Electronic Arts
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Electronic Arts, Inc | |
|---|---|
| Jenis | Awam (NASDAQ: ERTS) |
| Ditubuhkan | 1982 |
| Ibu pejabat | |
| Orang utama | John Riccitiello, CEO Frank Gibeau, Presiden, Label EA Games Peter Moore, Presiden, EA SPORTS Kathy Vrabeck, Presiden, EA Casual Entertainment Nancy Smith, Presiden, Label The Sims Larry Probst, Pengerusi lembaga serta bekas CEO (1991-2007) Trip Hawkins, pengasas serta bekas CEO (1982-1991) |
| Industri | Permainan video |
| Hasil | ▲$4.02 bilion USD (2008)[1] |
| Pendapatan bersih | ▲$339 juta USD (2008) |
| Pendapatan bersih | 7,900 (2007)[2] |
| Tapak web | www.ea.com |
Electronic Arts (EA) (NASDAQ: ERTS) adalah penerbit, pemasar, pembangun serta pengedar permainan video berpangkalan di Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Trip Hawkins, syarikat tersebut menjadi perintis kepada industri permainan komputer rumah serta dikenali kerana mempromosikan pereka serta pengaturcara yang bertanggungjawab terhadap permainan keluaran mereka. Awalnya, EA merupakan penerbit permainan komputer rumah. Pada lewat 1980-an, syarikat tersebut mula membangunkan permainan sendiri serta menyokong konsol permainan pada awal 1990-an. EA kemudian berkembang melalui penguasaan beberapa syarikat pembangun berjaya. Sehingga awal dekad 2000-an, EA menjadi penerbit permainan video ketiga terbesar di dunia. Pada Mei 2008, syarikat telah merekodkan pulangan bersih sejumlah AS$4.02 bilion pada tahun fiskal 2008.[3] Pada masa sekarang, permainan EA paling berjaya ialah permainan sukan yang diterbitkan di bawah label EA Sports, permainan berasaskan filem berlesen serta permainan daripada francais yang berterusan seperti Need for Speed, Medal of Honor, The Sims, Command & Conquer serta judul lebih kemudian bagi siri Burnout.
[sunting] Rujukan
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Laman web rasmi Electronic Arts
- (Inggeris) Electronic Arts di Projek Direktori Terbuka
- (Inggeris) Profil Electronic Arts di MobyGames

