Gempa bumi di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gempa bumi di Malaysia belum sampai memusnahkan mana-mana tempat di Malaysia. Ahli geologi mendapati Malaysia diluar 'Lingkaran api Pasifik' .Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mempunyai 17 stesen pengesan gempa bumi di seluruh Malaysia.

Sejak 2007, Malaysia mengalami 40 gempa bumi lemah. 37 berlaku di Bentong, Pahang. 3 di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang). Dari November 2007 - 2009 berlaku 29 gegaran gempa bumi di Bentong. Kadarnya antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.

Senarai gegaran di Malaysia[sunting | sunting sumber]

  1. 1 Februari 2014 jam 7.35 petang, berlaku gegaran gempa 4.8 pada skala Richter di Pekan Ranau, Sabah.
  2. 10 Mac 2010, gegaran di sekitar Tasik Kenyir, Terengganu pada 2.6 pada skala Richter jam 11.10 malam. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan titik pusatnya di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.[1]Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Rosaidi Che Abas menyatakan gempa lemah sebegini pernah berlaku pada 1980-an akibat pelepasan gas tektonik.Ia berlaku sewaktu proses pengisian air Empangan Kenyir. [2]
  3. 26 Februari 2010, berlaku gempa bumi lemah 3.1 skala richter di Lahad Datu, Sabah. Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan titii gempa pada latitud 5.3 Utara dan longitud 118.2 Timur.
  4. 5 Disember 2009 jam 9.41 pagi , gegaran gempa 2.2 skala Richter terjadi Janda Baik, Pahang
  5. 9 Oktober 2009, gempa bumi lemah di Bukit Tinggi, Pahang jam 4.45 pagi - 12.05 tengah hari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]