lengkap.[21] Di United Kingdom, mata biru dianggap sebagai kecacatan piawaian baka. Maka, anjing Dalmatia bermata biru tidak dianugerahi di dalam gelanggang pertunjukan.[22]

Keadaan rangka[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian Amerika Utara tentang rekod hospital veterinar mendapati bahawa, daripada lebih daripada 9,000 ekor anjing Dalmatia, 1.36% menghidap displasia pinggul berbanding dengan kadar keseluruhan 3.52%.[23]

Hiperurisemia[sunting | sunting sumber]

Potret anjing Dalmatia

Anjing Dalmatia, seperti manusia, dapat menderitai hiperurisemia.[24] Hati anjing Dalmatia mengalami kesukaran untuk penguraian asid urik, yang dapat menumpuk di dalam serum darah (hiperurisemia), lalu menyebabkan gout. Asid urik juga dapat dikumuhkan dengan kepekatan tinggi ke dalam air kencing, lalu menyebabkan karang ginjal dan batu pundi kencing. Keadaan-keadaan ini paling mungkin terjadi pada jantan pertengahan usia. Jantan berusia lebih daripada sepuluh tahun terdedah kepada karang ginjal dan patut mengurangkan pengambilan kalsium atau diberi ubat pencegah.[25] Untuk mengurangkan risiko gout dan karang, para pemilik patut dengan berhati-hati mengehadkan pengambilan purina dengan mengelakkan pemberian makanan yang mengandungi isi organ, produk sampingan haiwan, atau ramuan berpurina tinggi kepada anjing. Hiperurisemia pada anjing Dalmatia berespons terhadap rawatan dengan orgotein, iaitu rumusan veterinar bagi enzim antioksidan superoksida dismutase.[26]

Projek Silang Balik Anjing Dalmatia–Anjing Penuding Inggeris[sunting | sunting sumber]

Hiperurisemia pada anjing Dalmatia (sebagaimana pada semua baka) diwarisi, tetapi tidak seperti baka lain, gen normal untuk pengangkut asid urik, yang membolehkan asid urik memasuki sel-sel hati dan kemudian diuraikan, tidak hadir dalam takungan gen baka ini. Maka, tiada kemungkinan bagi pembasmian hiperurisemia dalam kalangan anjing Dalmatia baka tulen. Satu-satu jalan penyelesaian yang mungkin untuk masalah ini mestilah penyilangkan anjing Dalmatia dengan baka lain untuk memperkenalkan gen pengangkut asid urik normal semula. Hal ini membawa kepada pengasasan Projek Silang Balik Anjing Dalmatia–Anjing Penuding Inggeris, yang bertujuan untuk memperkenalkan gen pengangkut asid urik normal semula ke dalam baka anjing Dalmatia. Silang balik ini menggunakan seekor anjing penuding Inggeris tunggal; semua pembiakbakaan lanjut melibatkan anjing Dalmatia baka tulen. Projek ini bermula pada tahun 1973 oleh Dr. Robert Schaible. Hibrid silangan pertama (F1) tidak menyerupai anjing Dalmatia dengan sangat dekat. F1 kemudiannya disilangkan kembali dengan anjing baka tulen. Pembiakbakaan ini menghasilkan anak-anak anjing dengan keserupaan lebih dekat dengan anjing Dalmatia tulen. Menjelang generasi kelima pada tahun 1981, anjing-anjing yang dihasilkan sangat serupa dengan anjing baka tulen, Presiden AKC pada masa itu, William F. Stifel, menyatakan, "Jika ada cara logik dan saintifik untuk membetulkan masalah-masalah kesihatan genetik yang berhubung kait dengan trait-trait baka tertentu dan masih mengekalkan keutuhan piawaian baka, American Kennel Club berkewajipan untuk memimpin caranya."[27] Lembaga pengarah The Dalmatian Club of America (DCA) menyokong keputusan ini; walau bagaimanapun, hal ini segera menjadi sangat berkontroversi dalam kalangan anggota kelab. Suatu undian oleh anggota-anggota DCA menentang pendaftaran hibrid-hibrid ini, lalu menyebabkan AKC mengharamkan pendaftaran kepada mana-mana anak kepada anjing ini.[28][29]

