Zaiton binti Sameon
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zaiton Sameon)
| Zaiton Sameon | |
![]() Album Zaiton Sameon, penyanyi 1980-an. |
|
| Latar belakang | |
|---|---|
| Nama lahir | Zaiton binti Sameon |
| Nama lain | Zaiton Sameon |
| Lahir | 1957 |
| Asal | |
| Pekerjaan | Penyanyi |
Zaiton Sameon seorang penyanyi yang mencipta nama apabila menjuarai juara lagu 1987 dengan lagunya Menaruh Harapan ciptaan A.Ali, lirik oleh Habsah Hasan.
Zaiton Sameon telah terbabit dengan kemalangan yang turut meragut nyawa anaknya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun di Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990. Beliau telah tidak sedarkan diri selama 11 tahun (Feb 1990-Julai 2001). Selepas pulih ingatan, beliau kembali aktif menyanyi semula. Lagu lagu nyanyian Zaiton Sameon ialah Menaruh Harapan, Kabut Serangkai Mawar ciptaan M Nasir dan Berendam Air Mata
[sunting] Album Ratu Sensasi
- Menadah Impian
- Kabut Serangkai Mawar
- Menaruh Harapan
- Kocek Kosong
- Engkau Kekasih
- Fahamilah Daku
- Kisah Pahit
- Diriku Tersingkir
- Damai
- Semalam Satu Cerita
