One Hundred and One Dalmatians
| One Hundred and One Dalmatians | |
|---|---|
| Fail:One Hundred and One Dalmatians movie poster.jpg | |
| Pengarah | Clyde Geronimi Hamilton Luske Wolfgang Reitherman |
| Penerbit | Walt Disney |
| Pengarang | Bill Peet Dodie Smith (novel) |
| Pengisah | Rod Taylor |
| Lakonan | Rod Taylor Cate Bauer Betty Lou Gerson Ben Wright Lisa Davis Martha Wentworth |
| Muzik | George Bruns Mel Leven |
| Studio | Walt Disney Productions |
| Pengedar | Buena Vista Pictures |
| Mula ditayang | Januari 25, 1961 |
| Tempoh ditayang | 79 menit |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Perbelanjaan | $4 juta[1] |
| Pulangan kasar | $215,880,014[2] |
One Hundred and One Dalmatians (Seratus Satu Ekor Dalmatia), kerap dipendekkan kepada 101 Dalmatians (101 Ekor Dalmatia), ialah sebuah filem animasi Amerika 1961 dihasilkan oleh Walt Disney dan berdasarkan novel The Hundred and One Dalmatians oleh Dodie Smith. Yang ke-17 dalam siri Walt Disney Animated Classics, filem ini asalnya dikeluarkan ke dalam panggnung pada 25 Januari 1961 oleh Buena Vista Distribution.
Filem ini terdapat Rod Taylor sebagai suara Pongo, anjing Dalmatia pertama, dan Betty Lou Gerson sebagai suara penjahat, Cruella de Vil. Jalan cerita berpusatkan takdir anak-anak anjing Pongo dan Perdita yang diculik.
Isi kandungan |
Keluaran [sunting]
One Hundred and One Dalmatians pertama dikeluarkan ke dalam panggung pada 25 Januari 1961. Selepas itu, ia dikeluarkan semula ke dalam panggung empat kali lagi: Januari 1969, Jun 1979, Disember 1985, dan Julai 1991.
One Hundred and One Dalmatians dikeluarkan dalam VHS pada 10 April 1992 sebagai sebahagian daripada siri video Walt Disney Classics. Ia dikeluarkan semula pada 9 Mac 1999 sebagai sebahagian daripada siri video Walt Disney Masterpiece Collection. Pada 19 Disember 1999, ia menerima keluaran DVD pertama sebahagian daripada siri Disney's Limited Issue. DVD Edisi Platinum 2-cakera dikeluarkan pada 4 Mac 2008. Tiada keluaran DVD Blu-ray diumumkan.
Susulan dan sampingan [sunting]
Dalam tahun-tahun sejak keluaran asal filem ini, Disney mengambil beberapa langkah dalam beberapa arah. Antara usaha terawal merupakan buatan semula dalam live-action, 101 Dalmatians. Membintangkan Glenn Close sebagai Cruella De Vil, tiada binatang yang bercakap dalam edisi 1996. Kejayaan versi ini dalam panggung membawa kepada 102 Dalmatians, dikeluarkan pada 22 November 2000.
Selepas versi live-action pertama filem ini, sebuah kartun dipanggil 101 Dalmatians: The Series dilancarkan.
Paling kini, 101 Dalmatians II: Patch's London Adventure, susulan rasmi kepada filem animasi asal, dikeluarkan straight-to-VHS/DVD pada 21 Januari 2003.
Rujukan [sunting]
- ↑ Magical Kingdoms
- ↑ "101 Dalmatians". Box Office Mojo. http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=101dalmations.htm. Capaian 2012-01-05.
Pautan luar [sunting]
- Laman Web DVD Edisi Platinum 101 Dalmatians Disney
- One Hundred and One Dalmatians di Allmovie
- One Hundred and One Dalmatians di Pangkalan Data Filem Internet
- One Hundred and One Dalmatians di Rotten Tomatoes