Nana Sheme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nana Sheme
Latar belakang
Nama lahirNur Nabilah binti Hashimi
Juga dikenali sebagai
Nanasheme
Kelahiran (1995-05-20) 20 Mei 1995 (umur 28)
Kuching, Sarawak, Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif
  • 2014–2016
  • 2020–kini
Syarikat rakaman
LIFE Records, XENO Production
Pengkarya berkait
Eyza Bahra
PasanganZikri Zakaria (k. 2022)

Nur Nabilah Hashimi (lahir 20 Mei 1995), dikenali secara profesional sebagai Nana Sheme atau Nanasheme, ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagunya, "Hantu Atau Buaya".[1][2] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berkecimpung dalam bidang muzik sewaktu menuntut di peringkat diploma. Namanya mula meraih perhatian peminat selepas lagu "Hantu Atau Buaya" nyanyiannya berjaya menduduki carta 10 lagu popular di pusat karaoke Red Box sepanjang 2015. Beliau memutuskan untuk memperlahankan kerjaya muzik pada 2016 untuk memberi tumpuan pada pelajaran.[4] Namun beliau sempat melancarkan single "Boleh Blah" dan album pertamanya pada Mac.[5]

Beliau kembali dengan single terbarunya, "Ragu-Ragu" yang dikeluarkan pada Mac 2020.[4][6][7] Beliau turut mengambil bahagian dalam projek kolaborasi muzik Make It Through yang turut disertai oleh Zee Avi dan Ayda Jebat.[4]

Big Stage (musim 3)[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria, namun beliau tersingkir bersama-sama dengan Hafiz Zainal di konsert minggu keenam, sekaligus gagal mara di konsert minggu seterusnya.[8][9] Berikut ialah senarai lagu persembahan beliau dalam konsert mingguan:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack "Hantu Atau Buaya" dan "Boleh Blah" Dirinya sendiri SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Mata" Ayda Jebat SELAMAT
Minggu 3 Duominasi "Setia" (duet bersama Adzrin) Elizabeth Tan & Faizal Tahir SELAMAT
Minggu 4 Baby Bash "Don't Speak" No Doubt SELAMAT
Minggu 5 #SandraDalamKenangan
Minggu 6 Rotasi 36T "Budak Ngam" Sophia Liana dan Budak Ngam TERSINGKIR

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Ibunya, Suriana Bt Mohd Butler meninggal dunia pada 2010 akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman dalam darah.[10] Beliau merupakan lulusan dalam Pengajian Pengurusan dan Pembinaan dari Fakulti Senibina dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM).[11][12][13]

Beliau berkahwin dengan penerbit muzik, Zikri Zakaria pada 22 Oktober 2022.[14]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Nanasheme EP (2016)

Single[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Baru Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rozaimi Zubaidi (17 Mei 2015). Nana Sheme tidak menyangka Hantu Atau Buaya menjadi perhatian mStar Online. Dicapai pada 20 Ogos 2015.
  2. ^ Zaini RA (5 Mei 2015). Hantu Atau Buaya popularkan nama Nana Sheme[pautan mati kekal] Agenda Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2015.
  3. ^ "Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020". Mstar Online. 4 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  4. ^ a b c S. Indra Sathiabalan (20 Mei 2020). The songstress returns The Sun Daily. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  5. ^ Ifqdar Rahman (26 Mei 2016). "Kritiklah, saya tidak kisah!". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-21. Dicapai pada 25 Januari 2018.
  6. ^ Kamaruddin Razal (8 April 2020). Nana Sheme pertaruhkan single terbaru berjudul Ragu-Ragu Astro Gempak. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  7. ^ Nana Sheme kembali dengan single Ragu-Ragu, pilih komposer Indonesia Diarkibkan 2020-09-23 di Wayback Machine Hot FM. 12 Jun 2020. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  8. ^ Asyraf Roslan (21 September 2020). Big Stage: Sangkaan meleset, Nana Sheme dan Hafiz Zainal gagal ke separuh akhir Astro Awani. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
  9. ^ Qarami Hashim (21 September 2020). Nana Sheme tak sedih tersingkir, dapat banyak ilmu di Big Stage 2020 - "Dulu menyanyi statik, sekarang dah lain" mStar Online. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  10. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Julai 2020). "'Pelik status diri jadi isu'". Berita Harian. Dicapai pada 3 Disember 2023.
  11. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Ogos 2020) Pegang amanah ibu Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2020.
  12. ^ Arina Che Azlan (17 Ogos 2020). Nana Sheme atasi kebimbangan Kosmo!. Dicapai pada 11 September 2020.
  13. ^ Aimi Ashikin Hanib (26 Mac 2019). "Nana Sheme cemerlang akademik, nyanyian". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-26. Dicapai pada 19 Julai 2019.
  14. ^ Georgie Joseph (24 Oktober 2022). "Nana Sheme selesa rahsiakan pernikahan". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  15. ^ Nurarisa (2022-05-18). "Nana Sheme Kongsi Pengalaman Pembikinan R.A.Y.A". XETOPIA. Dicapai pada 2023-12-02.
  16. ^ Nurarisa (2022-05-30). "Bekerja Di Perantauan, Antara Inspirasi Lagu R.A.Y.A". XETOPIA. Dicapai pada 2023-12-02.
  17. ^ Farah Ayuni (2023-12-02). "Aku Mencoba, 'cahaya mata' sulung Nana Sheme dan suami". Majoriti.com.my. Dicapai pada 2023-12-02.
  18. ^ "Aku Mencoba — NanaSheme". Last.fm (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-02.
  19. ^ Ariffin, Fatin Farhana (24 Disember 2023). "Nana Sheme buang jauh 'anxiety'". Berita Harian Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2024.
  20. ^ "Nana Sheme bimbang dilupakan selepas 'hilang' sejak 2014". Berita Harian Singapura. 2024-01-02. Dicapai pada 2024-01-04.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]