Fetty Dzul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fetty Dzul
Kelahiran
Fatimah binti Abdul Rahim

(1951-02-15)15 Februari 1951
Meninggal dunia18 November 2021(2021-11-18) (umur 70)
Sebab kematianCOVID-19
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1977–2021
Anak-anak2

Fetty Dzul (lahir Fatimah Abd Rahim; 15 Februari 1951 – 18 November 2021) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Sepanjang kerjaya lakonannya selama 4 dekad, beliau dikenali kerana sering tampil dengan watak jahat dalam drama dan filem.[1] Beliau juga sering menghiasi akhbar dan majalah pada era 1970-an dan 1980-an.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Fetty memulakan kerjaya awalnya sebagai kakitangan kerajaan. Kerjaya lakonannya bermula pada 1977, apabila beliau sepatutnya membintangi filem Waja Perkasa arahan Hussein Abu Hassan, namun ia tidak diterbitkan. Kekecewaannya terubatapabila beliau membintangi filem Dendam Dari Pusara dan Korban Hari Raya arahan Ahmad Mahmud. Beliau ialah antara pelakon terawal terbabit dengan siri drama kepolisan terbitan Yusof Haslam (kini Datuk) iaitu Remang-Remang Kota Raya, Harimau Rimba dan Debu-Debu Kota pada 1980-an.[1]

Beliau kemudiannya meninggalkan Malaysia selama empat tahun pada awal 1990-an kerana mengikut suaminya (Allahyarham) bertugas di Amerika Syarikat. Apabila pulang ke tanah air, Fetty menyaksikan kekosongan yang ditinggalkannya sudah diisi pelakon generasi baru ketika itu seperti Normah Damanhuri, Dian P. Ramlee dan ramai lagi.[1] Beliau sejak itu terus bergiat aktif dalam bidang lakonan menerusi filem dan drama sehingga kematiannya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dikurniakan dua anak, Izyani dan Izeti.[1]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Fetty meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 7.30 pagi, 18 November 2021 akibat COVID-19 di usia 70 tahun. Keadaan kesihatan beliau juga merosot apabila buah pinggang dan paru-parunya gagal berfungsi.[2][3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1977 Waja Perkasa Filem pertama
1983 Dendam Dari Pusara
1984 Korban Hari Raya
1991 Boss Hamimah
1993 Perempuan, Isteri & .....? Sabariah
1995 Cinta Kita Maimunah Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1985–1986 Remang-Remang Kota Raya TV1
1987 Harimau Rimba
2009 Kamelia Katrina Nek Mun Astro Prima
Sumpah Bunian Normah TV3
2011 Gerak Khas (Musim 11) TV2 Episod: "Cinta Berdarah"
2012 Dendam Pencinta Puan Kasimah TV9
Takdir Qismah Mak Wan TV3
2016 Demi Cinta Ain Ramlah
2017 Encik Suami Mat Salih Celup Opah
Muzium Misteri Ibu Shah

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2003 Hantu Bungkus vs Pontianak Muslihah
Pontianak - Bidan Gayah Bidan Gayah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Ridzuan Abdul Rahman (26 Mei 2018). "'Rindu nak berlakon'". Harian Metro. Dicapai pada 19 November 2020.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (18 November 2021). "Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19". Harian Metro. Dicapai pada 19 November 2021.
  3. ^ Mohammad Shahemy Azmi (18 November 2021). "Dramatis veteran Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19". Kosmo!. Dicapai pada 19 November 2021.