Pada mesyuarat agung tahunan DCA pada Mei 2006, isu silang balik dibahaskan lagi oleh para anggota kelab. Pada Jun tahun sama, anggota-anggota DCA diberi perbentangan peluang untuk mengundi sama ada untuk membuka perbincangan tentang Projek Silang Balik Anjing Dalmatia semula. Hasil keputusan pengundian hampir-hampir 2:1 untuk menyokong penyemakan semula sokongan kepada projek oleh DCA. Hal ini telah bermula dengan penerbitan rencana-rencana yang membentangkan lebih maklumat tentang kedua-dua sokongan dan bantahan kepada keperluan untuk projek ini. Pada Julai 2011, AKC bersetuju untuk mengizinkan pendaftaran bagi anjing Dalmatia silang balik.[30]

Pada tahun 2010, The Kennel Club di United Kingdom mendaftarkan seekor anjing Dalmatia silang balik yang dipanggil Ch. Fiacre's First and Foremost. Beberapa batasan dikenakan terhadap anjing ini. Sungguhpun anjing ini sudah sejauh 13 generasi daripada silangan anjing penuding Inggeris asli, keturunan F1 hingga F3-nya bakal ditanda pada sijil pendaftaran dengan asterisk (yang "menandakan pembiakbakaan tidak tulen atau tidak tentu sah"[31]), iaitu tiada anak yang bakal layak dieksport sebagai anjing pedigri selama lima tahun berikut, dan semua anjing perlu diuji untuk kesihatan.[32] Kelab-kelab baka anjing Dalmatia United Kingdom telah membantah keputusan oleh The Kennel Club.[33]

Walaupun anjing Dalmatia LUA tidak akan menghidap karang kencing, ia masih dapat menghidap jenis-jenis lain.

Projek Warisan Anjing Dalmatia[sunting | sunting sumber]

Projek Warisan Anjing Dalmatia bermula pada tahun 2005. Matlamat projek ini adalah untuk memulihara dan memperbaik bak anjing Dalmatia dengan membiakbakakan anjing-anjing induk ramah dan yakin dengan metabolisme kencing normal dan pendengaran dwisisi. Semua anak anjing dalam projek warisan ini merupakan keturunan bagi susur galur induk Dr. Robert Schaible. Kini, "susur galur Dr. Schaible menghasilkan satu-satu kelompok anjing Dalmatia di dunia kini yang bebas daripada kecacatan metabolisme yang dapat membawa kepada masalah-masalah salur kencing."[34]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Francesco di Cosimo II de' Medici (1614–1634) dengan seekor dalmatian, dilukis oleh Justus Sustermans

FCI mengiktiraf Croatia sebagai negara asalnya, dengan mengutip beberapa sumber bersejarah.[35]

Rujukan bertulis terkenal pertama kepada anjing Dalmatia adalah dari tahun 1375, apabila Peter, Uskup Đakovo, menyebut tentang anjing pemburu yang terutamanya ditemukan di Dalmatia, dengan bulu putih pendek dan tompok bulat hitam pada pelbagai bahagian badan, dan menamai baka ini Canis Dalmaticus.[36] Ilustrai terawal bagi baka ini telah ditemukan di Croatia, iaitu sebuah lukisan mazbah di Veli Lošinj yang bertarikh kembali ke tahun 1600–1630, dan sebuah lukisan fresko di Zaostrog.[35] Perihal berdokumen tentu pertama bagi anjing Dalmatia dijejak kembali ke awal abad ke-18 dan kepada arkib-arkib Keuskupan Agung Đakovo, dengan sebutan dan perihal anjing ini sebagai Canis Dalmaticus dalam babad-babad gereja dari tahun 1719 yang ditulis oleh Uskup Petar Bakić dan kemudian lagi dalam babad-babad gereja yang ditulis oleh Andreas Keczkeméty pada tahun 1739.[35] Pada tahun 1771, Thomas Pennant memerihalkan baka ini dalam buku beliau Synopsis of Quadrupeds ("Sinopsis Kuadruped"), dengan tulisan bahawa asal usul baka ini adalah dari Dalmatia; beliau merujuknya sebagai dalmatian ("(anjing) Dalmatia").[35] Buku oleh Thomas Bewick, A General History of Quadrupeds ("Sejarah Umum Kuadruped"), yang diterbitkan pada tahun 1790 merujuk baka ini sebagai dalmatian or coach dog ("(anjing) Dalmatia atau anjing pedati").[35]

Semasa Zaman Keregenan, anjing Dalmatia menjadi lambang status dan anjing dengan tompok hiasan sangat dihargai. Baka ini juga digunakan untuk menjaga kandang kuda pada waktu malam.[5]

