Pasukan bola sepak kebangsaan Mexico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mexico
Shirt badge/Association crest
Gelaran "El Tri"
Persatuan FEMEXFUT
Konfederasi CONCACAF
Ketua jurulatih Sweden Sven-Göran Eriksson
Kapten Rafael Márquez
Kaps terbanyak Claudio Suárez (178)
Penjaring terbanyak Jared Borgetti (46)
Stadium tuan rumah Estadio Azteca
Kod FIFA MEX
Kedudukan FIFA Red Arrow Down.svg 19
Kedudukan tertinggi FIFA 4 (May 1998, May 2006)
Kedudukan terendah FIFA 26 (June 2007)
Kedudukan Elo 10
Kedudukan tertinggi Elo 6 (June 2005)
Kedudukan terendah Elo 47 (February 1979)
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Warna tuan rumah
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
warna pelawat
Antarabangsa pertama
 Guatemala 2-3 Mexico Mexico
(Guatemala, Guatemala; 1 January, 1923)
Kemenangan terbesar
Mexico Mexico 13-0 Bahamas Flag of the Bahamas
(Toluca, Mexico; Apr 28 1987)
Kekalahan terbesar
 England 8-0 Mexico Mexico
(London, England; May 10 1961)
Piala Dunia
Kemunculan 13 ( 1930)
Keputusan terbaik Quarterfinals, 1970, 1986
CONCACAF Championship
& Gold Cup
Kemunculan 16 (Kali pertama pada 1965)
Keputusan terbaik Winners, 1965, 1971,
1977, 1993, 1996,1998,
2003
Confederations Cup
Kemunculan 5 (Kali pertama pada 1995)
Keputusan terbaik Winners, 1999

Pasukan bola sepak kebangsaan MexicoEl Tri — adalah pasukan bola sepak kebangsaan Mexico dan dikawal oleh Federación Mexicana de Fútbol (FEMEXFUT). Pasukan ini sekarang ini menduduki tempat ke-4 dalam kedudukan senarai FIFA .

Sejarah [sunting]

Mexico menyertai Piala Dunia pertama pada tahun 1930 tetapi tidak muncul lagi dalam pertandingan sehingga tahun 1950. Sejak 1950 (dibantu oleh kekurangan penyertaan wilayah Amerika Utara), Mexico melayakkan diri untuk enam Piala Dunia berturut-turut, termasuk menjadi tuan rumah pertandingan pada tahun 1970.

Sebelum tahun 1970, Mexico berjuang dengan susah payah apabila dibandingkan dengan pasukan-pasukan Eropah dan Amerika Selatan, dan hanya memenangi sekali dalam lima pertandingan (pada 1962, dengan kemenangan 3-1 terhadap Czechoslovakia). Oleh sebab itu, pasukan ini kekadang dirujuk sebagai "Los Ratones Verdes" ("Tikus Hijau"). Bagaimanapun, mereka semakin menampilkan pembaikan yang ketara dengan setiap pertandingan - hanya satu mata dicapai pada 1958, 2 mata pada 1962 dan 1966. Penjaga gol, Antonio Carbajal, merupakan seorang yang unggul kerana menjadi pemain pertama untuk muncul dalam lima Piala Dunia yang berturut-turut, dan mengasaskan diri sebagai legenda dalam permainan antarabangsa ini. Pemain tengah, Salvador Reyes, bermain dalam pertandingan-pertandingan 1958, 1962 dan 1966.

Pada tahun 1970, Mexico mencapai kejayaan yang cemerlang di negara sendiri. Dimasukkan ke dalam Kumpulan 1, mereka memulakan pertandingan dengan kedudukan seri tanpa mata terhadap Kesatuan Soviet, diikuti oleh kemenangan-kemenangan terhadap El Salvador (4-0) dan Belgium (1-0). Menghadapi Itali dalam suku akhir, mereka mula-mulanya menang tetapi akhirnya ditewaskan 4-1.

Malangnya, kemajuan ini tidak dapat dikekalkan dan Mexico gagal melayakkan diri pada tahun 1974 (tidak disangka, Haiti melayakkan diri untuk wilayahnya) tetapi kembali pada tahun 1978 hanya untuk ditewaskan oleh Jerman Barat, Tunisia dan Poland. Hugo Sanchez yang muda bermain dalam pasukan 1978 dan kemudian mencapai kejayaan di Real Madrid. Mereka gagal melayakkan diri pada tahun 1982, tetapi menjadi tuan rumah untuk pertandingan 1986 dan sekali lagi mencapai suku akhir dalam pertandingan tersebut.

