FELDA Teloi Kanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Teloi Kanan
Map
Koordinat: 5°43′00″N 100°39′33″E / 5.7167°N 100.6591°E / 5.7167; 100.6591Koordinat: 5°43′00″N 100°39′33″E / 5.7167°N 100.6591°E / 5.7167; 100.6591
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahBaling
MukimTeloi Kanan
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Baling
Aras
38 m (125 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
09700
Plat pendaftaran kenderaanK

FELDA Teloi Kanan (Jawi: فيلدا تلوي کانن) , atau FELDA Projek Teloi Kanan merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di tengah negeri Kedah, Malaysia.[1][2] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Teloi Kanan, daerah Baling. Ia terletak kira-kira 305 kilometer (189.5 bt) ke arah barat laut dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Teloi Kanan ialah 09360 Kuala Ketil.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Teloi Kanan terletak di barat daerah Baling, tepatnya di hujung utara mukim Teloi Kanan. Kawasan petempatan ini juga terletak di kawasan sempadan tiga daerah iaitu Baling, Sik dan Kuala Muda. Di bahagian barat perkampungan ini terdapat aliran Sungai Muda yang menjadi sempadan antara Baling dan Kuala Muda.

Kawasan petempatan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 225 ekar (91.1 he).[4] FELDA Teloi Kanan juga berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah FELDA Teloi Timur di timur, Kampung Kuala Lesong di selatan, Kampung Sungkup di barat dan Kampung Morang di utara.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Teloi Kanan terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Teloi Kanan terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Baling[4] dan dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Teloi Kanan terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Baling manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Kuala Ketil.[5]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Kuala Ketil dihubungkan dengan petempatan lain dengan Jalan Negeri K169 dan K720, melalui simpang Jalan FELDA Teloi Kanan.[4] Jarak FELDA Teloi Kanan ke pusat bandar terdekat iaitu Bukit Selambau ialah sejauh 8 kilometer (5.0 bt) dan mengambil masa selama 11 minit memandu kereta.[6] manakala jarak FELDA Teloi Kanan ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh kira-kira 77 kilometer (47.8 bt) dan mengambil masa selama lebih satu jam memandu kereta.[6]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Teloi Kanan termasuklah;[6]

  1. Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan
  3. Klinik Desa Teloi Kanan
  4. Masjid Al-Muhajirin Felda Teloi Kanan

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Teloi Kanan, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
  3. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  6. ^ a b c "MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.