FELDA Rimba Mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Rimba Mas
Map
Koordinat: 6°38′39″N 100°17′52″E / 6.6442°N 100.2977°E / 6.6442; 100.2977Koordinat: 6°38′39″N 100°17′52″E / 6.6442°N 100.2977°E / 6.6442; 100.2977
NegaraMalaysia
NegeriPerlis
MukimTiti Tinggi
Kawasan parlimenPadang Besar
Kawasan negeriTiti Tinggi
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Kangar
Penduduk
 (2018)
 • Jumlah1,190
 • Peneroka
161
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
02100
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanR

FELDA Rimba Mas (Jawi: فيلدا ريمبا مس) , atau FELDA Projek Rimba Mas merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di timur laut negeri Perlis, Malaysia.[1][2] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Titi Tinggi. Ia terletak kira-kira 420 kilometer (261.0 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Rimba Mas ialah 02100 Padang Besar.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama FELDA Rimba Mas berasal daripada nama Hutan Simpan Rimba Mas-Mas yang dipercayai menjadi tempat persinggahan Raja Melayu dalam perjalanan membayar duit emas kepada Siam.

Kerajaan negeri telah menyerahkan tanah seluas 648.59 ekar (262.5 he) kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi membasmi kegiatan penyeludupan dan ancaman komunis. FELDA Rimba Mas mula dibangunkan pada tahun 1981/1982 dengan tanaman getah sebagai sumber utama ekonomi. Sekitar tahun 1984, jumlah keluarga peneroka yang dicatatkan sebanyak 161 keluarga. Sehingga tahun 2018, seramai 1190 orang menetap di FELDA Rimba Mas.[4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Rimba Mas terletak di bahagian timur laut negeri Perlis. Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 183 ekar (74.1 he).[5] FELDA Rimba Mas berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah Kampung Padang Mawa, Kampung Kok Mak dan Kampung Tersusun Cawangan Sena Luar.[5]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Rimba Mas terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Rimba Mas terletak dalam Mukim Titi Tinggi di bahagian timur.[5] Ia dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Rimba Mas terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Padang Besar manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Perlis, ia terletak dibawah kawasan Titi Tinggi.[6]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Rimba Mas dihubungkan dengan petempatan lain dengan FT 79 (Jalan Ulu Pauh-Chuping-Padang Besar), melalui simpang Jalan Garuda FELDA Rimba Mas dan R125 (Jalan Kok Mak), melalui simpang Jalan Nuri FELDA Rimba Mas.[5] Jarak FELDA Rimba Mas ke pusat bandar terdekat iaitu Padang Besar ialah sejauh 4.53 kilometer (2.8 bt) dan mengambil masa selama lima minit memandu kereta.[a][7] Manakala jarak Rimba Mas ke ibu negeri Perlis iaitu Kangar ialah sejauh 29.49 kilometer (18.3 bt) dan mengambil masa selama 31 minit memandu kereta.[b][7]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Rimba Mas termasuklah;[7]

  1. Sekolah Kebangsaan (Felda) Rimba Mas
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara
  3. Masjid Al Mustaqim Felda Rimba Mas

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Diukur dari simpang Jalan Garuda FELDA Rimba Mas ke Stesen Bas Padang Besar
  2. ^ Diukur dari simpang jalan masuk utama FELDA Chuping ke Pejabat Pos Kangar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kemajuan Tanah Rimba Mas-Mas Peringkat 1, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
  3. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  4. ^ "Mengenai PEDi". Pusat Ekonomi Digital Felda Rimba Mas. Dicapai pada 26 April 2023.
  5. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  6. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  7. ^ a b c "Felda Rimba Mas, Perlis – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.