FELDA Teloi Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Teloi Timur
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 5°42′36″N 100°40′18″E / 5.7099°N 100.6718°E / 5.7099; 100.6718Koordinat: 5°42′36″N 100°40′18″E / 5.7099°N 100.6718°E / 5.7099; 100.6718
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahSik
MukimSik
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Sik
Aras
68 m (223 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
09360
Plat pendaftaran kenderaanK

FELDA Teloi Timur (Jawi: فيلدا تلوي تيمور) , atau FELDA Projek Teloi Timur merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di tengah negeri Kedah, Malaysia.[1] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Sik, daerah Sik. Ia terletak kira-kira 305 kilometer (189.5 bt) ke arah barat laut dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Teloi Timur ialah 09360 Kuala Ketil.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Teloi Timur terletak di barat daya daerah Sik, tepatnya di hujung barat daya mukim Sik. Kawasan petempatan ini juga terletak di kawasan sempadan antara daerah Baling dan Sik.

Kawasan petempatan ini mempunyai luas anggaran sebanyak kira-kira 405 ekar (163.9 he).[3] FELDA Teloi Timur juga berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah FELDA Teloi Kanan di barat dan Kampung Kuala Lesong di selatan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Teloi Timur terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Teloi Timur terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Sik[3] dan dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Teloi Kanan terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Sik manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Jeneri.[4]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Teloi Timur dihubungkan dengan petempatan lain dengan Jalan Negeri K169 dan K720, melalui simpang Jalan FELDA Teloi Kanan serta Jalan Negeri K15 melalui simpang Jalan Merbau Kudung-FELDA Teloi Timur.[3] Jarak FELDA Teloi Timur ke pusat bandar terdekat iaitu Bukit Selambau ialah sejauh 8 kilometer (5.0 bt) dan mengambil masa selama 11 minit memandu kereta.[5] manakala jarak FELDA Teloi Kanan ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh kira-kira 77 kilometer (47.8 bt) dan mengambil masa selama lebih satu jam memandu kereta.[5]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Teloi Timur termasuklah;[5]

  1. Sekolah Kebangsaan Teloi Timur
  2. Klinik Desa Teloi Timur
  3. Masjid Felda Teloi Timur

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FELDA Teloi Timur, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 13 April 2024. Dicapai pada 13 April 2024.
  2. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  3. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  4. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  5. ^ a b c "MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.