FELDA Bukit Tembaga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Bukit Tembaga
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°12′39″N 100°32′14″E / 6.2107°N 100.5371°E / 6.2107; 100.5371Koordinat: 6°12′39″N 100°32′14″E / 6.2107°N 100.5371°E / 6.2107; 100.5371
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimPadang Temak
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
53 m (174 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300
Plat pendaftaran kenderaanK

FELDA Bukit Tembaga (Jawi: فيلدا بوکيت تمباݢ), atau FELDA Projek Bukit Tembaga merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di tengah negeri Kedah, Malaysia.[1] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Padang Temak, Daerah Padang Terap. Ia terletak kira-kira 364 kilometer (226.2 bt) ke arah barat laut dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Bukit Tembaga ialah 06300 Kuala Nerang.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Bukit Tembaga berasal dari sebuah gua atau lubang yang tanahnya berwarna merah seperti tembaga yang terletak berhampiran dengan Bukit Putih, Bukit Lengoh dan Bukit Petai.[3]

Pada 30 Oktober 1955, kawasan Bukit Tembaga mulai diterokai dengan kehadiran 467 orang peneroka. Selepas beberapa hari, hanya sekitar 200 peneroka sahaja yang masih tinggal di kawasan itu termasuk lapan orang perempuan.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Bukit Tembaga terletak di bahagian barat daerah Padang Terap, tepatnya di hujung selatan mukim Padang Temak. Kawasan petempatan ini juga terletak dalam kawasan Pekan Bukit Tembaga, berdekatan dengan sempadan daerah Pokok Sena.

Kawasan petempatan ini mempunyai luas anggaran sebanyak kira-kira 555 ekar (224.6 he).[4] FELDA Bukit Tembaga juga berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah Kampung Bukit Tembaga Selatan, Kampung Tempoyak, Kampung Bukit Larik dan Kampung Apil

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Bukit Tembaga terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Bukit Tembaga terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Padang Terap.[4] dan dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Bukit Tembaga terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Padang Terap manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Kuala Nerang.[5]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Bukit Tembaga dihubungkan dengan petempatan lain dengan Jalan Negeri K111 dan Laluan Persekutuan FT175.[4] Jarak FELDA Bukit Tembaga ke pusat bandar terdekat iaitu Pokok Sena ialah sejauh 7 kilometer (4.3 bt) dan mengambil masa selama sembilan minit memandu kereta.[6] manakala jarak FELDA Bukit Tembaga ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh kira-kira 28 kilometer (17.4 bt) dan mengambil masa selama lebih 31 minit memandu kereta.[6]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Bukit Tembaga termasuklah;[6]

  1. Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga
  2. Klinik Desa Bukit Tembaga
  3. Masjid Ar-Rayyan Felda Bukit Tembaga

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kampung Rancangan Bukit Tembaga, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 13 April 2024.
  2. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  3. ^ a b "Sejarah". Pusat Ekonomi Digital Felda Bukit Tembaga. Dicapai pada 13 April 2024.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  6. ^ a b c "MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.