FELDA Bukit Tangga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Bukit Tangga
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°29′47″N 100°28′05″E / 6.4965°N 100.4680°E / 6.4965; 100.4680Koordinat: 6°29′47″N 100°28′05″E / 6.4965°N 100.4680°E / 6.4965; 100.4680
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahKubang Pasu
MukimTemin
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Kubang Pasu
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06050
Plat pendaftaran kenderaanK

FELDA Bukit Tangga (Jawi: فيلدا بوکيت تڠݢ), atau FELDA Projek Bukit Tangga merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di utara negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Temin, Daerah Kubang Pasu. Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Bukit Tangga ialah 06050 Bandar Bukit Kayu Hitam.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Bukit Tangga terletak di bahagian utara daerah Kubang Pasu, tepatnya di utara mukim Temin. Kawasan petempatan ini juga terletak berdekatan dengan sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand. Kawasan petempatan ini mempunyai kawasan perumahan yang keluasannya dianggarkan hampir 340 ekar (137.6 he).[2] FELDA Bukit Tangga juga berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah Kampung Lor Dalam.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Bukit Tangga terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Bukit Tangga terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kubang Pasu.[2] dan dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Bukit Tangga terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Kubang Pasu manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Bukit Kayu Hitam.[3]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Bukit Tangga dihubungkan dengan petempatan lain dengan Laluan Persekutuan FT1050 dan FT277.[2] Antara bandar terdekat dengan FELDA Bukit Tangga termasuklah Bandar Bukit Kayu Hitam dan Pekan Sintok.[4] manakala jarak FELDA Bukit Tangga ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh kira-kira 52 kilometer (32.3 bt) dan mengambil masa selama lebih 50 minit memandu kereta.[4]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Bukit Tangga termasuklah;[4]

  1. Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga
  2. Klinik Desa Bukit Tangga
  3. Masjid Felda Bukit Tangga

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  2. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  3. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  4. ^ a b c "MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.