Baka ini telah dikembangkan dan diusahakan terutamanya di England.[35] Piawaian tidak rasmi pertama untuk baka ini diperkenalkan oleh seorang Inggeris, Vero Shaw, pada tahun 1882.[35] Pada tahun 1890, dengan pembentukan Kelab Dalmatian pertama di England, piawaian ini menjadi rasmi.[35] Apabila anjing dengan tanda-tanda distingtif pertama kali ditunjukkan di England pada tahun 1862, ia dikatakan pernah digunakan sebagai anjing penjaga dan pendamping kepada orang nomad di Dalmatia. Lapis bulu unik baka ini menjadi popular dan tersebar meluas di serata benua Eropah mulai tahun 1920. Tanda-tanda luar biasanya kerap disebut oleh para penulis lama mengenai kinologi.[37]

Tugas[sunting | sunting sumber]

Seekor dalmatian, diterbitkan pada tahun 1859

Peranan baka ini berbeza-beza seperti peranan leluhurnya. Ia digunakan sebagai anjing pemburu, anjing perang, dan anjing pengawal sempadan Dalmatia.[36] Sehingga kini, baka ini mengekalkan naluri penjagaan tinggi; namun ramah dan setia kepada yang dikenali dan dipercayai oleh anjing ini, ia kerap menjauhi orang asing dan anjing yang tidak dikenali. Anjing Dalmatia mempunyai naluri perburuan kuat dan merupakan pembasmi cemerlang terhadap tikus dan haiwan perosak. Dalam sukan, ia juga telah digunakan sebagai anjing pemburu burung, anjing pemburu jejak, anjing pengutip, atau dalam kawanan untuk pemburuan babi hutan atau rusa. Tanda-tanda dramatiknya dan kecerdasannya telah menjadikannya anjing sarkas berjaya selama bertahun-tahun.[perlu rujukan]

Anjing Dalmatia barang kali paling terkenal kerana kerja untuk angkatan bomba atas peranannya sebagai pendamping perkakas pemadaman kebakaran dan maskot balai bomba. Oleh sebab anjing Dalmatia dan kuda sangat serasi, anjing ini mudah dilatih untuk berlari di hadapan pedati untuk mengosongkan laluan dan cepat-cepat membimbing kuda dan ahli bomba ke arah kebakaran.[38]

Dalam kebudayaan popular[sunting | sunting sumber]

Dalmatian dalam perarakan khidmat bomba

Pemadaman kebakaran[sunting | sunting sumber]

Anjing Dalmatian dihubungkaitkan dengan pemadaman kebakaran, terutamanya di Amerika Syarikat. Pada zaman perkakasan pemadaman kebakaran tarikan kuda, anjing menjaga kuda, yang mudah menjadi tidak selesa di tapak kebakaran.[39] Anjing Dalmatia merupakan baka popular untuk kerja ini, oleh sebab kesemendaan semula jadinya dengan kuda dan sejarah penggunaannya sebagai anjing pedati.[38] Peranan ini menjadi kurang penting sebaik perkakasan pemadaman kebakaran tarikan kuda digantikan dengan yang berkuasa wap dan berkuasa diesel. Oleh sebab sejarahnya, anjing Dalmatia kerpa berkhidmat sebagai maskot untuk khidmat bomba dan masih dipilih oleh ramai ahli bomba sebagai anjing peliharaan.[40]

101 Dalmatians[sunting | sunting sumber]

Baka dalmatian mengalami pusuan besar dari segi kepopularan sebagai hasil daripada novel tahun 1956, The Hundred and One Dalmatians, yang dikarang oleh penulis British, Dodie Smith, dan kemudian kerana dua buah filem Walt Disney yang berdasarkan buku itu. Filem animasi Disney,[41] yang dikeluarkan pada tahun 1961, kemudian membawa kepada versi lakonan hidup tahun 1996, 101 Dalmatians, yang juga menerima sekule, 102 Dalmatians pada tahun 2000. Pada tahun 2003, Disney mengeluarkan 101 Dalmatians II: Patch's London Adventure, sekuel rasmi kepada filem asli tahun 1961.[42]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan] Anjing Dalmatia ditinggalkan dalam angka yang besar oleh para pemilik asli dan dibiarkan dengan tempat perlindungan haiwan. Hasilnya, pertubuhan-pertubuhan penyelamatan anjing Dalmatia muncul untuk menjaga anjing yang tidak dikehendaki dan mencari rumah baharu untuk anjing. Pendaftaran AKC bagi anjing Dalmatia menurun sebanyak 90% semasa tempoh 2000–2010.[43] Dua buah siri animasi televisyen yang berdasarkan francais tersebut juga diwujudkan, yang pertama merupakan 101 Dalmatians: The Series (1997–1998) dan yang kedua 101 Dalmatian Street (2019–2020).[perlu rujukan]

