Intel Corporation

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 37°23′16″N 121°57′49″W / 37.38778°N 121.96361°W / 37.38778; -121.96361

Intel Corporation
Nama dahuluN M Electronics (1968)
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagai
ISINUS4581401001 Sunting ini di Wikidata
IndustriSemikonduktor
Ditubuhkan18 Julai 1968; 55 tahun yang lalu (1968-07-18)
PengasasGordon Moore
Robert Noyce
Ibu pejabatSanta Clara, California, A.S.
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingGordon Moore
(Pengerusi Emeritus)
Omar Ishrak
(Pengerusi)
Bob Swan
(CEO)
Ajay Bhatt
(Chief Client Platform Architect)
KeluaranUnit pemprosesan pusat
Mikropemproses
Pemprosesan grafik terbina
Sistem-atas-cip (SoCs)
Chipset papan induk
Kad antara muka rangkaian
Modem
Telefon bimbit
Pemacu keadaan pepejal
Chipset Wi-Fi dan Bluetooth
Ingatan kilat
Sensor automasi kenderaan
Hasil AS$71.9 billion (2019)[1]
Pendapatan kendalian AS$22.0 bilion (2019)[1]
Pendapatan bersih AS$21.0 bilion (2019)[1]
Modal183,400,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset AS$136.5 bilion (2019)[1]
Jumlah ekuiti AS$77.5 bilion (2019)[1]
Bilangan kakitangan110,800 (2020)[2]
Anak syarikat
Tapak webintel.com
Facebook: Intel Twitter: intel Instagram: intel LinkedIn: intel-corporation Youtube: UCk7SjrXVXAj8m8BLgzh6dGA Youtube: Intel Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Kilang Intel di Pulau Pinang, Malaysia

Intel Corporation (NASDAQ: INTC) ialah sebuah perbadanan multinasional yang berpusat di Amerika Syarikat dan terkenal dengan rancangan dan penghasilan mikropemproses dan mengkhususkan dalam litar bersepadu. Intel juga membuat kad rangkaian, chipset papan induk, pemproses terbenam, komponen dan alat lain yang berkaitan dengan komunikasi dan komputer. Intel memiliki projek penyelidikan yang maju dalam seluruh aspek penghasilan semikonduktor, termasuk MEMS.

Intel menggantikan logo dan slogannya pada 1 Januari 2006. Antara slogan yang pernah Intel gunakan dahulu termasuklah "Intel inside", "Leap ahead", "Sponsors of Tomorrow". Kini, Intel sekali lagi menukar slogan utamanya kepada "Look Inside" (2013).

Maklumat kewangan[sunting | sunting sumber]

Kapitalisasi pasarnya sekitar AS$154 juta (Mac 2005).

Bursa saham[sunting | sunting sumber]

  • Intel diperdagangkan secara awam di NASDAQ dengan tanda INTC.

Indeks[sunting | sunting sumber]

Persaingan[sunting | sunting sumber]

Pada 1980-an, Intel merupakan antara 10 penjual semikonduktor utama (ke-10 pada 1987) di dunia. Pada 1991, Intel menjadi pembuat cip terbesar mengikut hasil dan ini kekal sehingga kini. Syarikat semikonduktor utama lain termasuklah AMD, Samsung, Texas Instruments, Toshiba dan STMicroelectronics.

Dakwaan anti-persaingan oleh badan kawal selia[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Eropah[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2007, Suruhanjaya Eropah menuduh Intel melakukan amalan anti-persaingan, kebanyakannya terhadap AMD.[4] Dakwaan ini, seawal 2003, termasuklah memberikan harga pilihan kepada pembuat komputer yang membeli kebanyakan atau keseluruhan cip mereka daripada Intel, membayar pembuat komputer untuk menangguhkan atau membatalkan produk menggunakan cip AMD, dan membekalkan cip di bawah harga kos kepada kerajaan dan institusi pendidikan.[5] Intel menjawab bahawa dakwaan tersebut tidak berasas dan sebaliknya menyatakan tindak tanduknya cuma mesra pengguna.[6] Peguam Bruce Sewell pula membalas bahawa Suruhanjaya tersebut telah salah faham sesetengah andaian fakta terhadap kos penentuan harga dan pengilangan.[7]

Pada Februari 2008, Intel menyatakan bahawa pejabatnya di Munich telah diserbu oleh pengawal selia Kesatuan Eropah. Intel melaporkan yang ia bekerjasama dengan para penyiasat.[8] Intel boleh didenda sehingga 10% hasil tahunannya, jika didapati bersalah menghalang persaingan.[6] AMD kemudiannya melancarkan sebuah tapak web berkenaan dakwaan ini.[9][10] Pada Jun 2008, EU memfailkan dakwaan baru terhadap Intel.[11] Seterusnya pada Mei 2009 EU mendenda Intel sebanyak €1.06 billon (AS$1.44bn) untuk amalan anti-persaingannya, suatu rekod baru. Intel didapati membayar beberapa syarikat, termasuk Acer, Dell, HP, Lenovo dan NEC,[12] jika mereka hanya menggunakan cip Intel dan oleh itu memudaratkan syarikat cip lain termasuklah AMD.[12] Suruhanjaya Eropah menyatakan Intel telah dengan sengaja bertindak menghalang persaingan dalam pasaran cip komputer dan dengan itu melakukan "pencabulan serius dan berterusan terhadap peraturan antitrust EU".[12] Di samping denda tersebut, Intel juga diarahkan menghentikan segera amalan anti-persaingannya.[12] Intel telah menyatakan yang ia akan merayu keputusan Suruhanjaya itu.[12].

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Intel Corporation 2019 Annual Report Form (10-K)" (PDF). EDGAR. United States Securities and Exchange Commission. February 27, 2019. Dicapai pada February 3, 2019.
  2. ^ "Intel Reports Second-Quarter 2020 Financial Results" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 November 2020.
  3. ^ "INTC / Intel Corp. - EX-21.1 - Intel Corporation Subsidiaries - February 01, 2019". February 1, 2019. Dicapai pada May 12, 2020.
  4. ^ "Competition: Commission confirms sending of Statement of Objections to Intel". Tapak web rasmi Kesatuan Eropah. 2007-07-27. Dicapai pada 2007-07-28.
  5. ^ Lawsky, David (2007-07-27). "UPDATE 4-EU says Intel tried to squeeze out Advanced Micro Devices". reuters.com. Reuters. Dicapai pada 2007-07-28.
  6. ^ a b "EU outlines Intel 'market abuse'". BBC News. 2007-07-27. Dicapai pada 2007-07-28.
  7. ^ Lawsky, David (2007-07-27). "Intel says EU made errors in antitrust charges". Reuters. Dicapai pada 2007-07-28.
  8. ^ "EU regulator raids Intel offices". BBC News. 2008-02-12. Dicapai pada 2008-02-12.
  9. ^ Clarke, Peter (2007-08-08). "AMD sets up website to tell "the truth about Intel"". eetimes.com. CMP Media LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-26. Dicapai pada 2007-08-09.
  10. ^ "AMD Break Free". breakfree.amd.com. Advanced Micro Devices, Inc. 2007-07-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-31. Dicapai pada 2007-08-09.
  11. ^ "EU files new competition charges against Intel". Reuters. 2008-07-17. Dicapai pada 2008-09-10.
  12. ^ a b c d e "EU slaps a record fine on Intel". BBC News. 13 Mei 2009. Dicapai pada 2009-05-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Tapak web rasmi Sunting ini di Wikidata
  • Intel Corporation di Curlie