Mexico tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan pada tahun 1990 kerana kedapatan memasukkan seorang pemain lewat umur dalam pertandingan kelayakan belia Olimpik CONCACAF bagi Olimpik Musim Panas 1988 di Guatemala. Bagaimanapun, sejak masa itu, Mexico telah melayakkan diri untuk empat Piala Dunia yang berturut-turut.

Perlawanan Terkini [sunting]

Bermula dari 1990an, bola sepak Mexico mulai mengalami kejayaan antarabangsa yang konsisten. Saat peruabahan yang paling penting adalah ketika penyertaan mereka dalam Copa America 1993, di mana mereka mengejutkan ramai dengan mendapat tempat kedua dalam penyertaan sulung mereka--kalah tipis kepada Argentina 2-1 di perlawanan akhir. Dirangsang oleh kejayaan tersebut, Mexico meneruskan kecermelangan mereka dengan memenangi kumpulannya pada Piala Dunia 1994, iaitu "Group of Death" kejohanan itu yang terdiri daripada mereka sendiri, Italy, Ireland, dan Norway. Sungguhpun Mexico tewas akhirnya pada pusingan kedua di tangan Bulgaria, persembahan tersebut memulakan satu siri kejayaan di pentas utama bolasepak, di mana pasukan Mexico juga layak ke pusingan kedua di kedua-dua Piala Dunia 1998 dan Piala Dunia 2002.

Semenjak mendapat tempat kedua di Copa America 1993, Mexico telah kerap menjadi peserta di kejohanan Amerika Selatan itu dan memberi persembahan yang memberangsangkan. Mereka mendapat tempat ketiga pada kejohanan 1997 dan 1999 dan sekali lagi tempat kedua pada 2001. Malah, Mexica tidak pernah gagal untuk sampai ke peringkat suku akhir Copa America dan dua kali mempunyai penjaring terbanyak kejohanan, Luis Garcia pada 1995 (berkongsi gelaran tersebut dengan Gabriel Batistuta) dan Luis Hernandez pada 1997. Kenaikan dan kejayaan mengejut pasukan ini pada 1990an mencapai kemuncaknya apabila Mexico menganjurkan dan menjuarai Piala Konfederasi FIFA 1999. Mexico memenangi trofi kejohanan FIFA rasmi pertamanya dengan menewaskan Brazil, dalam perlawanan akhir yang menarik dengan berkeputusan 4-3. Bintang Mexico, Cuauhtemoc Blanco, berkongsi gelaran Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dengan seorang lagi bakal bintang Brazil, Ronaldinho.

Pada dekad 2000, Amerika Syarikat telah terbukti menjadi pencabar kepada dominsai Mexico dalam bola sepak peringkat benua, dengan memenangi Piala Emas 2002 dan menyingkirkan Mexico daripada pusingan kedua di Piala Dunia FIFA 2002. Sungguhpun mengalami kekalahan yang mengecewakan itu, Mexico sekali lagi menganjurkan Piala Emas pada 2003. Malah, Mexico membalas dendam ke atas Amerika Syarikat dengan menyingkirkan mereka pada kelayakan untuk Olimpik 2004. Bagaimanapun, pada kejohanan Piala Emas 2005, Mexico mengalami kekecewaan apabila tersingkir pada peringkat awal, di mana mereka disingkirkan oleh tetamu Colombia di peringkat suku akhir dengan gol liar apabila perlawanan berbaki lima belas minit lagi.

Kenaikan serentak Amerika Syarikat dan Mexico di arena antarabangsa telah membantu melonjakkan status kawasan CONCACAF. Apa yang lebih penting, bagaimanapun, ia telah membentuk permusuhan yang semula jadi yang membantu perkembangan kedua-dua pasukan nasional itu. Malah, Mexico dan Amerika Syarikat bersaing sengit sewaktu kelayakan untuk Piala Dunia 2006. Mexico mengalahkan Amerika Syarikat 2-1 di Bandar Mexico pada 27 Mac, 2005. Pasukan Amerika kemudiannya membalas dendam dengan menumpaskan Mexico 2-0 di Colombus, Ohio, pada 3 September, 2005 justeru menempah tempat mereka di Jerman sebelum musuh ketat mereka. Sungguhpun begitu, Mexico mengesahkan tempat mereka di Piala Dunia empat hari kemudiannya dengan menewaskan Panama 5-0 di Bandar Mexico. Akhirnya, kedua-dua negara menghabiskan kempen kelayakan mereka dengan rekod yang serupa, 7-1-2 — Amerika mendapat sedikit kelebihan di atas perbezaaan gol.


Pautan luar [sunting]


Templat:CONCACAF teams