Full Metal Panic!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Full Metal Panic!
FMP-DVD.jpg
FMP Mission 01
フルメタル・パニック!
(Full Metal Panic!)
Genre Pengembaraan, Komedi, Drama, Mecha, Cinta, Shounen
Anime
Full Metal Panic!
Pengarah Koichi Chigira
Studio GONZO
Penyiaran Asal Jepun WOWOW
Filipina HERO TV, GMA 7
Korea Selatan Anione
Amerika Syarikat Anime Network
Hungary A+
Itali MTV Italia
Dikeluarkan pada 8 Januari 200218 Jun 2002
Episod 24

Full Metal Panic! merupakan sebuah anime yang ditayangkan di Jepun.Anime ini mengisahkan mengenai Sousuke Sagara yang ditugaskan oleh majikannya, MITHRIL untuk menjaga calon 'Whispered', Kaname Chidori yang merupakan pelajar sekolah tinggi.

MITHRIL merupakan sebuah organisasi anti pengganas, ejen perisik antarabangsa yang bertanggungjawab memastikan keamanan dunia. Perkataan MITHRIL dikatakan diambil daripada siri trilogi Lord Of The Rings.

Full Metal Panic! pada asalnya merupakan sebuah novel dari Shoji gatou yang kemudiannya disiarkan dalam majalah secara bulanan dan selepas itu dijilid kepada manga.

Siri televisyen Full Metal Panic! sepatutnya ditayangkan pada 11 Januari 2001 tetapi telah dilewatkan tayangannya pada Januari 2002 sebagai menghormati peristiwa WTC di Amerika Syarikat.

Staf[sunting | sunting sumber]

  • Pencipta asal - Shoji Gatoh
  • Pengarah dan papan cerita - Koichi Chigira
  • Pengarah animasi dan pereka karakter - Osamu Horiuchi
  • Pengarah mecha - Koji Ito
  • Pereka asal mecha - Masayuki Takano
  • Pereka mecha - Kanetake Ebikkawa
  • Muzik - Toshihiko Sahasi
  • Produksi - Kadokawa Shoten
  • Produksi animasi - Gonzo

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Sousuke Sagara - pernah menjalani latihan gerila di Afghanistan
  • Kaname Chidori - pernah tinggal di Amerika Syarikat
  • Teletha Tessa Testarossa - merupakan anggota MITHRIL
  • Kurz Weber
  • Melissa Mao
  • Gauron
  • Seina
  • Takuma Kugayama