Lou Dog[sunting | sunting sumber]

Salah seekor anjing Dalmatia terkenal dalam kebudayaan popular ialah Louie atau "Lou Dog", maskot kugiran Sublime. Lou Dog, yang diadopsi oleh penyanyi, Bradley Nowell, pada tahun 1990 sebagai anak anjing, kemudian menjadi sebahagian penting bagi imej Sublim, yang kerap mundar-mandir di pentas semasa kugiran sedang bermain serta muncul dalam video-video muzik kugiran ini. Sebagai tambahan, Nowell kerap merujuk Louie dalam seni kata lagu. Salah satu contohnya ada dalam lagu paling popular kugiran ini, "What I Got" ("...livin' with Louie Dog's the only way to stay sane").[perlu rujukan]

Selepas kematian Nowell, Lou Dog dijaga oleh pengurus kugiran sehingga kematian Lou pada tahun 2001.[44]

PAW Patrol[sunting | sunting sumber]

Siri animasi televisyen popular Kanada PAW Patrol menonjolkan seekor dalmatian sebagai salah satu watak utama, iaitu Marshall, yang merupakan ahli bomba dan paramedik.[perlu rujukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ دلميشا; دلميشن, Sebutan bahasa Melayu: [dalmeʃən]; Croatia: dalmatinski pas; dalmatinac; dalmatiner; bahasa Inggeris: Dalmatian dog; dalmatian

