Gelsenkirchen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

ERROR in {{coord}} invocation. Please see Template:Coord for usage. Arguments supplied as:

  • 1=51
  • 2=31
  • 3=U
  • 4=7
  • 5=6
  • 6=T
  • 7=region:EU_type:city(269,281)
  • 8=
  • 9=
Gelsenkirchen
frames
Lambang Gelsenkirchen
 
{{{size2}}}
Lokasi Gelsenkirchen di Jerman
 
Negara Jerman
Negeri Rhine Utara-Westphalia
Kawasan pentadbiran Münster
Daerah daerah bandar
Unit pentadbiran
Jumlah penduduk 269,281 Laman web LDS (2005)
Kawasan 104.85 km²
Kepadatan penduduk /km²
Ketinggian 110 m
Koordinat 51°31′ U 7°6′ T
Kod pos 45801-45899
Kod kawasan 0209
Kod plat nombor GE
Datuk Bandar Frank Baranowski (SPD)
Laman web Laman web Gelsenkirchen

Gelsenkirchen ialah sebuah bandar di bahagian utara kawasan Ruhr, Rhine Utara-Westphalia, Jerman. Jumlah penduduknya pada 31 Disember 2005 adalah 270,057 orang, [1] dengan 234,964 orang merupakan warganegara Jerman dan 35,093 orang merupakan penduduk asing. Bilangan penduduk Gelsenkirchen merosot dari tahun ke tahun, dengan jumlah penduduk pada 22 Oktober 2006 merupakan 269,219 orang, termasuknya 35,327 orang penduduk asing. [2]

Gelsenkirchen mula sekali didokumenkan pada tahun 1150, tetapi ia masih merupakan sebuah perkampungan yang kecil sehinggalah abad ke-19, apabila Revolusi Perindustrian membawa kepada pertumbuhan di seluruh kawasan berkenaan. Pada tahun 1840, apabila perlombongan batu arang bermula, 6,000 orang tinggal di Gelsenkirchen tetapi menjelang tahun 1900, jumlah penduduknya telah meningkat sehingga 138,000 orang.

Pada awal abad ke-20, Gelsenkirchen merupakan bandar perlombongan batu arang yang paling penting di Eropah. Ia dirujuk sebagai "bandar raya seribu kebakaran" kerana serombong-serombongnya yang berasap. Pada tahun 1928, Gelsenkirchen digabungkan dengan kota-kota Buer dan Horst yang bersebelahan dan dinamai Gelsenkirchen-Buer sehingga tahun 1930 apabila namanya ditukarkan kepada Gelsenkirchen.

Pada zaman Nazi, Gelsenkirchen tetap merupakan sebuah pusat pengeluaran batu arang dan penapisan minyak dan atas alasan itu, telah dibom oleh serangan udara Pihak Berikat dalam Perang Dunia II. Gelsenkirchen kini tidak lagi mempunyai sebarang lombong batu arang dan oleh itu, sedang mencari-carikan imej yang baru selepas dilanda dengan salah satu kadar pengangguran yang tertinggi di negara sejak berdekad-dekad lagi. Kini, loji kuasa suria Jerman yang terbesar terletak di bandar raya ini, dengan sebuah stesen kuasa batu arang yang mempunyai serombong yang tertinggi di Jerman (302 meter) terletak di Gelsenkirchen-Scholven.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Gelsenkirchen ialah tempat asal untuk kelab bola sepak KBS Schalke 04, dengan Veltins-Arena, tempat Schalke sendiri, umumnya dianggap sebagai salah satu stadium yang paling inovatif yang telah dibina pada tahun-tahun terkini. Gelsenkirchen merupakan salah satu daripada 12 buah bandar raya Jerman yang mengehoskan permainan semasa Piala Bola Sepak Dunia 2006 dan telah mengehoskan perlawanan-perlawanan antara Poland dan Ecuador, Argentina dan Serbia dan Montenegro, Portugal dan Mexico, serta juga Amerika Syarikat dan Republik Czech.

Bandar kembar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan