Fieya Julia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fieya Julia
Nama lahirNur Syafiyah binti Sejali
Kelahiran (1999-10-11) 11 Oktober 1999 (umur 24)
Kuching, Sarawak, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi & Penyampai Radio
InstrumenVokal
Tahun aktif2018–kini
Syarikat rakaman
Aries Music
Pengkarya berkait

Nur Syafiyah Sejali[1] atau lebih dikenali sebagai Fieya Julia (lahir 11 Oktober 1999) merupakan seorang penyanyi & penyampai radio wanita Malaysia.[2][3] Nama Julia diambil sempena nama arwah ibu beliau. Beliau terkenal dengan single pertamanya, "Perasaanku" yang menjadi lagu tema drama Semua Salahku di TV3. Pada tahun 2019, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim kedua.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Fieya dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.[1] Ibunya meninggal dunia pada 2004 akibat barah ketika Fieya baru berusia 5 tahun, manakala bapanya merupakan seorang pesara tentera.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Fieya mula menyanyi pada usia 11 tahun dan pernah menyertai Bintang Kecil RTM Peringkat Negeri Sarawak pada 2010.[1] Bakat Fieya mula digilap dengan memuat naik video nyanyian semula artis popular di YouTube sejak 2012. Video nyanyian semula beliau mendapat tontonan lebih 300,000 di YouTube.[1] Pada pertengahan Mei 2018, Fieya dilamar untuk bernaung di bawah pengurusan Aries Music.[1]

Big Stage (musim 2)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Fieya Julia telah terpilih sebagai peserta Big Stage 2 yang menampilkan peserta yang hebat dari dalam negara mahupun di luar negara termasuk Irfan Haris, Syada Amzah, Kucaimars, Aziz Harun, Han Byul, Chaleeda dan ramai lagi.[5][6] Fieya bersama-sama dengan Kucaimars gagal mara ke pentas akhir dan tersingkir di konsert minggu ketujuh,[7][8][9] berikut ialah senarai persembahan beliau dalam Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu sendiri/cover "Perasaanku" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Jahat" Stacy TERSELAMAT
Minggu 3 Glocal Hits "Pudar" Indah Ruhaila TERSELAMAT
Minggu 4 Duominasi "Haram" (bersama Sufian Suhaimi) Hael Husaini & Dayang Nurfaizah TERSELAMAT
Minggu 5 Cannot Brain "Sang Saka Biru" Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Alif TERSELAMAT
Minggu 6 Lagu Pilihan Dato' Sri Siti Nurhaliza "Kamu Dan Kenangan" Maudy Ayunda TERSELAMAT
Minggu 7 Road To Final "Chandelier" Sia TERSINGKIR

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2021, beliau tampil mengenakan tudung sambil mengatakan "penat dengan hidup sebelum ini".[10] Beliau mengakui dirinya menjadi lebih tenang selepas mengenakan hijab.[11]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Penampilan solo
Tahun Single Album Nota
2018 "Perasaanku" Single Lagu tema drama Semua Salahku
2019 "Seperti Ini"
"Jangan Gila" Big Stage 2019
2020 "Penantian" Single
2021 "Halusinasi" Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Fieya Julia sendiri
2022 "Hari Raya Untuk Semua" Lagu raya ciptaan sepenuhnya oleh Fieya Julia sendiri
Penampilan bersama penyanyi lain
Tahun Single Bersama Album Nota
2019 "Assalamualaika Ya Rasulullah 2019" Luqman Faiz Single
2020 "Suasana Hari Lebaran" Sufian Suhaimi, Luqman Faiz, Aiman Tino, Fara Hezel dan Yazid Izaham[12]
2021 "Segalanya Telah Berakhir" Yazid Izaham Nyanyian semula lagu tahun 1999 oleh Eddie Hamid
2022 "Mahligaimu Dari Airmataku" Luqman Faiz Nyanyian semula lagu tahun 1996 oleh Lestari
"Erti Sempurna" Danial Chuer

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Ramlah Zainal (10 September 2018). "Ubah nasib keluarga". Harian Metro. Dicapai pada 31 Ogos 2019.
  2. ^ Zaidi Moahamad (24 Jun 2020). Fieya Julia lambat panas Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
  3. ^ Singer Fieya Julia steers clear of gossip The Star Online. 7 Ogos 2020. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
  4. ^ Ridzuan Abdul Rahman (2 Oktober 2019). 'Kalau boleh nak berlakon pula' – Fieya Harian Metro. Dicapai pada 3 Mei 2020.
  5. ^ Big Stage kembali, BBNU Korea Selatan jadi tumpuan. mstar. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  6. ^ Asyraf Roslan (7 Ogos 2019). "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. Dicapai pada 31 Ogos 2019.
  7. ^ Zulaikha Yusof (30 September 2019). Big Stage 2019: Fieya & Kucaimars gagal ke final... Ini kedudukan peserta dan markah keseluruhan konsert separuh akhir! Astro Gempak. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  8. ^ Aqmar Mustaza (29 September 2019). Impian Feiya Julia, Kucaimars ke final lebur Sinar Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  9. ^ Budiey (29 September 2019). Fieya Julia, Kucaimars tersingkir di Semi Final Big Stage 2019 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  10. ^ Sairul Zamri Misrani (15 Ogos 2021). "Dah penat dengan hidup sebelum ini - Fieya Julia". Kosmo!. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
  11. ^ Qarami Hashim (15 Ogos 2021). "Lama pasang niat, akhirnya Fieya Julia nekad bertudung - "Gambar freehair dalam telefon pun saya delete tak mahu simpan"". mStar. Dicapai pada 14 September 2021.
  12. ^ Zaidi Mohamad (6 Mei 2020). "Paduan suara enam penyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mei 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]