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dalmatian breed standard" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2015. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  2. ^ Milivoje Urošević; (2018) Basic morphometric parameters of the Dalmatian dog (Canis dalmaticus) (Inggeris) hlm. 187; {Međunarodne kinološke federacije (FCI, 2017.) koja ovu pasminu svrstava u šestu grupu, grupu goniča.. Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI, 2017) mengelaskan baka ini dalam Kumpulan 6, Hound.} [1]
  3. ^ "Dalmatian | Characteristics, Temperament, & Facts | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). 24 Mei 2023. Dicapai pada 23 Disember 2023.
  4. ^ "Dalmatian PetMD" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Disember 2023.
  5. ^ a b "Dalmatian (dog)" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club.
  6. ^ "American Kennel Club – Dalmatian" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  7. ^ "Breed Faults" (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ a b Thornton, Kim Campbell. "THE DALMATIAN" (Inggeris). Dog World 89.11 (2004): 24.
  9. ^ "American Kennel Club – Dalmatian" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  10. ^ "The Dalmatian Club of America Health Survey Results: General Dog Information" (dalam bahasa Inggeris). The Dalmatian Club of America. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  11. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (2024-02-01). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  12. ^ "OFA: Thyroid Statistics" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2013. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  13. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 978-0-8138-1596-1.
  14. ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P. (19 September 2016). Small Animal Dermatology (dalam bahasa Inggeris). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 978-0-323-37651-8.
  15. ^ Wood, J.L.N.; Lakhani, K.H. (1997). "Prevalence and prevention of deafness in the Dalmatian—Assessing the effect of parental hearing status and gender using ordinary logistic and generalized random litter effect models". The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier BV. 154 (2): 121–133. doi:10.1016/s1090-0233(97)80050-0. ISSN 1090-0233.
  16. ^ Muhle, A.C.; Jaggy, A.; Stricker, C.; Steffen, F.; Dolf, G.; Busato, A.; Kornberg, M.; Mariscoli, M.; Srenk, P.; Gaillard, C. (2002). "Further Contributions to the Genetic Aspect of Congenital Sensorineural Deafness in Dalmatians". The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier BV. 163 (3): 311–318. doi:10.1053/tvjl.2001.0661. ISSN 1090-0233.
  17. ^ Juraschko, K.; Meyer-Lindenberg, A.; Nolte, I.; Distl, O. (2003). "Analysis of systematic effects on congenital sensorineural deafness in German Dalmatian dogs". The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier BV. 166 (2): 164–169. doi:10.1016/s1090-0233(02)00256-3. ISSN 1090-0233.
  18. ^ Cargill, E J; Famula, T R; Strain, G M; Murphy, K E (2004-03-01). "Heritability and Segregation Analysis of Deafness in U.S. Dalmatians". Genetics (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press (OUP). 166 (3): 1385–1393. doi:10.1534/genetics.166.3.1385. ISSN 1943-2631. PMC 1470800.
  19. ^ Proctor PH (1988). "Free Radicals and Human Disease". Dalam Weber HH, Miquel J, Quintanilha AT (penyunting). Handbook of free radicals and antioxidants in biomedicine (dalam bahasa Inggeris). 1. Boca Raton: CRC Press. m/s. 209–221. ISBN 978-0-8493-3268-5.
  20. ^ "British Dalmatian Club - Hearing". www.britishdalmatianclub.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Disember 2023.
  21. ^ [2]
  22. ^ "Dalmatian | Breed Standards | The Kennel Club". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Disember 2023.
  23. ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, J. Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James L. (15 Jun 2008). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 0003-1488.
  24. ^ Friedman, Meyer; Byers, Sanford O. (September 1948). "Observations concerning the causes of the excess excretion of uric acid in the dalmatian dog". Journal of Biological Chemistry (dalam bahasa Inggeris). 175 (2): 727–735. doi:10.1016/S0021-9258(18)57191-X. PMID 18880769.
  25. ^ Simkin PA (Ogos 2005). "The Dalmatian defect: a hepatic endocrinopathy of urate transport". Arthritis Rheum. (dalam bahasa Inggeris). 52 (8): 2257–2262. doi:10.1002/art.21241. PMID 16052594.
  26. ^ Lowrey JC (Mac 1976). "An unusual diet-derived inflammatory dermatosis in a Dalmatian dog responds to orgotein". Vet Med Small Anim Clin (dalam bahasa Inggeris). 71 (3): 289–295. PMID 1045695.
  27. ^ Schaible, Robert H. (April 1981). "A Dalmatian Study: The Genetic Correction of Health Problems". The AKC Gazette (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2013. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  28. ^ Jensen, Mary–Lynn: Dalmatian Backcross Project. Past, Present and Future (Inggeris). Dalam: Spotter, Musim luruh 2006, hlm. 44–46 (Journal of the Dalmatian Club of America) PDF Dalam Talian 296 kB, dicapai pada 24 Disember 2023.
  29. ^ Schaible, Robert H.: Backcross Project: Long–Standing Issues (Inggeris). Dalam: Spotter, Winter 2006, hlm. 34 (Journal of the Dalmatian Club of America) PDF Dalam Talian 34 kB, dicapai pada 24 Disember 2023.
  30. ^ "AKC agrees to register low uric acid Dalmatians" (dalam bahasa Inggeris). Dog World. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2011. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  31. ^ "Registration Rules and Regulations (B Regs)" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  32. ^ "Registration of a Low Uric Acid Dalmatian Import from the USA" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 12 Januari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2012. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  33. ^ "Backcross Dalmatians – The UK Dalmatian Clubs Respond" (dalam bahasa Inggeris). British Dalmatian Club. 2 Februari 2010. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  34. ^ "About the Project" (dalam bahasa Inggeris). The Dalmatian Heritage Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2014. Dicapai pada 24 December 2013.
  35. ^ a b c d e f g h "FCI-Standard N° 153 DALMATINSKI PAS (Dalmatian)" [Piawaian FCI No. 153 Anjing Dalmatia] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 3 Mei 2011. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  36. ^ a b Roman Ozimec, Frane Strikić, Jasminka Karoglan Kontić; (2015) Tradicijske sorte i pasmine Dalmacije
    (Keragaman dan baka tradisional Dalmatia) hlm. 521; ISBN 978-953-7429-51-5 [3]
  37. ^ Schneider-Leyer, Erich; Fitch Daglish, Eric. Dogs of the World (Inggeris), Popular Dogs, 1964.
  38. ^ a b "Fire buffs traditions" (dalam bahasa Inggeris). Windsor Fire. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2013. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  39. ^ "The history of Dalmatians in the fire service" (dalam bahasa Inggeris). 10 Februari 2017. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  40. ^ "Fire Dogs and Fire Horses" (dalam bahasa Inggeris). Publicsafety.net. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  41. ^ "One Hundred and One Dalmatians (1961)" (dalam bahasa Inggeris). 7 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2008. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  42. ^ "With Finding Nemo, Marine Conservation Group Finds Opportunity to Spotlight Safe Harvesting Practices" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). 1 November 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 November 2005. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  43. ^ "The Pawesome Post – Facts and Stats" (dalam bahasa Inggeris). thepawesomepost.com. Dicapai pada 24 Disember 2023.
  44. ^ "Lou Dog stories". Ocweekly.com (dalam bahasa Inggeris). 25 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2012. Dicapai pada 24 Disember 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]