FELDA Mata Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Mata Air
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°39′53″N 100°16′46″E / 6.6647°N 100.2795°E / 6.6647; 100.2795Koordinat: 6°39′53″N 100°16′46″E / 6.6647°N 100.2795°E / 6.6647; 100.2795
NegaraMalaysia
NegeriPerlis
MukimTiti Tinggi
Kawasan parlimenPadang Besar
Kawasan negeriTiti Tinggi
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Kangar
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
02100
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanR

FELDA Mata Air (Jawi: فيلدا مات اءير) , atau FELDA Projek Mata Air merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di timur laut negeri Perlis, Malaysia.[1][2] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Titi Tinggi. Ia terletak kira-kira 420 kilometer (261.0 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Rimba Mas ialah 02100 Padang Besar.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Mata Air terletak di bahagian timur laut negeri Perlis. Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 241 ekar (97.5 he).[4] FELDA Mata Air berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah Kampung Padang Mawa, Kampung Kok Mak dan Kampung Syed Abdan.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Mata Air terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Mata Air terletak dalam Mukim Titi Tinggi di bahagian timur.[4] Ia dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Mata Air terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Padang Besar manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Perlis, ia terletak dibawah kawasan Titi Tinggi.[5]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Mata Air dihubungkan dengan petempatan lain dengan FT 7 (Jalan Kangar-Padang Besar), melalui simpang Jalan FELDA Mata Air.[4] Jarak FELDA Mata Air ke pusat bandar terdekat iaitu Padang Besar ialah sejauh 5.5 kilometer (3.4 bt) dan mengambil masa selama lima minit memandu kereta.[a][6] Manakala jarak FELDA Mata Air ke ibu negeri Perlis iaitu Kangar ialah sejauh 29.59 kilometer (18.4 bt) dan mengambil masa selama 28 minit memandu kereta.[b][6]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Rimba Mas termasuklah;[6]

  1. Sekolah Kebangsaan (Felda) Mata Air
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara
  3. Sekolah Rendah Islam FELDA Mata Air
  4. Klinik Desa FELDA Mata Air
  5. Pusat Internet 1Malaysia FELDA Mata Air
  6. Masjid Al Huda Felda Mata Air

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Diukur dari simpang Jalan FELDA Mata Air ke Stesen Bas Padang Besar
  2. ^ Diukur dari simpang Jalan FELDA Mata Air ke Pejabat Pos Kangar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kemajuan Tanah Mata Ayer Peringkat 1, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
  3. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  6. ^ a b c "Felda Mata Air, Perlis – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.